Showing posts with label Tidak. Show all posts
Showing posts with label Tidak. Show all posts

Friday, 4 July 2014

Lelaki Muslim Ini Buat Sesuatu Yang Tidak Di Sangka Pada Perompak. Sungguh Mulia Hatinya.




Perompak yang jahat ini merayu, “Saya tiada duit, saya tiada makanan. Jangan tembak saya”. Walaupun jahat, dia tetap dibalas baik. Inilah sifat dan ajaran Islam yang perlu kita ikuti.




Sumber

Thursday, 3 July 2014

Video Allah Melindungi Jenazah Mujahid Syria Tidak Luka Ditikam & Tidak Dijilat Api Bila Dibakar Tentera Musuh



Karamah yang diberikan Allah kepada 'Mujahidin Suriah', yang memerangi reJim kafir Bashar Al-Assad bukan hanya ketika mereka masih hidup, namun juga sehingga kepada jenazah mujahid ini gugur syahid dalam pertempuran melawan tentera Syi'ah.

Allah Subhanahu Wata'ala menjaga jenazah mujahid tersebut dari tindakan penghinaan dan juga penganiayaan yang dilakukan oleh tentera musuh yang cuba merosakkan jasad mujahid ini, bahkan sehingga sanggup membakarnya.

Sebuah video yang dimuatnaik ke YouTube oleh tentera Syi'ah sendiri, menunjukkan percubaan merosakkan jenazah salah seorang mujahid yang gugur Syahid (Insyallah).



Kelihatan seorang tentera musuh berusaha menikam pisau yang dipegangnya ke tubuh jenazah tersebut berkali-kali dengan sekuat tenaga, namun walaupun telah berulang kali mencuba di beberapa bahagian tubuh, pisau tentera kafir Syi'ah tersebut tidak mampu menembusi kulit jenazah mujahid itu.

Kerana tidak berjaya untuk merosakkan jenazah mujahid tersebut, tentera kafir kemudian menuangkan satu tong minyak petrol ke jenazah mujahidin itu dan cuba untuk membakarnya pula.

Namun begitu, percubaan itu juga tidak berhasil. Bila Allah mahu menunjukkan kuasanya, walaupun api menyala di pakaian mujahid itu, namun api itu tidak mampu menyentuh kulit jenazah mujahidin tersebut.

Sumber: voa-islam
View the original article here

Monday, 30 June 2014

Bunuh Diri Kerana Wajah Kekasih Tidak Secantik Dalam Gambar

Bunuh Diri Kerana Wajah Kekasih Tidak Secantik Dalam Gambar | Mangsa dikatakan terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik dalam gambar yang dimuatnaiknya di internet. Pasangan itu menjalin hubungan selama empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial dan tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu-sama lain.






Gara-gara terkejut melihat wajah kekasihnya buat pertama kali, seorang lelaki di Filipina bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah. Difahamkan kekasihnya kerap menggunakan aplikasi Camera 360 dan Retrica bagi mengubahsuai wajahnya untuk kelihatan cantik dan menarik. “Saya ingat awak sangat cantik, tetapi saya bodoh kerana percayakan gambar awak sedangkan semuanya telah diubahsuai,” kata mangsa bernama Mark Anthony Perez kepada wanita itu biarpun dia sudah mengenakan solekan tebal. 



Selepas pertemuan itu, Mark menangis dan tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak membunuh diri. Dia mati serta-merta akibat kecederaan dalaman termasuklah pada paru-paru dan otaknya.

Sumber: Mynewshub via Harianblogger

View the original article here

Tuesday, 10 June 2014

Misteri Kampung Orang Kerdil Yang Tidak Dapat Di Rungkai


















Yangsi, sebuah kampung terpencil di Sichuan wilayah barat daya China, telah membingungkan para saintis selama beberapa dekad. Kira-kira 40 peratus daripada beberapa penduduknya lebih pendek daripada manusia biasa, purata 36 daripada 80 penduduk kampung adalah kerdil - yang paling tinggi di rekodkan adalah kira-kira 3 kaki 10 inci tinggi dan yang paling pendek, 2 kaki 1 inci. Terlalu besar peratusan untuk dikategorikan sebagai kejadian rawak, tetapi setakat ini tiada sesiapa yang dapat memberikan penjelasan.

Hari ini, kerana bilangan besar penduduk kampung yang kerdil, Yangsi dikenali sebagai 'Kampung kerdil. Menurut orang-orang tua kampung, kegembiraan mereka telah hancur pada malam musim panas lama lalu, apabila penyakit yang jahat melanda rantau ini. Beberapa penduduk tempatan mengalami keadaan misteri yang belaku terutamanya kanak-kanak yang berumur antara 5 dan 7. Keadaan itu menyebabkan kanak-kanak berhenti membesar, berada di ketinggian yang sama untuk sepanjang hayat mereka. Selain daripada ketidakupayaan mereka untuk menjadi lebih tinggi, beberapa mangsa juga menderita dalam keadaan cacat.

Para saintis dan pakar-pakar melawat Yangsi, untuk mengkaji air, tanah, dan biji-bijian di rantau ini. Mereka juga mengkaji individu yang terlibat dengan harapan mengumpul beberapa petunjuk. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menentukan sama punca di sebalik keadaan. Ia kekal sebagai misteri hingga hari ini. 




















View the original article here

Monday, 2 June 2014

Video: Saya Tidak Pasti Apa Yang Saya Dengar. Tapi Minit Ke 1:03 Merupakan Penghinaan K-Pop Kepada Islam!



Baru-baru ini tersebar satu music lagu K-Pop yang ada unsur penghinaan kepada Islam. Terselit satu rangkap dimana seakan-akan bacaan Al-Quran. Anda boleh tonton video di bawah untuk mengesahkanya.


Video Lagu Penuh

Perbandingan antara lagu ini dan satu klip asal bacaan Al-Quran tersebut.







View the original article here

Saturday, 31 May 2014

Projek Pinjam Panda China RM25 JUTA Tidak Membazir - Menteri

KUALA LUMPUR - Penerimaan pasangan Panda Gergasi yang dipinjamkan China sebagai tanda simbolik hubungan diplomatik Malaysia-China bukan pembaziran, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

Palanivel berkata melalui projek ini Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi haiwan itu termasuk proses pembiakannya.

"Kepakaran tempatan juga dapat dibangunkan dan dilatih dalam aktiviti konservasi ini."



"Pengalaman serta kepakaran ini boleh digunakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai usaha konservasi spesies-spesies tempatan lain seperti harimau, seladang, tapir, Orang Utan dan beruang matahari," katanya kepada Bernama dalam soal jawab melalui e-mail di sini hari ini.


Kenyataan itu sebagai membidas dakwaan pembangkang kononnya program itu yang dianggar menelan kos RM25 juta, satu pembaziran dan tidak berbaloi. 

Palanivel berkata projek itu juga akan meningkatkan kesedaran orang ramai dalam menghargai keunikan dan kepentingan konservasi hidupan liar serta biodiversiti.

Pada 15 Jun 2012, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meminjam dua Panda Gergasi dari republik itu selama 10 tahun sebagai simbolik hubungan diplomatik Malaysia-China ke-40 yang bakal diraikan tahun ini.

Malahan, ia juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 selain merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara.


Panda Gergasi dikenali dengan nama Feng Yi (Phoenix) dan Fu Wa (Lucky), itu, yang dilahirkan pada 23 Ogos 2003, adalah antara lapan panda yang mendapat perhatian ramai dan turut menyerikan Olimpik Beijing 2008.

Bagaimanapun Palanivel berkata penghantaran panda yang pada mulanya dijadual pada 16 April, terpaksa ditunda ekoran tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370pada 8 Mac lalu.

"Sehingga kini belum ada tarikh spesifik ditentukan oleh kedua-dua negara. Namun begitu kita bersedia pada bila-bila masa untuk menerima pasangan Panda Gergasi tersebut," katanya.

Dalam pada itu Palanivel menjelaskan bahawa Malaysia telah melakukan persiapan rapi bagi menyambut kehadiran pasangan panda itu seperti menyediakan Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi serta sebuah tempat pertunjukan khas.


"Tempat pertunjukan panda itu dibina mengikut kesesuaian habitat haiwan berkenaan. Pemeriksaan teknikal telah dijalankan oleh pasukan pakar CWCA ke atas tempat Panda Gergasi di Zoo Negara dari 3 hingga 6 Jan lalu," katanya. 

Sementara itu, menjawab soal kemungkinan penghantaran itu dibatalkan, Palanivel berkata beliau menaruh keyakinan yang tinggi projek itu akan diteruskan dan tiada sebarang ruang untuk pembatalan setakat ini. - Bernama

View the original article here

Tuesday, 20 May 2014

'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan...

'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan

'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan | Perempuan selfie okay tetapi lelaki selfie, hurmmm. Tidak sama sekali! Fenomena selfie begitu kuat mempengaruhi kehidupan seharian anda, contohnya, Liyana Jasmay sempat berkongsi gambar dengan peminat di laman sosial Instagramnya selepas melahirkan bayi.

Apa yang kami ingin fokuskan ialah kenapa lelaki tidak digalakkan selfie? Pelik? Kurang sesuai?

1. Selfie adalah untuk kaum Hawa sahaja

Wanita mengambil selfie untuk menunjukkan perkara yang disukainya, untuk berkongsi kepada kawan dan sahabat handai. Tukar warna rambut ambil selfie, selfie dalam bilik air, ingin tunjukkan kecomelan kucing jadi perlu selfie, muka selepas dimekap juga selfie, dan macam-macam lagilah mahu selfie.

2. Selfie tidak menunjukkan kelakian 

Bukankah pelik bila anda lihat lelaki asyik selfie? Sekala sekali masih boleh dimaafkan tetapi jika setiap ke sesuatu tempat mahu selfie, hurmm janganlah. Difahamkan lelaki sekurang-kurangnya mempunyai maksimum tiga gambar diri mereka, hari pertama di sekolah, dapat lesen memandu dan juga ketika hari perkahwinan.

3. Selfie untuk attention seeker

Selfie menunjukkan anda sangat mendambakan perhatian. Keterlaluan jika di mana sahaja dan apa sahaja yang anda buat mahu selfie. Jika anda mahu perhatian, hubungi ibu anda.

4. Selfie jika ia menyumbangkan sesuatu

Selfie jika itu part of your job. Jika ianya tidak menyumbangkan sesuatu jadi duduk diam dan lakukan aktiviti bermanfaat. Lainlah anda shirtless selfie, sekuarang-kurangnya masih boleh diterima. Peace!

5. Selfie tidak membantu anda menarik mana-mana wanita

Wanita sebenarnya tidak berminat pada lelaki yang kerap selfie tidak kira tempat, lagi pelik tengok. Jadi, ingat pesanan ini jika anda sedang mencari pasangan hidup.

6. Justin Bieber sukakan selfie

Ya, ini antara sebab kenapa lelaki tidak digalakkan selfie kerana Justin Bieber. Justin Bieber selfie untuk menunjukkan dirinya shirtless dengan tatu baru. Anda pula ingin menunjukkan apa?

Friday, 9 May 2014

Foto Eksklusif - Luna Maya Yang Tidak Tersiar Pada Malam MLM 2013 (13 Gambar)


Secara eksklusif, blog hiburan terkenal, Beautiful Nara telah memuatnaik foto juri pasca Maharajalawak Mega 2013 Akhir, Luna Maya dan Nora Danish.

Terdapat beberapa keping gambar yang lebih close up Luna Maya yang jelas menampakkan keseksian beliau pada malam itu. Nora Danish juga tidak kurang hebat dengan menggayakan dressing yang ketat!



































Namun, apa yang menarik perhatian kami, gaun seksi Luna Maya sebenarnya hadir dengan sehelai selendang merah yang cantik menutup bahagian dadanya.

Tapi mengapakah ketika rancangan tersebut berlangsung, selendang tersebut hilang ya? Sengaja mencari publisitikah?








Sumber: pilihan-anda

View the original article here

Wednesday, 23 April 2014

6 Dosa Yang Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat

Dosa Yang Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat



Disaat kita hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita berfikir tentang dosa kita? Dosa besar dan kecil. Kita meminta diampunkan dosa kepada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah. Mari baca 6 dosa yang tidak diampun ini.

1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532


Tuesday, 22 April 2014

Luar Biasa: Inilah Gambar Paling Terkenal di Dunia Yang Tidak Sengaja Tertangkap Kamera



Jangan sampai kehilangan mood ketika bercuti. Itu biasanya dilakukan oleh jurugambar yang dengan sabar menanti moment semasa membidikkan kameranya. Namun, hal berbeza dilakukan oleh seekor tupai yang kemudian menjadi terkenal, kerana dia tiba-tiba muncul di depan kamera, sebelum kamera itu secara automatik merakam gayanya.
Melissa Brandts dan suaminya Jackson, dari Minneapolis, Minnesota, menetapkan waktu pada kamera untuk sebuah jepretan romantis berdua dengan latar belakang tasik. Selagi menunggu saat-saat kamera secara automatik terklik mereka berdua, tiba-tiba seekor tupai nakal bergaya di depan kamera. Dan … klik! “Tupai itu bergaya dengan manisnya di depan pasangan ini.

PQAAAOQtR-8IqOMNTK5000oEDq53Zt0soyJ5OGkEeYcT6XD98_ZjM6vf61l4ofRRTXvNkNdtAv4BBWIcFHbEBTzRKrkAm1T1UFXUkitYmwYbDCPcuIYm698SAlQH.jpg (780×558)
Mrs Brandts berkata: “Kami telah menyiapkan kamera di batuan dan semasa bersedia untuk mengambil gambar, tiba-tiba ada tupai yang tertarik muncul dari dalam tanah dan semakin hairan dengan suara fokus lensa kamera yang berputar.”
Gambar diambil dengan latar belakang Tasik Minnewanka di Taman Negara Banff, Kanada. Kelihatan model yang berbulu dengan hidung hitam menonjol berdiri dan kini telah menjadi bintang antarabangsa.
Ini kerana, wajah tupai itu terpampang di laman web National Geographic dalam saluran galeri Gambar “Your Shot”. Tak lupa, ada keterangan tentang gambar tersebut. “Ini adalah moment yang hanya sekali dalam seumur hidup. Ketika itu kami pun mentertawakan, makhluk kecil itu.” tabekpuang.
 sumber

View the original article here

Thursday, 17 April 2014

6 Gambar Remaja Sekarang Yang Tidak Tahu Malu Dalam Facebook



gambar, remaja, tak tahu malu, facebook, tak senonoh, laman sosial,
Kalau dilihat dari gambar-gambar ini, memang sudah cukup menggambarkan bahawa remaja masa kini yang lebih berani menunjukkan perlakuan tidak senonoh kepada orang ramai terutama sekali apabila mereka memuatnaik gambar di dalam laman sosial. Seperti yang kita tahu rata-rata penduduk Di Malaysia ini mempunyai akaun laman sosial, dengan sekali tekan sahaja semua gambar tadi boleh tersebar. Semuanya hanya di hujung jari.

Bukan nak mengaibkan atau memalukan sesiapa tetapi untuk peringatan semua pihak terutama remaja kerana perkara ini tidak dipandang dengan lebih serius. Kebanyakkan orang akan berkata "biarlah, dosa masing-masing tanggung" tetapi harus diingat gejala ini boleh merebak dan mungkin akan terkena tempias saudara mara, adik - beradik, anak kita nanti jika tidak dicegah dari sekarang walaupun gejala ini sekarang ini boleh dikategorikan tahap bahaya.

Cuba kita lihat dan nilai mana letaknya moral dan persaan malu remaja sekarang ini. Adakah didikan agama yang diajar di sekolah mahupun di rumah tidak cukup? Ataupun undang-undang baru yang lebih ketat perlu diperkenalkan.


Dibawah ini beberapa keping gambar remaja yang berkelakuan tidak senonoh yang di muatnaik denga rasa bangga dalam laman sosial masing-masing.
gambar, remaja, tak tahu malu, facebook, tak senonoh, laman sosial,


gambar, remaja, tak tahu malu, facebook, tak senonoh, laman sosial,


gambar, remaja, tak tahu malu, facebook, tak senonoh, laman sosial,


gambar, remaja, tak tahu malu, facebook, tak senonoh, laman sosial,
gambar, remaja, tak tahu malu, facebook, tak senonoh, laman sosial,  



Friday, 11 April 2014

APA!!! 1,000 helai tudung dalam almari? Isteri Fizo Omar Mawar Abdul Karim Tidak Ulang Pakai Tudung

type='html'>

APA!!!1,000 helai tudung dalam almari? Rasanya belum ada lagi artis yang mampu pecah rekod isteri kepada pelakon Fizo Omar, iaitu Mawar Abdul Karim yang mempunyai koleksi tudung sebanyak itu. Kalau ada sila tampil dan tunjuk buktinya! Haaa..... 

Tetapi itulah yang diberitahu oleh Mawar yang juga anak pengasas tudung jenama Fareeda ini ketika ditemui pada mahjlis sidang media program Terima Kasih Sayang baru-baru ini.

Bukan itu saja, Mawar memberitahu tidak akan memakai tudung tersebut lebih daripada sekali. Patutlah.. setiap kali tampil ke acara hiburan, Mawar bergaya penuh stail dengan koleksi tudung-tudungnya. Kekwat tak??

"Sebagai jurucakap dan pereka di Fareeda adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa jenama tersebut selain menggayakan rekaan terkini dan sebab itu saya tidak akan memakai sesuatu tudung itu lebih daripada sekali.

"Siapa lagi hendak promosikan jenama Fareeda kalau bukan saya. Betul tak?," katanya.  

Bagaimanapun kata Mawar, kesemua tudung yang telah digayakan itu tidak akan dibazirkan begitu sahaja dan akan diberikan kepada kenalan rapat atau saudara mara terdekat.

Bercakap mengenai gayanya pada majlis berkenaan, Mawar berkata bagi menyesuaikan tema majlis berkenaan dia mereka sendiri tudung yang dipakainya sehari sebelum acara bermula.

Malah kata Mawar, tudung berkenaan hanya siap pada sebelah pagi sebelum majlis sidang media itu bermula.

"Kebetulan saya memang gemarkan warna Ungu dan tudung yang saya gayakan ini mendapat inspirasi daripada tema berkenaan.

"Rekaan ini bukan sahaja untuk majlis berkenaan malah akan dijual kepada pelanggan mulai minggu hadapan," jelasnya.


View the original article here

Friday, 28 March 2014

Tahu Kenapa Golongan Muda Cina Tidak Hormat Melayu ?
























Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut berlarutan.


Musa dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia berkata apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.

"Generasi muda Cina membenci rasuah.

"Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu," kata Musa yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia di "Forum Rakyat:Melayu Islam Bersatu?" hujung minggu lalu.

Isu rasuah merupakan perkara pokok yang sentiasa menjadi permasalahan dalam pentadbiran kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN), kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun kedudukan Malaysia bertambah baik pada tahun 2012 menjadi negara ke-54 di dunia, indeks antarabangsa masih meletakkan Malaysia di bawah negara-negara Afrika seperti Rwanda (50) dan Botswana (30).

Baru-baru ini, seorang wanita Cina telah ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM kerana dikhuatiri telah menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook-nya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini juga turut dikaitkan dengan sokongan peningkatan sokongan pengundi Cina kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) walaupun berjaya kekal sebagai kerajaan pusat, hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga secara terbuka telah menyalahkan masyarakat Cina apabila menyifatkan keputusan PRU13 sebagai "Tsunami Cina" sejurus selepas berakhir pilihan raya.

Walau bagaimanapun, penganalisis berkata sebaliknya apabila mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.

Malah perlantikkan Datuk Paul Low sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam Kabinet baru-baru ini juga dilihat sebagai langkah untuk memulihkan sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran beliau dan menonjolkan imej bersih serta membuktikan ketegasan dalam menangani isu rasuah yang berleluasa. - 17 Jun, 2013.


View the original article here

View the original article here

Tahukah Anda 5 Penyakit Yang Tidak Dapat Disembuhkan ?
























Dalam dunia ini ada beribu-ribu jenis penyakit.Belum pun satu penyakit itu ditemui penawarnya,muncul pula penyakit lain.Kita patut berterima kasih kepada para saintis di seluruh dunia kerana bertungkus lumus mencari ubat bagi setiap penyakit,walaupun mungkin tidak menyembuhkan sepenuhnya,tetapi sekurang-kurangnya memberi kesan kelegaan. 


Supaya kita semua lebih berjaga-jaga dan lebih prihatin terhadap kesihatan sendiri,ini dia 5 senarai penyakit yang belum ada rawatan yang mampu menyembuhkan sepenuhnya.Tujuan posting ini bukan untuk menakut-nakut pembaca ya,tetapi supaya kita memberi lebih perhatian terhadap tubuh kita sebab sebahagian daripada penyakit tersebut berpunca dari diri sendiri. 

1.AIDS

AIDS bermaksud Acquired Immune Deficiency Syndrome .Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodeficiency Virus).Virus ini akan melumpuhkan sistem antibodi tubuh,menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit.AIDS itu sendiri tidak membunuh,tetapi penyakit yang berkerumun menimpa kita selepas dijangkiti HIV itu yang membunuh. 

2.DIABETES

Diabetes atau kencing manis merupakan antara penyakit yang popular di Malaysia,dan malang sekali tidak ada rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit ini secara total buat masa ini.Walaubagaimanapun,kepada mereka yang ada Diabetes,jangan putus asa,sebab kesannya masih boleh dikawal dengan senaman,pengambilan makanan yang teratur dan berkhasiat serta ubat(bukan menyembuhkan,hanya mengawal kesannya) 

3.ALZHEIMER

Alzheimer ialah sejenis penyakit yang dikategorikan dalam penyakit mental.Pesakit Alzheimer akan mengalami masalah pemikiran,tabiat dan memori.Tidak ada rawatan untuk penyakit ini,lebih-lebih lagi ia selalu menyerang mereka yang berumur 60 tahun keatas,tetapi ada juga kes pesakit yang lebih muda dari itu. 

4.PARKINSON

Penyakit Parkinson berlaku disebabkan kerosakkan pada sistem saraf pusat.Pesakit akan mengalami keadaan menggeletar yang tidak terkawal,pergerakkan jadi perlahan dan sukar mengimbang badan.Parkinson dialami oleh setiap seorang daripada 100 orang yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh dunia. 

5.ASMA

Asma ialah sejenis penyakit paru-paru akibat radang atau penguncupan saluran pernafasan,menyebabkan si pesakit tercungap-cungap,sukar bernafas.Belum ada ubat untuk Asma yang terbukti mampu menyembuhkan 100%.Punca Asma juga masih belum dapat dipastikan tetapi dipercayai disebabkan keturunan. 

Sekian senarai 5 penyakit yang tidak dapat disembuhkan.Tapi semuanya tak mustahil untuk sembuh kalau Allah izinkan. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dimasa muda ini supaya bahagia di hari tua kelak... :)

Rujukan: wikipedia


Monday, 3 March 2014

PENERIMA BR1M YANG TIDAK BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN!

type='html'>
Tak malu! Ambik duit Barisan Nasional lepas tu tak nak bersyukur! Tarik kerakyatan! Pulangkan duit sekarang! #S LOL




View the original article here


View the original article here

Sunday, 2 March 2014

PELIK!! WANITA INI TIDAK PERNAH MAKAN SELAMA 25 TAHUN

type='html'> type='html'>

Wanita dari India bernama Manju Dharra mempunyai penyakit pelik yang membuatnya tidak boleh makan seumur hidupnya . Wanita yang berusia 25 tahun ini selama hanya meminum susu , teh dan air putih untuk mempertahankan hidupnya .

Seperti dipetik Daily Mail , Selasa ( 11/02/2014 ) , Manju terkena penyakit yang disebut Achalasia , yang membuatnya akan terus muntah jika makan makanan padat . Penyakit aneh ini ia derita sejak lahir . Namun , walaupun tidak pernah makan , Manju tetap boleh bertahan hidup dan melakukan aktiviti , dengan mendapatkan tenaga dari susu , teh , dan air putih yang ia minum .

Menurut ibunya yang bernama Bhagwati Dharra , dalam sehari Manju boleh menghabiskan sebanyak 4-5 liter susu . Jika ia memakan makanan padat , Manju akan langsung memuntahkan semuanya . Penyakitnya ini membuat Manju terus mengeluh kerana merasa kesakitan di perutnya . Melihat keluargaya yang terbilang miskin , membuat ibu bapa Manju tidak boleh mengubatinya .

Namun , walaupun begitu , Manju akan tetap bertahan hidup seperti saudara - saudaranya . Untuk memenuhi keperluannya , Manju mempunyai lembu sendiri yang ia rawat sejak kecil . Dari lembu itu , ia akan mendapatkan susu tanpa perlu membelinya .

View the original article here


View the original article here

Wednesday, 26 February 2014

Tempah Baju Di Butik Pengantin — Ana Dahlia Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi?


Pereka fesyen pengantin, Ezuwan Ismail baru baru ini ada berkongsi sekeping gambar melalui Instagram beliau menunjukkan Ana Dahlia dan pasangan hadir ke butik beliau.


Melalui gambar tersebut, pereka fesyen itu menulis yang mereka sudah selesai berbincang dan berterima kasih kepada Ana Dahlia dan pasangannya kerana memilih beliau (sebagai pereka baju pengantin, kami anggap).


Kalau benar seperti yang kami sangkakan, Ana Dahlia yang juga pernah bergelar isteri kepada Chef Riz ini nampaknya bakal mendirikan rumahtangga buat kali ketiga (ada yang kata ini adalah kali keempat) dengan jejaka berusia 23 tahun ini.


#02 Ana Dahlia Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi? - ROTIKAYA


Sehingga saat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari mulut Ana Dahlia dan kami pasti pelakon ini akan berkongsi kisah gembira ini tidak lama lagi. Tahniah kami dahulukan, jangan lupa jemput kami kelak. #takmalu (rtky/m)


#01 Ana Dahlia Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi? - ROTIKAYA


Artikel asal