Showing posts with label Kepada. Show all posts
Showing posts with label Kepada. Show all posts

Monday, 30 June 2014

Berani! Surat terbuka kepada Menteri Besar Johor – Hassan Karim

Berani! Surat terbuka kepada Menteri Besar Johor – Hassan Karim | Dengan rendah hati saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Hassan Karim seorang rakyat Johor, warganegara Malaysia yang tinggal di Pontian, Johor, serta beralamat seperti di atas. Surat terbuka ini ditujukan dan dialamatkan kepada saudara selaku Menteri Besar Johor. Saya ingin merujuk perkara yang tersebut di atas iaitu mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ). 






 Saya mendapat maklum dari media bahawa pada hari Isnin ini 9.6.2014 RUU (LPHJ) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Nusajaya. RUU(LPHJ) itu jika diluluskan oleh DUN maka ia akan menjadi satu enakmen yang mempunyai ciri-ciri, antara lainnya seperti berikut:- 



(a) ia memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun LPHJ; 



(b) Sultan Johor mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu; 



(c) Sultan diberi kuasa menentukan jumlah elaun dan saraan ahli lembaga pengarah; 



(d) Sultan diberi kuasa melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.



Saya percaya jika RUU (LPHJ) seperti yang ada sekarang diluluskan maka ia akan membawa implikasi bahawa Kerajaan Johor yang dipilih oleh rakyat memberi kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan. Saudara sebagai Menteri Besar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia tentu lebih faham bahawa RUU (LPHJ) yang akan dibentangkan di DUN Johor ini adalah bercanggah dengan konvensi sistem berkerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. 



Saudara sebagai Menteri Besar Johor mestilah menjadi banteng untuk mempertahankan kedua-duanya iaitu institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Saudara mesti mengambil apa juga langkah untuk mengelakkan supaya Sultan Johor tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung sebagai kuasa eksekutif. Ini untuk mengelakkan Sultan Johor dari terdedah kepada penghinaan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam, saudara tentu faham bahawa jika Sultan diberi kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, maka keputusan Sultan itu adalah satu keputusan eksekutif kerajaan dan ia boleh dicabar di mahkamah di dalam prosiding Semakan Kehakiman (Judicial Review). 



Sanggupkah saudara melihat kebawah duli Sultan Johor diheret ke Mahkamah Sivil sebagai seorang responden oleh pihak-pihak yang berasa terkilan apabila diberhentikan sebagai ahli lembaga pengarah? Jika ini berlaku tidakkah Sultan akan terdedah kepada penghinaan? Jika saudara masih sayangkan Sultan! 



Saya ingin bertanya, adakah saudara mendapat nasihat perundangaan dari Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUNJ) apabila saudara sebagai ketua Majlis Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mudahnya kerajaan Johor hendak membentangkan RUU (LPHJ)? Jika ada nasihat dari PUNJ, apakah nasihat mereka? PUNJ memikul tanggungjawab sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan Johor. Siapa yang menderaf RUU (LPHJ) ini? Adakah diteliti oleh PUNJ? Jika PUNJ berkata “ Yes” sahaja terhadap RUU (LPHJ) itu nyata sekali PUNJ telah melakukan satu kecuaian. Tapi ini satu spekulasi sahaja. Jadi siapa sebenarnya yang menderaf, mendesak supaya RUU (LPHJ) ini dibentangkan? 



Adakah Sultan Johor tahu? Adakah baginda setuju? Atau adakah baginda Sultan yang mengarahkan supaya dibentangkan dengan peruntukan seperti yang ada sekarang? Ini satu pertanyaan. Saudara mesti telus. Perkara ini sudah jadi isu nasional. Sekarang saudara perlu memikul satu lagi tanggungjawab. Saudara jadi Menteri Besar kerana saudara menang sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri Permas, dalam negeri Johor. Parti politik saudara Umno/Barisan Nasional menjadi parti yang menang majoriti di DUN Johor. 



Saudara tidak berada di dalam DUN Johor kerana dilantik oleh Sultan. Rakyat yang lantik saudara. Jadi saudara perlu memikul satu lagi konvensi sistem bernegara dan bernegeri di Johor dan Malaysia ini iaitu sistem Demokrasi Berparlimen. Demokrasi berparlimen adalah secara mudah difaham ialah kuasa rakyat yang memilik satu kerajaan iaitu kerajaan pilihan rakyat melalui satu pilihanraya yang bersih dan adil. Jadi tugas saudara sebagai Menteri Besar ialah sentiasa bersikap cermat, waspada, dan sentiasa cemburu supaya kuasa kerajaan pilihan rakyat tidak diceroboh oleh pihak istana. 



Bukan seperti apa yang berlaku sekarang. Saudara telah buka pintu seluas-luasnya untuk Sultan berkuasa di dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam satu bidang yang amat penting dan strategik iaitu sektor perumahan dan hartanah. Jadi saudara telah pecah amanah yang diberi oleh rakyat. Saudara telah gagal untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Johor. Perlu diingat, Johor bukan satu negeri berdaulat dan merdeka sendiri. Johor adalah satu komponen dalam Persekutuan Malaysia yang merdeka. 



Saudara selaku Menteri Besar perlu memikul tanggungjawab terhadap isu ini yang boleh menjadi satu skandal perundangan dan perlembagaan. Saudara perlu dipersalahkan sekiranya akhirnya institusi raja dan Sultan Johor dihina rakyat. Saudara perlu melindungi hal seperti itu berlaku. Ini memerlukan seorang Menteri Besar yang bijaksana, tegas dan berpandangan jauh untuk menasihati Sultan, jika di pihak Sultan sendiri yang begitu ghairah untuk mempunyai kuasa eksekutif. Saudara mesti menasihati baginda. 



Saudara selaku Menteri Besar patut turun padang dan mendengar keluhan dan kegelisahan rakyat. Adakah saudara tahu bahawa di Johor sekarang sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Sultan Johor secara langsung atau melalui nominenya atau proksinya terlibat dalam hal perniagaan termasuk dalam sektor perumahan dan hartanah. Saudara tentu sedar sektor hartanah terutamanya hartanah mewah sedang berkembang pesat di Iskandar Malaysia? Saudara tentu sedar banyak kawasan laut dan selat serta pantai sedang rancak di tambak di Johor Bahru dan Iskandar Malaysia seperti di Nusajaya dan Gelang Patah, juga Pengerang. 



Adakah saudara sedar bahawa tanah-tanah yang ditambak itu kemudiannya di jual kepada syarikat-syarikat pemodal asing dari Singapura, Hong Kong dan China? Masakan saudara sebagai Menteri Besar tidak sedar tentang hal ini atau saudara mahu menafikannya? Adakah saudara sedar ada dakwaan bahawa Sultan Johor terlibat dalam menjual tanah-tanah itu kepada syarikat milik asing? Dengan saudara yang menerajui RUU (LPHJ) pada hari Isnin depan ini, maka saudara yang mesti pikul tanggungjawab jika Sultan Johor akan dipersoalkan oleh rakyat. 



Jika Sultan Johor terlibat dengan perniagaan dalam bidang hartanah, dan enakmen baru jika diluluskaan memberikan baginda kuasa ke atas urusan pentadbiran hal perumahan dan hartanah, tidakkah itu akan berlaku percanggahan kepentingan (conflict of intersest)? Sepatutnya saudara elakkan perkara ini daripada berlaku.Ini satu kecuaian saudara. Apa tujuan sebenarnya saudara hendak bentangkan RUU(LPHJ) hari Isnin ini? Adakah saudara mahu melihat institusi raja di Johor ini lebih cepat berkubur apabila rakyat marah. 



Seperti apa yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan dekat di sini Revolusi Sosial di Indonesia? Jangan orang melawak akhirnya di dunia ini tinggal raja dan permaisuri daun terup atau daun pakau sahaja. Tinggal raja lekuk, raja sepit dan suku sakatnya. Saudara perlu bertanggungjawab selaku mamak menteri atau Menteri Besar jika peristiwa pemberontakan ke atas raja dan sultan berlaku di Johor. Ingat semula kisah benar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi. Di Pengerang, beratus-ratus nelayan miskin dari pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, periuk nasi mereka seperti “dicampak pasir” apabila pasir-pasir di tengahlaut disedut oleh Syarikat Mados Sdn Bhd dengan kelulusan Kerajaan Negeri Johor untuk ditambak di kawasan tangkapan ikan para nelayan tersebut untuk tujuan membina satu projek terminal laut dalam milik syarikat-syarikat besar. 



Syarikat Mados Sdn Bhd ini sebuah syarikat milik Sultan Johor. Jadi saya nasihatkan sebelum Sultan Johor jadi mangsa skandal penghinaan yang lebih parah, lebih baik saudara tarik balik RUU(LPHJ) itu. Pinda semula. Gugurkan semua peruntukan yang memberi kuasa kepada Sultan dalam enakmen itu. Jangan heret Sultan ke dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Saudara sebagai menteri besar dan para exco saudara dalam Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mesti pikul tanggungjawab atau akauntabiliti dalam sistem demokrasi berparlimen. 



Baru ada fungsi Dewan Undangan Negeri untuk lakukan semak dan imbang/check and balance. Jika saudara silap, atau gagal, dalam pilihanraya umum nanti rakyat ada remedi untuk ganti kerajaan saudara dengan kerajaan lain pilihan rakyat. Rakyat tidak perlu marahkan Sultan. Sultan tidak bertanding dalam pilihanraya. Sekian sahaja surat saya ini. Harap maaf jika ada tersilap kata dan bahasa. Terima kasih. Yang benar, Hassan Karim?. – 8 Jun 2014.



Sumber: Malaysia Insider

View the original article here

Sunday, 22 June 2014

Sumpahan Kepada Presiden US?




setakat ini, semua presiden US yang dilantik pada tahun yang berakhir dengan '0' telah mati, dibunuh atau cuba untuk dibunuh.

1840: William Henry Harrison (mati semasa berkhidmat)
1860: Abraham Lincoln (dibunuh)
1880: James A. Garfield (dibunuh)
1900: William McKinley (dibunuh)
1920: Warren G. Harding (mati semasa berkhidmat)
1940: Franklin D. Roosevelt (mati semasa berkhidmat)
1960: John F. Kennedy (dibunuh)
1980: Ronald Reagan (cubaan membunuh tidak berjaya)
2000: George W. Bush ?


Fakta-fakta menarik lain ...

Abraham Lincoln dilantik ke Kongres pada tahun 1846.
John F. Kennedy dilantik ke Kongres pada tahun 1946.

Abraham Lincoln dilantik menjadi Presiden pada tahun 1860.
John F. Kennedy dilantik menjadi Presiden pada tahun 1960.

Keduanya:
- aktif dalam memperjuangkan hak asasi manusia.
- telah ditembak mati pada hari Jumaat.
- telah ditembak dikepala.
- telah di tembak oleh pembunuh yang berasal dari bahagian selatan US.
- telah diganti oleh presiden baru yang berasal dari selatan US.
- telah diganti oleh presiden baru yang bernama Johnson.


Yang lebih pelik ...

Sekretari Lincoln bernama Kennedy.
Sekretari Kennedybernama Lincoln.

Andrew Johnson, yang mengantikan Lincoln, lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, yang mengantikan Kennedy, lahir pada 1908.

John Wilkes Booth, yang membunuh Lincoln, lahir pada 1839.
Lee Harvey Oswald, yang membunuh Kennedy, lahir pada 1939.

Booth dan Oswald telah dibunuh sebelum menjalani pembicaraan.


Yang lebih pelik ...

- Lincoln telah ditembak di sebuah panggung bernama "Ford."
- Kennedy telah ditembak didalam sebuah kereta bernama "Lincoln" buatan "Ford."
- Kedua pembunuh di panggil dengan 3 nama.
- Nama kedua pembunuh terdiri dari 15 huruf.

Yang teramat pelik ...

Seminggu sebelum ditembak, Lincoln berada di Monroe, Maryland.
Seminggu sebelum ditembak, Kennedy telah bersama Marilyn Monroe.

Ada yang mengatakan semua presiden US telah disumpah oleh kaum Red Indian. Tetapi nampaknya Bush seperti sudah selamat dari sumpahan itu, kerana berjaya selamat setelah tercekik memakan 'pretzels'.
View the original article here

Sunday, 15 June 2014

Surat Terbuka Wanita Misteri Kepada Abby Abadi Isu Malukan Bekas Suami

Susulan kes penceraian kedua membabitkan bekas pelakon terkenal, Abby Abadi dengan Farhan semalam, ramai peminat lebih menyebelahi nasib lelaki muda itu.

Ada yang berpendapat, tindakan Abby mencakar Noor Farhan sehingga mengalami luka-luka kecil dan lebam di bahagian muka dan lengan dianggap keterlaluan dan terlalu mengikut emosi. Meskipun begitu, dakwaan terbabit telah dijawab Abby melalui mStar Online hari ini.

Terbaru, seorang wanita misteri hanya dikenali dengan nama Kjee telah menulis sepucuk surat terbuka buat Abby Abadi. Isi kandungan surat itu ialah mengenai luahan Kjee berhubung sikap Abby suka menggunakan pihak media untuk menjawab semua tuduhan dari bekas suami. Mari baca di bawah untuk lebih lanjut.



Assalammualaikum Arbakyah.

Maaf jika nota ini Kjee tulis secara terbuka. Kjee lebih suka berterus terang dan telus.

Sejak Arbakyah (nama arwah Bonda Kjee pun Arbakyah tapi dalam IC, Bakyah jer), berubah haluan menjadi seorang Muslimah yang cukup disenangi mata memandang, Kjee selalu mengikuti perkembanganmu.

Walaupun seringkali hati ini terguris dengan kelancanganmu berbicara mengikut hati dan perasaan bukan akal yang dianugerah Allah swt, namun itu hak awak sebagai seorang manusia.

Apapun Arbakyah, Kjee terpanggil menulis nota ini kerana sudah lama mengenali keluargamu, ibumu Kak Hasnah serta kakakmu yang Kjee dah lupa namanya.

Kalau dulu, awak muncul di media massa kerana keterujaanmu menepis segala yang di sekelilingmu, sejak dua menjak ini muncullah pulak kisah rumahtangga awak yang gagal buat kali ketiga.

Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu. Tapi ramai masih tak lupa adegan depan Pasaraya Carrefour dulu dimana awak 'menghangkut satu lori' wartawan media cetak dan jugak elektronik, untuk menyerang suami kedua awak Norman Hakim.

Kini, episod budak Farhan pulak. Sama-sama saling tuduh menuduh sehinggakan cakaran mesra kucing kini dijadikan lawak oleh ramai insan di alam maya.

Langit tak selalunya cerah. Sebagai wanita, kita selalu memohon agar biarlah rumahtangga kita panas sampai ke petang. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah swt.

Walaupun jodoh tidak berpanjangan, seharusnya sebagai wanita, yang sudah dua kali berkahwin sebelum ini, awak harus tahu cara-cara nak handle budak hingusan seperti Farhan. Jangan sebelum kahwin diwar-warkan budak yang baru berusia 24 tahun ketika itu, seorang yang cukup matang. Alahai, dalam masa dua minggu dah tahu budak itu dah cukup matang. Apa-apa jerlah.

Tetapi setelah jodoh tidak panjang, sepantas kilat diwar-warkan budak itu sebenarnya belum cukup matang untuk mengemudi sebuah rumahtangga!

Dah tau budak tu masih hingusan, sepatutnya Arbakyah bimbing dia jadi seorang suami yang matang! Bukan cara mengherdik seperti seorang ibu yang herdik anaknya! Anak kandung pun boleh lari tinggalkan rumah kalau dicakar hingga berdarah oleh ibunya! Wallahualam.

Kjee mohon Arbakyah duduk semeja dengan rakan karib awak, Shasha Saidin. Contohi cara Shasha menangani masalah rumahtangganya. Walaupun tidak bertudung litup seperti awak, namun cara Shasha rasanya lebih Islamik dan sopan bagi seorang Muslimah! Kjee pernah menulis mengenai Shasha di SINI.

Sudahlah Arbakyah. Tak payah bukak lagi pekung rumahtangga awak. Dia bagi kenyataan, awak balas. Dia kan budak hingusan. Melatah ikut naluri anak muda. Tapi awak yang sepatutnya lebih matang sebab sudah tiga kali berkahwin, tak perlu melatah!

Do not wash dirty linen in public!

Apapun cara awak pertahankan diri awak, your haters tetap tidak menyebelahi awak! Walaupun mereka jugak tidak mahu menyebelahi Farhan, namun jauh di sudut hati mereka, mereka tetap lebih mengasihani budak muda tersebut.

Alangkah elok dari mula lagi awak kata sebegini :"Jodoh kami hanya setakat ini. Harap-harap selepas ini saya tidak mengulangi apa jua kesilapan yang saya buat sebelum ini." Noktah! - Dapurkakjee

Sumber

Saturday, 14 June 2014

Surat terbuka wanita misteri kepada Abby Abadi isu malukan bekas suami

Surat terbuka wanita misteri kepada Abby Abadi isu malukan bekas suami - Susulan kes penceraian ketiga membabitkan bekas pelakon terkenal, Abby Abadi dengan Farhan semalam, ramai peminat lebih menyebelahi nasib lelaki muda itu.



Ada yang berpendapat, tindakan Abby mencakar Noor Farhan sehingga mengalami luka-luka kecil dan lebam di bahagian muka dan lengan dianggap keterlaluan dan terlalu mengikut emosi. Meskipun begitu, dakwaan terbabit telah dijawab Abby melalui mStar Online hari ini.



Terbaru, seorang wanita misteri hanya dikenali dengan nama Kjee telah menulis sepucuk surat terbuka buat Abby Abadi.

Isi kandungan surat itu ialah mengenai luahan Kjee berhubung sikap Abby suka menggunakan pihak media untuk menjawab semua tuduhan dari bekas suami. Mari baca di bawah untuk lebih lanjut.





Assalammualaikum Arbakyah.

Maaf jika nota ini Kjee tulis secara terbuka. Kjee lebih suka berterus terang dan telus.

Sejak Arbakyah (nama arwah Bonda Kjee pun Arbakyah tapi dalam IC, Bakyah jer), berubah haluan menjadi seorang Muslimah yang cukup disenangi mata memandang, Kjee selalu mengikuti perkembanganmu.

Walaupun seringkali hati ini terguris dengan kelancanganmu berbicara mengikut hati dan perasaan bukan akal yang dianugerah Allah swt, namun itu hak awak sebagai seorang manusia.

Apapun Arbakyah, Kjee terpanggil menulis nota ini kerana sudah lama mengenali keluargamu, ibumu Kak Hasnah serta kakakmu yang Kjee dah lupa namanya.

Kalau dulu, awak muncul di media massa kerana keterujaanmu menepis segala yang di sekelilingmu, sejak dua menjak ini muncullah pulak kisah rumahtangga awak yang gagal buat kali ketiga.

Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu. Tapi ramai masih tak lupa adegan depan Pasaraya Carrefour dulu dimana awak 'menghangkut satu lori' wartawan media cetak dan jugak elektronik, untuk menyerang suami kedua awak Norman Hakim.

Kini, episod budak Farhan pulak. Sama-sama saling tuduh menuduh sehinggakan cakaran mesra kucing kini dijadikan lawak oleh ramai insan di alam maya.



Langit tak selalunya cerah. Sebagai wanita, kita selalu memohon agar biarlah rumahtangga kita panas sampai ke petang. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah swt.

Walaupun jodoh tidak berpanjangan, seharusnya sebagai wanita, yang sudah dua kali berkahwin sebelum ini, awak harus tahu cara-cara nak handle budak hingusan seperti Farhan. Jangan sebelum kahwin diwar-warkan budak yang baru berusia 24 tahun ketika itu, seorang yang cukup matang. Alahai, dalam masa dua minggu dah tahu budak itu dah cukup matang. Apa-apa jerlah.

Tetapi setelah jodoh tidak panjang, sepantas kilat diwar-warkan budak itu sebenarnya belum cukup matang untuk mengemudi sebuah rumahtangga!

Dah tau budak tu masih hingusan, sepatutnya Arbakyah bimbing dia jadi seorang suami yang matang! Bukan cara mengherdik seperti seorang ibu yang herdik anaknya! Anak kandung pun boleh lari tinggalkan rumah kalau dicakar hingga berdarah oleh ibunya! Wallahualam.

Kjee mohon Arbakyah duduk semeja dengan rakan karib awak, Shasha Saidin. Contohi cara Shasha menangani masalah rumahtangganya. Walaupun tidak bertudung litup seperti awak, namun cara Shasha rasanya lebih Islamik dan sopan bagi seorang Muslimah! Kjee pernah menulis mengenai Shasha di SINI.

Sudahlah Arbakyah. Tak payah bukak lagi pekung rumahtangga awak. Dia bagi kenyataan, awak balas. Dia kan budak hingusan. Melatah ikut naluri anak muda. Tapi awak yang sepatutnya lebih matang sebab sudah tiga kali berkahwin, tak perlu melatah!

Do not wash dirty linen in public!

Apapun cara awak pertahankan diri awak, your haters tetap tidak menyebelahi awak! Walaupun mereka jugak tidak mahu menyebelahi Farhan, namun jauh di sudut hati mereka, mereka tetap lebih mengasihani budak muda tersebut.

Alangkah elok dari mula lagi awak kata sebegini :"Jodoh kami hanya setakat ini. Harap-harap selepas ini saya tidak mengulangi apa jua kesilapan yang saya buat sebelum ini." Noktah! - Dapurkakjee



View the original article here

Thursday, 5 June 2014

Ok, Saya Tabik Kepada Rakyat Indonesia. Apa Mereka Lakukan Kepada Kontena Ini Layak Disanjung!

Di Depok Jawa Barat wujud sebuah sekolah yang unik untung golongan miskin. Sekolah ini diberi nama Sekolah Master dan terletak di dalam kawasan Masjid Terminal. Ia dibuka pada tahun 2000 bagi memberikan persekolahan rendah bagi kanak-kanak yang tidak mampu membayar yuran sekolah biasa. Pada tahun 2006 bangunan sekolah baru dibina menggunakan kontena kargo terpakai bagi menghasilkan30 bilik kelas. Sekolah percuma ini kini mempunyai hampir 3000 orang murid dan perbelanjaan persekolahan ditanggung oleh Yayasan Bina Insan Mandiri. Jika di Malaysia kita ada pusat tahfiz di Kedah yang berselindung tetapi sebenarnya pusat hamba kanak-kanak jual produk menguatkan senggama. Good job Indonesia!Desktop618_01Desktop618_03Desktop618_02Desktop618_04View the original article here

Wednesday, 4 June 2014

10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia

Anggota tubuh badan yang sihat tidak akan berguna dan tak menjanjikan masa depan yang cerah kalau kita malas dan tidak berusaha.

Pekak, bisu, buta, kudung kaki dan tangan, lumpuh, menghidapi penyakit kronik bukanlah satu halangan kalau kita benar-benar mahu berusaha untuk berjaya. 

Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tidak berusaha mengubah nasib mereka, kan? 

Mereka ini sudah membuktikan yang mereka juga boleh berjaya walaupun tidak memiliki tubuh badan yang sempurna seperti orang lain.

Patrick Henry Hughes


Patrick Henry Hughes

Pemuzik yang boleh memainkan pelbagai alat muzik ini dilahirkan buta dan lumpuh sebahagian badan pada 10 Mac 1988.

Seorang pesakit anophthalmia yang sentiasa disokong oleh bapanya yang memperkenalkan Patrick Henry Hughes kepada piano pada usia seawal 9 bulan.

Pada 2006, Hughes menjadi tumpuan media apabila dia memainkan trompet dalam Louisville Marching Band semasa dia menjadi pelajar di Universiti of Louisville dimana bapanya telah membantu menolaknya diatas kerusi roda.

Apabila bakat luarbiasanya didedahkan, beliau sering dijemput untuk membuat persembahan diseluruh negara.

Liz Murray


Liz Murray

Elizabeth Murray adalah anak pasangan penagih dadah yang dilahirkan pada 23 September 1980 disebuah apartment yang kotor. Pada usia 15 tahun, dia merempat apabila ibunya mati akibat AIDS dan bapanya berpindah ke tempat perlindungan untuk mereka yang tiada rumah. Ada kalanya Liz Murray tidur dikerusi taman, ada kalanya dia berlindung di bawah jambatan diselubungi persekitaran yang kotor, tapi Liz tidak pernah melepaskan peluang untuk membaca encyclopedia yang dikutip dari tong sampah. Didorong oleh ketabahan dan kerja keras, tidak pernah mengaku kalah dan berusaha dengan caranya sendiri, Liz Murray akhirnya berjaya masuk ke Universiti Havard. Kini Elizabeth Murray merupakan penceramah terkenal yang memberikan inspirasi kepada ramai orang, dan sebagai seorang pengarah sebuah syarikat, beliau memberi dorongan kepada anak muda untuk membuat sesuatu yang inovatif dalam hidup mereka.

Jessica Cox


Jessica Cox

Jessica Cox dikenali sebagai juruterbang pertama menerbangkan kapal terbang dengan menggunakan KAKI SAHAJA kerana beliau dilahirkan tanpa tangan. Namun, itu bukanlah halangan untuk wanita ini mencapai matlamatnya. Seorang graduan dalam psikologi, pemegang tali pinggang hitam taekwondo dan seorang yang suka memandu laju. Jessica juga boleh menaip 25 patah perkataan seminit menggunakan kakiny dan paling menakjubkan, dia boleh memasang contact lens di mata menggunakan kakinya. Bekerja sebagai penceramah motivasi dan menggalakkan orang kurang upaya mengubah mentaliti mereka.

Sudha Chandran


Sudha Chandran

Seorang wanita yang penuh azam, seorang penari Bharatanatyam yang sangat dipuja di benua kecil India, dan pemegang ijazah sarjana dalam Ekonomi. Pada 1981, kaki kanan Sudha Chandran dipotong selepas mengalami Gangren. Tapi itu tidak membuatkan azamnya pudar. Dia mendapatkan kaki palsu dan selepas 2 tahun, dia kembali kedalam kerjayanya dan mendapat tepukan gemuruh di seluruh dunia. Selain kemahiran tariannya itu, dia juga dikenali kerana persembahan mengagumkan dalam filem-filem dan siri televisyen india.

Randy Pausch


Randy Pausch

Ia bukan tentang bagaimana untuk mencapai impian anda tetapi ia adalah tentang bagaimana untuk memimpin hidup anda. Jika anda menjalani kehidupan anda dengan cara yang betul, karma akan menjaga dirinya, impian akan datang kepada kamu. Profesor sains komputer di Universiti Carnegie Mellon ini disahkan menghidap kanser pankreas pada September 2006 dan meninggal dunia pada 25 Julai 2008. Apa yang membuatkan dia menjadi terkenal adalah kerana ceramahnya, “Really Achieving Your Childhood Dreams” di auditorium CMU pada 18 September 2007. Persembahanya itu menarik perhatian berbilion penonton di internet dan menjadi semakin hangat dan menarik minat media antarabangsa. Ceramahnya itu seterusnya diadaptasi ke dalam buku, dan telah diterjemah kepada 35 bahasa berbeza.

Sean Swarner


Sean Swarner

Boleh dikatakan sebagai keajaiban perubatan, Sean Swarner disahkan mengalami 2 kanser peringkat kematian iaitu penyakit Hodgkin pada umur 13 tahun dan sarcoma Askin pada umur 15 tahun. Beliau membuktikan kemenangan melawan penyakit itu apabila menjadi pesakit kanser pertama yang mendaki Gunung Everest. Bagaimanapun, dia masih berkata, “Sebenarnya, saya pun tidak tahu kenapa saya masih hidup”. Tapi Sean Swarner tidak pernah melepaskan peluang untuk memberi ceramah dan ekspedisi yang dianjurkan untuk memberi harapan kepada pesakit kanser.

Helen Keller


Helen Keller

Menjadi inspirasi kepada filem “The Miracle Worker”, Helen Keller seorang yang bisu dan pekak pertama yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Amerika yang berwibawa. Beliau secara terbuka mengkritik dasar Woodrow Wilson. Helen Keller merupakan pengarang bagi 12 buku dan pemenang Pingat Presiden Kebebasan, beliau seterusnya mengabadikan hidupnya bekerja untuk Yayasan Amerika untuk orang buta.

Nick Vujicic


Nick Vujicic

Nick mengalami penyakit yang jarang ditemui, sindrom Tetra-amelia, yang dicirikan sebagai ketiadaan kesemua empat anggota. Nick Vujicic dilahirkan di dalam keluarga Serbia pada 4 Disembar 1982 di Australia. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau berusaha mengatasi mentaliti teruk masyarakat dan pada usia 17 tahun, Nick Vujicic menubuhkan sebuah NGO “Life Without Limbs”. Selepas menamatkan pengajian dalam Perancangan Perakaunan dan Kewangan, Nick Vujicic memulakan perjalanannya sebagai penceramah motivasi subjek berkisar dengan makna kehidupan, harapan dan kurang upaya.

Ludwig van Beethoven


Ludwig van Beethoven

Anda mesti pernah mendengar muzik bertajuk Beethoven. Inilah pencipatnya, Ludwig van Beethoven yang menjadi seorang komposer fenomena muzik romantik dan klasik terkenal. Dilahirkan dalam keluarga pemuzik di Jerman, semasa zaman remajanya, pendengarannya bermasalah dan akhirnya menjadi pekak. Namun, itu tidak menghalangnya untuk terus menggubah lagu. Beliau memperkenalkan okestra simfoni moden dan memantapkan dirinya sebagai lagenda induk dalam arena Muzik.

Stephen Hawking


Stephen Hawking

Pesakit neuronmotor yang genius ini telah mengubah dunia menerusi teori revolusinya. Lumpuh seluruh badan, tangan, kaki dan suara, Stephen Hawking berhubung dengan komputer yang disambungkan kepada kerusi rodanya. Seorang ahli kosmologi terkenal dan ahli kehormat Persatuan Diraja Sastera, di kagumi dikalangan pakar teknologi kerana karya-karya beliau berkaitan keajaiban graviti, lubang hitam termasuk karya yang mendapat Best Seller, A Brief History of Time.

View the original article here

Monday, 2 June 2014

Video: Saya Tidak Pasti Apa Yang Saya Dengar. Tapi Minit Ke 1:03 Merupakan Penghinaan K-Pop Kepada Islam!



Baru-baru ini tersebar satu music lagu K-Pop yang ada unsur penghinaan kepada Islam. Terselit satu rangkap dimana seakan-akan bacaan Al-Quran. Anda boleh tonton video di bawah untuk mengesahkanya.


Video Lagu Penuh

Perbandingan antara lagu ini dan satu klip asal bacaan Al-Quran tersebut.







View the original article here

Sunday, 25 May 2014

Tersentuh, Pelayan Restoran Sanggup Tolong Suapkan Makanan Kepada Lelaki OKU



12 Mei yang lalu, seorang pengguna Facebook, Ghadaffi Othman memuat naik 2 gambar yang begitu menyentuh hati orang ramai di wallnya.

Alangkah mulianya hati seorang pemuda melayu yang juga seorang pelayan di Restoran Ayam Penyet Ria, Plaza Angsana, Johor menyuapkan nasi ke mulut seorang lelaki OKU berbangsa cina.

Rupanya, masih ada lagi orang baik di dunia ini...

Berikut status yang dimuat naik oleh Ghadaffi:





'Sangat tersentuh.. sangat2 tersentuh. Tinggi sungguh markah waiter ni. Waktu saya lunch dgn wife di Nasi Ayam Penyet Ria plaza angsana jb, ada sorang OKU masuk ke restoran. Lelaki tua cina yang cacat anggota dan akal.

Dengan tak banyak bunyi waiter ni bagi dia duduk amek nasi dan terus suapkan makanan ke mulut dia. Suap dan layan dia makan sampai selesai sepinggan nasi. Hati saya terus terdetik mulianya sikap waiter ni. Semoga Allah selamatkan hidup budak ni dunia akhirat. Kalau saya jadi waiter blom tentu saya mampu buat benda yang sama.

Lagi best masa dah habis makan OKU tu nak bayar staff restoran tu tak ambil bayaran. Saya bangga tengok anak muda bangsa saya macam tu. Fuhhhhhh.. tinggi markah kau dik. Abang bagi A+++..'













View the original article here


View the original article here

Saturday, 24 May 2014

Luahan marah Maira, anak ketua pramugara kepada pengarah filem MH370

>Luahan marah Maira, anak ketua pramugara kepada pengarah filem MH370 - Selepas 75 hari berlalu sejak kehilangan pesawat MH730 pada 8 Mac lalu, sebuah filem berkisarkan tragedi MH370 telah mula dihasilkan.

Dengan mengambil judul The Vanishing Act di bawah arahan Rupesh Raul, filem itu dilaporkan akan mula ditayangkan menjelang September depan dan kini ia sedang giat dipromosikan di Festival Filem Cannes yang bakal berakhir pada 25 Mei ini.

Pembikinan filem tersebut mendapat perhatian Maira Elizabeth Nari, anak perempuan ketua pramugara MAS, Andrew Nari. Beliau nyata tersinggung dan kecewa dengan perkara berkenaan. Oleh itu, Maira telah membuat luahan marah berbentuk kecaman yang dikongsikan di akaun twitter peribadinya. Mari baca apa yang dikatakan anak gadis ini di bawah.









View the original article here


View the original article here

Sunday, 11 May 2014

Letak Gambar Mangsa Rogol, Zarina Beri Pengajaran Kepada Penulis Blog

Capture.PNG (599×616)

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. Terkejut Kami semalam apabila salah seorang kenalan online beritahu ada sebuah blog disyaki meletakkan gambar artis sebagai 'mangsa rogol".

Gambar tersebut sebenarnya cuma gambar hiasan namun penulis blog hiburan tersebut mungkin 'terlupa' meletakkan ayat sebagai "gambar hiasan sahaja..

Penyanyi tersebut yang juga dikenali sebagai Sharifah Zarina kini tampil membuat laporan polis dan akan menyaman penulis tersebut jika enggan membuat permohonan maaf dalam 14 hari. Katanya dia ingin menasihati semua penulis blog hiburan supaya sentiasa beretika ketika menulis sesebuat artikel terutama apabila melibatkan artis. Jom baca artikel dari Mstar hari ini.



.PETALING JAYA – Penyanyi Sharifah Zarina memberitahu tindakannya menyelar pengendali sebuah blog hiburan yang memuat naik gambarnya di laman blog mereka sebagai satu pengajaran yang perlu dijadikan iktibar. 

Sharifah Zarina, 32, berkata, dia mahu penulis blog tersebut bertanggungjawab diatas kesalahan yang telah memalukan dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang artis. 

“Saya tahu siapa dia dan alamat dimana blog berkenaan beroperasi, namun saya sengaja ingin memberitahu media tentang perkara ini agar ia dijadikan iktibar dan penulis berkenaan tidak mengulangi kesalahan ini lagi. 

“Saya mahu juga mahu blog-blog hiburan terutamanya yang berdaftar lebih beretika dalam menyiarkan berita-berita mereka. 

“Cara mereka mencuri gambar dan meletakkannya pada cerita yang salah telah menyebabkan saya dan keluarga menanggung malu,”

Blog hiburan bernama Jom sembang tersebut menggunakan gambarnya dengan cerita yang mengaibkan. 

Dalam pada itu, tambah Sharifah Zarina, dia juga memberi tempoh selama 14 hari sebelum mengambil tindakan saman kepada blog hiburan terbabit jika tidak memadam gambar-gambarnya dan tampil meminta maaf.

“Dia ambil gambar saya untuk cerita yang tiada kena mengena langsung, malah cerita tersebut tentang mangsa rogol.

Harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan dapat dijadikan ikhtibar kepada blogger lain supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan dan tidak suka-suka je aibkan orang lain. Kami akui selama ini pernah menulis artikel yang keterlaluan dan Kami mohon maaf kepada semua pembaca Kami.

Laporan Asal: harianmetro1


View the original article here

Sunday, 23 March 2014

Inilah Surat Terbuka Remaja Berani Kepada Sultan Johor

type='html'>



Surat Terbuka Remaja Berani Kepada Sultan Johor | Kami baru sahaja mendapat kiriman dari rakan kami bernama Syafik Yahya, di dalam surat tersebut beliau telah meluahkan rasa hatinya terhadap pemerintahan Sultan Johor, anak muda ini meluahkan pendapatnya dan diharap semoga luahan dan pendapat ini dapat menjadi panduan dan perkongsian untuk kita bersama..


Teguran Suci Rakyat Marhaen kepada Sultan Johor
Bismillahirrahmannirrahim,
Adapun patik rakyat biasa, tiada harta berjuta ria, cukup dengan sekadar yang ada. Tidak selayaknya menasihati tuanku yang disanjung merata-rata.
Tiadalah berita yang mendukacitakan selain membaca keratan akhbar tentang enam 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor (tuanku) telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.
Urusniaga tersebut menyaksikan transaksi rekod jualan lebih sekali ganda daripada urusniaga jualan tanah di Danga Bay juga kepada pelabur asing pada Disember tahun lepas iaitu pada RM 860 kaki persegi.
Penarikan pelaburan asing dari China itu bagi membangunkan segmen pasaran hartanah disamping segmen pendidikan, pelancongan dan lain-lain. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk maju seperti Singapura, begitu menurut laporan akhbar.
Bentuk pelaburan asing secara langsung begini memang mendatangkan pembangunan infrastruktur yang pantas dan rancak. Namun, sejauh manakah rakyat seperti kami mendapat limpahan daripada projek-projek pembangunan ini? Ini antara perkara yang perlu diperhalusi.
Pertama , melihatkan kepada harga tanah sekaki persegi RM860 itu, sudah pastinya unjuran harga premis-premis bangunan akan melonjak kepada sekurang-kurangnya RM1400-1500 kaki persegi.
Andai sebuah kediaman berkeluasan 22? x 70? iaitu anggaran biasa kediaman rumah teres setingkat seluas 1540 kaki didarab dengan harga premis RM1400 kaki persegi (sekurang-kurangnya) menjadikan nilai hartanah tersebut sekitar RM2.15 juta.
Bagaimana pula dengan kediaman semi D, banglo, pusat komersial serta premis perniagaan lain yang sudah tentunya jauh lebih mahal. Sudah pastinya harga-harga tersebut jauh dari kemampuan rata-rata rakyat biasa seperti kami.
Akhirnya, akibat ketidakmampuan pemilikan hartanah tersebut pastinya ekuiti tersebut akan jatuh ke tangan pelabur asing akibat didorong oleh kuasa beli yang tinggi, faktor permintaan yang baik serta lokasi yang strategik.
Jika perkara sebegini berterusan, maka tidak hairanlah jika lambat laun generasi warisan kita hanya akan mampu menyanyikan lagu “anak kecil main api” yang antara liriknya ..”nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda” sebagai salah satu subjek kurikulum menaikkan semangat survival di sekolah pada masa akan datang. Pada ketika itu, segalanya sudah terlambat.
Kedua 2, kepesatan pembangunan mestilah sejajar dengan purata pendapatan rakyat dan pembangunan modal insan. Andai ia tidak sejajar, dibimbangi rakyat marhaen akan ibarat merempat di bumi sendiri. Tinggal di sekitar bangunan pencakar langit dan premis-premis mewah. Namun hakikatnya seperti di drama-drama melayu yang sembang projek berjuta, anak orang kaya tapi hakikatnya tidaklah seperti yang disangka.
Pembangunan modal insan meliputi aspek pendidikan yang baik, ilmu kemahiran termasuklah pengetahuan asas perniagaan dan perdagangan haruslah dibangunkan seiring dengan pembangunan infra. Patik percaya di bawah pentadbiran ke bawah Duli Tuanku, Johor akan membangun sebagai sebuah kerajaan yang maju malah setanding dengan Singapura satu hari nanti insyaa Allah.
Ketiga 3, patik sebagai rakyat lebih gembira Khazanah Nasional mahupun Johor Corp sebagai peneraju dalam kesemua pelaburan hartanah di Iskandar Malaysia. Itu lebih mengembirakan berbanding melihat pelabur asing menguasai dan mendominasi Iskandar Malaysia satu persatu. Biarlah pembangunan itu sedikit perlahan berbekalkan modal sedia ada juga suntikan dana dari kerajaan negeri dan pusat tapi bukan dengan menjual bidang-bidang tanah secara langsung kepada pelabur asing.
Sebagai rakyat yang menjunjung kasih tuanku, patik gembira andai Johor boleh kembali gah sebagai tempat perdagangan maju dan masyhur seperti yang diceritakan dalam buku sejarah di sekolah suatu ketika dahulu.
Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada tuanku untuk terus mentadbir Johor dengan adil, saksama dan penuh hikmah untuk manfaat sekian rakyat jelata. Maafkan patik andai ada kata-kata yang ‘beraja di mata, bersultan di hati’ yang mungkin mengguris.
Patik mungkin tidak dapat menyampaikan surat dari hati ini kepada tuanku tapi sekadar mampu berkongsi di ruangan maya agar ada insan-insan yang boleh panjangkan kepada tuanku. Patik yang menjunjung kasih.
Keratan akhbar: 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor Sultan Johor telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.
Rakyat Marhaen,
Syafik Yahya


Inilah wajah anak muda remaja Syafiq Yahya yang menyampaikan surat ini.
P/S: Tahniah kami ucapkan, kerana kelantangan anda untuk bersuara walaupun hanya di alam maya, tetapi pada hemat kami ramai dikalangan rakyat Malaysia khususnya orang Johor merasai perkara yang sama, cuma takut untuk meluahkan pendapat, diharap dengan perkongsian anda ini, dapat membuka mata pihak-pihak tertentu untuk mengambil berat tentang hal ini, biarlah kita berjuang pada hari ini agar generasi akan datang tidak menyalahkan kita, tidak menuding jari atas kesilapan yang telah kita lakukan hari ini.. Pamerkan hak kita sebagai rakyat untuk bersuara.

View the original article here

Saturday, 22 March 2014

Fauzi Nawawi mohon maaf kepada peminat jika meninggal dunia

type='html'>

Fauzi Nawawi mohon maaf kepada Sharnaaz jika meninggal dunia - Pelakon Fauzi Nawawi mengakui sudah melupakan segala sengketa dengan sesiapa sahaja supaya dia kini tenang untuk mengerjakan Umrah bersama isteri, Lisdawati yang mula berangkat ke tanah suci pada semalam.

“Saya lupakan semua sengketa dan hasad dengki serta caci maki yang dilemparkan kepada saya dan isteri. Saya hanya mampu doakan semoga Allah terangkanlah hati kalian agar dapat melihat kebenaran.”

Pasangan ini bakal mengerjakan umrah selama 12 hari di tanah suci, Mekah. Sengekata antara Fauzi dan isteri bersama Sharnaaz masih lagi belum selesai apabila pelakon ini sendiri tidak mahu memenuhi permintaan hero drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu untuk membuat permohonan maaf kepada ibunya.

Bagaimanapun, Fauzi Nawawi ingin memohon maaf kepada semua yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan olehnya dan isteri jika mereka meninggal dunia di sana.

“Jika saya dan isteri pergi tanpa kembali maafkanlah segala kesilapan kami.”

Sumber : Sensasi Malaysia

View the original article here

Monday, 3 March 2014

PENERIMA BR1M YANG TIDAK BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN!

type='html'>
Tak malu! Ambik duit Barisan Nasional lepas tu tak nak bersyukur! Tarik kerakyatan! Pulangkan duit sekarang! #S LOL




View the original article here


View the original article here