Showing posts with label BESAR. Show all posts
Showing posts with label BESAR. Show all posts

Monday, 30 June 2014

Berani! Surat terbuka kepada Menteri Besar Johor – Hassan Karim

Berani! Surat terbuka kepada Menteri Besar Johor – Hassan Karim | Dengan rendah hati saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Hassan Karim seorang rakyat Johor, warganegara Malaysia yang tinggal di Pontian, Johor, serta beralamat seperti di atas. Surat terbuka ini ditujukan dan dialamatkan kepada saudara selaku Menteri Besar Johor. Saya ingin merujuk perkara yang tersebut di atas iaitu mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ). 






 Saya mendapat maklum dari media bahawa pada hari Isnin ini 9.6.2014 RUU (LPHJ) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Nusajaya. RUU(LPHJ) itu jika diluluskan oleh DUN maka ia akan menjadi satu enakmen yang mempunyai ciri-ciri, antara lainnya seperti berikut:- 



(a) ia memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun LPHJ; 



(b) Sultan Johor mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu; 



(c) Sultan diberi kuasa menentukan jumlah elaun dan saraan ahli lembaga pengarah; 



(d) Sultan diberi kuasa melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.



Saya percaya jika RUU (LPHJ) seperti yang ada sekarang diluluskan maka ia akan membawa implikasi bahawa Kerajaan Johor yang dipilih oleh rakyat memberi kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan. Saudara sebagai Menteri Besar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia tentu lebih faham bahawa RUU (LPHJ) yang akan dibentangkan di DUN Johor ini adalah bercanggah dengan konvensi sistem berkerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. 



Saudara sebagai Menteri Besar Johor mestilah menjadi banteng untuk mempertahankan kedua-duanya iaitu institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Saudara mesti mengambil apa juga langkah untuk mengelakkan supaya Sultan Johor tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung sebagai kuasa eksekutif. Ini untuk mengelakkan Sultan Johor dari terdedah kepada penghinaan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam, saudara tentu faham bahawa jika Sultan diberi kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, maka keputusan Sultan itu adalah satu keputusan eksekutif kerajaan dan ia boleh dicabar di mahkamah di dalam prosiding Semakan Kehakiman (Judicial Review). 



Sanggupkah saudara melihat kebawah duli Sultan Johor diheret ke Mahkamah Sivil sebagai seorang responden oleh pihak-pihak yang berasa terkilan apabila diberhentikan sebagai ahli lembaga pengarah? Jika ini berlaku tidakkah Sultan akan terdedah kepada penghinaan? Jika saudara masih sayangkan Sultan! 



Saya ingin bertanya, adakah saudara mendapat nasihat perundangaan dari Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUNJ) apabila saudara sebagai ketua Majlis Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mudahnya kerajaan Johor hendak membentangkan RUU (LPHJ)? Jika ada nasihat dari PUNJ, apakah nasihat mereka? PUNJ memikul tanggungjawab sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan Johor. Siapa yang menderaf RUU (LPHJ) ini? Adakah diteliti oleh PUNJ? Jika PUNJ berkata “ Yes” sahaja terhadap RUU (LPHJ) itu nyata sekali PUNJ telah melakukan satu kecuaian. Tapi ini satu spekulasi sahaja. Jadi siapa sebenarnya yang menderaf, mendesak supaya RUU (LPHJ) ini dibentangkan? 



Adakah Sultan Johor tahu? Adakah baginda setuju? Atau adakah baginda Sultan yang mengarahkan supaya dibentangkan dengan peruntukan seperti yang ada sekarang? Ini satu pertanyaan. Saudara mesti telus. Perkara ini sudah jadi isu nasional. Sekarang saudara perlu memikul satu lagi tanggungjawab. Saudara jadi Menteri Besar kerana saudara menang sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri Permas, dalam negeri Johor. Parti politik saudara Umno/Barisan Nasional menjadi parti yang menang majoriti di DUN Johor. 



Saudara tidak berada di dalam DUN Johor kerana dilantik oleh Sultan. Rakyat yang lantik saudara. Jadi saudara perlu memikul satu lagi konvensi sistem bernegara dan bernegeri di Johor dan Malaysia ini iaitu sistem Demokrasi Berparlimen. Demokrasi berparlimen adalah secara mudah difaham ialah kuasa rakyat yang memilik satu kerajaan iaitu kerajaan pilihan rakyat melalui satu pilihanraya yang bersih dan adil. Jadi tugas saudara sebagai Menteri Besar ialah sentiasa bersikap cermat, waspada, dan sentiasa cemburu supaya kuasa kerajaan pilihan rakyat tidak diceroboh oleh pihak istana. 



Bukan seperti apa yang berlaku sekarang. Saudara telah buka pintu seluas-luasnya untuk Sultan berkuasa di dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam satu bidang yang amat penting dan strategik iaitu sektor perumahan dan hartanah. Jadi saudara telah pecah amanah yang diberi oleh rakyat. Saudara telah gagal untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Johor. Perlu diingat, Johor bukan satu negeri berdaulat dan merdeka sendiri. Johor adalah satu komponen dalam Persekutuan Malaysia yang merdeka. 



Saudara selaku Menteri Besar perlu memikul tanggungjawab terhadap isu ini yang boleh menjadi satu skandal perundangan dan perlembagaan. Saudara perlu dipersalahkan sekiranya akhirnya institusi raja dan Sultan Johor dihina rakyat. Saudara perlu melindungi hal seperti itu berlaku. Ini memerlukan seorang Menteri Besar yang bijaksana, tegas dan berpandangan jauh untuk menasihati Sultan, jika di pihak Sultan sendiri yang begitu ghairah untuk mempunyai kuasa eksekutif. Saudara mesti menasihati baginda. 



Saudara selaku Menteri Besar patut turun padang dan mendengar keluhan dan kegelisahan rakyat. Adakah saudara tahu bahawa di Johor sekarang sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Sultan Johor secara langsung atau melalui nominenya atau proksinya terlibat dalam hal perniagaan termasuk dalam sektor perumahan dan hartanah. Saudara tentu sedar sektor hartanah terutamanya hartanah mewah sedang berkembang pesat di Iskandar Malaysia? Saudara tentu sedar banyak kawasan laut dan selat serta pantai sedang rancak di tambak di Johor Bahru dan Iskandar Malaysia seperti di Nusajaya dan Gelang Patah, juga Pengerang. 



Adakah saudara sedar bahawa tanah-tanah yang ditambak itu kemudiannya di jual kepada syarikat-syarikat pemodal asing dari Singapura, Hong Kong dan China? Masakan saudara sebagai Menteri Besar tidak sedar tentang hal ini atau saudara mahu menafikannya? Adakah saudara sedar ada dakwaan bahawa Sultan Johor terlibat dalam menjual tanah-tanah itu kepada syarikat milik asing? Dengan saudara yang menerajui RUU (LPHJ) pada hari Isnin depan ini, maka saudara yang mesti pikul tanggungjawab jika Sultan Johor akan dipersoalkan oleh rakyat. 



Jika Sultan Johor terlibat dengan perniagaan dalam bidang hartanah, dan enakmen baru jika diluluskaan memberikan baginda kuasa ke atas urusan pentadbiran hal perumahan dan hartanah, tidakkah itu akan berlaku percanggahan kepentingan (conflict of intersest)? Sepatutnya saudara elakkan perkara ini daripada berlaku.Ini satu kecuaian saudara. Apa tujuan sebenarnya saudara hendak bentangkan RUU(LPHJ) hari Isnin ini? Adakah saudara mahu melihat institusi raja di Johor ini lebih cepat berkubur apabila rakyat marah. 



Seperti apa yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan dekat di sini Revolusi Sosial di Indonesia? Jangan orang melawak akhirnya di dunia ini tinggal raja dan permaisuri daun terup atau daun pakau sahaja. Tinggal raja lekuk, raja sepit dan suku sakatnya. Saudara perlu bertanggungjawab selaku mamak menteri atau Menteri Besar jika peristiwa pemberontakan ke atas raja dan sultan berlaku di Johor. Ingat semula kisah benar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi. Di Pengerang, beratus-ratus nelayan miskin dari pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, periuk nasi mereka seperti “dicampak pasir” apabila pasir-pasir di tengahlaut disedut oleh Syarikat Mados Sdn Bhd dengan kelulusan Kerajaan Negeri Johor untuk ditambak di kawasan tangkapan ikan para nelayan tersebut untuk tujuan membina satu projek terminal laut dalam milik syarikat-syarikat besar. 



Syarikat Mados Sdn Bhd ini sebuah syarikat milik Sultan Johor. Jadi saya nasihatkan sebelum Sultan Johor jadi mangsa skandal penghinaan yang lebih parah, lebih baik saudara tarik balik RUU(LPHJ) itu. Pinda semula. Gugurkan semua peruntukan yang memberi kuasa kepada Sultan dalam enakmen itu. Jangan heret Sultan ke dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Saudara sebagai menteri besar dan para exco saudara dalam Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mesti pikul tanggungjawab atau akauntabiliti dalam sistem demokrasi berparlimen. 



Baru ada fungsi Dewan Undangan Negeri untuk lakukan semak dan imbang/check and balance. Jika saudara silap, atau gagal, dalam pilihanraya umum nanti rakyat ada remedi untuk ganti kerajaan saudara dengan kerajaan lain pilihan rakyat. Rakyat tidak perlu marahkan Sultan. Sultan tidak bertanding dalam pilihanraya. Sekian sahaja surat saya ini. Harap maaf jika ada tersilap kata dan bahasa. Terima kasih. Yang benar, Hassan Karim?. – 8 Jun 2014.



Sumber: Malaysia Insider

View the original article here

Wednesday, 25 June 2014

Episod 1: Nostradamus, Rahsia Besar Terbongkar!!



Nostradamus atau nama sebenarnya, Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. lahir pada 14 Desember 1503 di sebuah kota bernama St.Remy di Perancis dan dia meninggal pada tahun 1566 seperti mana yang telah diramalkannya sendiri. Semenjak kecil lagi, beliau mempunyai kemampuan untuk melihat masa depan atau dipanggil Clairvoyance dan kemahiran ini diwarisi daripada datuknya.Nostradamus terkenal kerana kumpulan puisinya yang telah diterbitkan di Lyon pada tahun 1555 yang terdiri dalam kelompok-kelompok seratus kuatrain (syair empat baris). Kumpulan puisi ini menjadi perhatian kerana ia sebenarnya adalah ramalan-ramalan tentang apa yang terjadi di dunia dan malah untuk menjadikannya lebih menghairankan sebahagian ramalan tersebut betul-betul terjadi, contohnya kemunculan Napoleon, kebangkitan Hitler, Perang Dunia I dan II dan yang paling popular adalah peristiwa 911.



Sepanjang hidupnya, beliau telah menulis banyak sekali ramalan yang di tulis dalam bentuk Quatrin atau sajak empat baris. Quatrin-quatrin ini di bahagikan kepada beberapa bahagian yang di panggil The Centuries. Di dalam setiap quatrainnya, beliau menggunakan ayat-ayat yang agak membingungkan, nombor-nombor yang pelik dan gambaran-gambaran yang penuh misteri. Beliau tidak menulis sesuatu ramalannya itu dengan tepat dan kata yang mudah di fahami kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Pada zaman tersebut, pemerintah ketika itu sedang giat untuk menghapuskan golongan ahli sihir dan pengamal ilmu hitam. Ketika itu, siapa yang ditangkap akan di bakar-bakar hidup-hidup. Untuk mengelakkan diri beliau dituduh sebagai ahli sihir, beliau menulis ramalannya dengan kata-kata yang penuh misteri.



Bagaimana Nostradamus mengetahui masa depan? Atau dari mana beliau mendapat semua maklumat tentang masa depan? Hakikat sebenarnya ialah beliau mendapat semua maklumat ini berdasarkan manuskrip-manuskrip lama yang asli ataupun yang telah diterjemahkan dari manuskrip asal, yang bersumber dari dunia Islam; semua ini akhirnya berpunca dari percakapan Nabi Muhammad s.a.w kepada para Sahabatnya tentang peristiwa akhir zaman. Sebenarnya terdapat sekelompok hadis Nabi yang semuanya berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa depan atau lebih dikenali sebagai Hadis Akhir Zaman ataupun Hadis Fitan.



Antara sarjana Islam yang terkenal membicarakan Hadis Akhir Zaman ini adalah Ibnu Kathir. Hadis-hadis ini kurang mendapat perhatian kecuali segilintir darinya yang kebanyakan kita telah maklum iaitu yang membicarakan tentang persoalan TANDA-TANDA KIAMAT seperti kemunculan Dajal, turunnya Nabi Isa dan Padang Mahsyar. Kebanyakan hadis-hadis ini adalah masih bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui di dalam kelompok manuskrip atau karya-karya ulama-ulama dahulukala. Kitab-kitab mereka pun digelar kitab-kitab Fitan. Sebenarnya sabda-sabda Rasullullah s.a.w adalah terlalu banyak; melampaui beribu-ribu hadis, maklumlah segala percakapan, perbuatan dan keputusan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan direkod oleh para Sahabat selama baginda masih hidup di dunia ini. Tidak semua hadis nabi ini dimasukkan di dalam apa yang dikenali sebagai Enam Kitab Hadis Utama iaitu riwayat al-Bukhari, riwayat Muslim, riwayat Ibnu Majah, riwayat at-Tirmizi, riwayat Abu Dawud dan riwayat an-Nasa'i. Masih ada hadis-hadis lain yang sebahagiannya adalah percakapan spontan nabi; bukannya di dalam majlis-majlis rasmi atau pertemuan dengan para Sahabat mahupun khutbah-khutbah baginda.



Masalah terbesar dalam menentukan kesahihan hadis-hadis ini adalah percampurannya dengan hadis-hadis palsu, maudhu' atau lemah, berbanding dengan hadis-hadis dari enam riwayat utama itu di mana setiap ulama hadis memilih hadis-hadis yang terbaik sahaja dari segi riwayat, nasab dan pelbagai lagi tapisan yang semua ini terdapat dalam disiplin ilmu hadis. Tetapi mujurlah terdapat ulama-ulama Islam dahulukala yang terkenal contohnya Ibnu Kathir ini yang tidak diragukan taraf keilmuannya, mengkaji dan mengumpulkan hadis-hadis akhir zaman ini. Salah seorang Sahabat nabi terkenal mengetahui rahsia-rahsia akhir zaman adalah Huzaifah Ibnu Yaman r.a iaitu Penjaga Rahsia Nabi. Pada hari-hari akhir Huzaifah Ibnu Yaman r.a, beliau telah berkata, "Saya adalah orang yang lebih tahu akan semua fitnah yang akan berlaku sehingga hari kiamat. Baginda tidak merahsiakan sedikitpun tentang hal itu yang tidak diceritakan kepada sesiapa pun melainkan aku. Akan tetapi Rasullullah s.a.w telah menceritakan di dalam suatu majlis, di mana baginda telah sampaikan kepada mereka tentang fitnah yang akan terjadi; di antaranya terdapat fitnah besar dan fitnah yang kecil. Kumpulan manusia itu semuanya pergi kecuali aku."



Beliau berkata lagi, "Semua pembawa fitnah yang bilangan mereka mencapai tiga ratus orang, kalau aku mahu dapat kuberikan NAMA-NAMAnya, NAMA BAPAnya mahupun KEDIAMANnya sehingga hari kiamat. Kesemuanya diajarkan Rasullullah s.a.w kepadaku. Sesungguhnya kamu bertanyakan kepada Rasullullah s.a.w perkara-perkara yang baik, sedangkan aku bertanyakan yang buruk, kamu bertanyakan kepada baginda perkara yang telah berlaku, manakala aku bertanyakan PERKARA YANG AKAN BERLAKU."



Manakala Ali bin Abu Talib (karamallahuwajhah) berkata pula, "Tanya oleh kamu akan daku, demi Allah kamu tidak menanyakan aku tentang segolongan yang keluar memerangi ratusan atau menunjuki ratusan orang kecuali aku ceritakan kepada kamu siapa PENGANJURnya, KETUAnya dan PENCETUS atau PENGGERAKnya, di ANTARA kamu dan MASA terjadinya hari kiamat."



Sememangnya terdapat hadis-hadis ini yang ditemui nama seperti Hitler, Saddam atau Napoleon, cuma ia ditulis dalam loghat atau lenggok Arab ketika itu. Menurut sumber, dia sendiri pernah membaca hadis-hadis ini.



Berbalik kepada Nostradamus, tembelangnya pecah apabila para pesakitnya melaporkan ketika Nostradamus mengubati mereka, beliau telah mengucapkan sesuatu dalam bahasa yang dikenal mereka sebagai bahasa Arab malah kesemua ubat-ubatannya datangnya dari negara-negara Arab. Semua kata-kata pengubatan atau jampi-jampinya adalah dalam bahasa Arab (tidak diceritakan pula adakah jampi-jampi itu berasal dari al-Quran yang mulia). Kemudian ditemui pula satu manuskrip yang berisi pengakuan dari Nostradamus sendiri yang menceritakan kisah hidupnya, di antaranya terdapat rahsia yang amat besar ertinya kepada kita umat Islam; Nostradamus telah mengaku bahawa datuknya telah mencuri sejumlah manuskrip Baitulmaqdis dan turut juga terlibat bapanya melarikan manuskrip-manuskrip yang sangat berharga dari Baghdad, Mesir dan negara-negara Arab yang lain, dan mereka pun berhijrah ke Perancis. Perlu diingatkan bahawa Nostradamus berketurunan Yahudi dan keluarganya berasal dari Jerusalem (Baitulmaqdis) dan datuknya berkawan rapat dengan orang-orang Arab di sana dan semua rahsia sulit ini diajarkan kepada Nostradamus selaku cucu dan anak mereka, kesemuanya di dalam BAHASA ARAB! Jadi apalah hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini, jika akhirnya ia berbalik juga kepada sumber Islam yang kita selaku umat Islam telah pun tahu bahawa ia adalah kebenaran.



Tidak timbul soal ramalan-ramalannya menjadi benar kerana ia bersumber dari kata-kata nabi yang sememangnya benar! Jika anda ingin tahu lebih lanjut, pergilah ke kedai-kedai buku dan cuba hayati ramalan Nostradamus ini, anda akan temui beberapa ramalan akhir zaman yang menyerupai dengan apa yang kita dengar sebelum ini; dari ustaz mahupun ustazah, dari kitab hadis mahupun ceramah-ceramah agama. Terdapat beberapa kuatrain yang menceritakan penaklukan Islam ke atas negara-negara Barat yang diketuai oleh seorang penakluk yang agung! Yang saya hairankan buku puisi Nostradamus ini semuanya diterbitkan atau diimport dari Barat (ketika itu sumber dari kedai buku Popular) dan ditulis dalam bahasa Inggeris yang fasih; di dalam terjemahan dari kuatrain Nostradamus yang ditulis dalam bahasa Perancis, terang-terang terjemahan Inggeris itu menyatakan bahawa tentera Islam akan menakluk dunia, walaupun di dalam kuatrain itu tidak dituliskan perkataan Islam atau Arab! Mereka sudah tahu akan hal ini namun masih angkuh dan ego dan tetap mahu mengubah sejarah.



Dan kita selaku umat Islam. Amat sedih sekali dengan segilintir umat Islam yang tidak mengambil peduli langsung tentang hadis-hadis nabi malah al-Quran yang agung. Bukan sahaja tidak mempedulikan langsung, malah ada juga yang tergamak berangan-rangan mahu keluar dari Islam. Orang-orang Barat berlumba-lumba mengkaji hadis dan manuskrip-manuskrip berharga dari dunia Islam. Malah mereka juga semestinya wajib mengkaji al-Quran yang penuh rahsia dan hikmah, di mana sejak kebelakangan ini al-Quran menjadi medium paling saintifik kerana membicarakan tentang Big Bang, Nebula, awan-awan hidrogen mahupun daya-daya nuklear. Di mana? Terdapat banyak sumber jika anda ingin cari. Cukuplah surah al-Anbiya' yang menceritakan tentang Big Bang. Dan Surah Yaasin yang kita baca setiap malam Khamis, majlis kematian ataupun majlis-majlis lain tu sebenarnya ada mengungkap perihal bahan api petroleum!

View the original article here

Friday, 13 June 2014

Gambar aset Nora Danish yang semakin besar undang tanda tanya

Gambar aset Nora Danish yang semakin besar undang tanda tanya - Ramai peminat pasti terkejut dengan perubahan mendadak saiz buah dada Nora Danish yang semakin membesar sejak akhir-akhir ini berbanding sebelumnya.

Apa agaknya rahsia Nora Danish? Adakah beliau turut mengambil produk zofea beauty secret seperti pelakon jelita, Tasha Shilla untuk mendapatkan tumbesaran payudara yang lebih cepat dan mendadak?

Kalau andaian penulis ini benar maka pasti ramai wanita di luar sana yang memiliki saiz buah dada kecil atau kurang menarik akan berlumba-lumba untuk mencuba produk tersebut.








View the original article here

Friday, 9 May 2014

Fitnah Besar Menimpa Saya Seorang Personaliti Tv Al-Hijrah

Seorang personaliti TV Al-Hijrah , saudara Amin Idris telah ditimpa Fitnah Besar, tak tahu apa puncanya tapi itu lah hakikat perjuangan, pasti akan ada cabaran yang menentang.






FITNAH BESAR MENIMPA SAYA | Saya telah ber'skype' dengan seseorang dari Filipina atas tujuan berbincang tentang tujuan dia ingin menjemput saya untuk mengendalikan program training untuk pekerja kilang disana. Kira-Kira 10 minit selepas berbincang, beliau henti dan logout. Saya hairan dan cuma tunggu untuk dihubungi.



Pada esok hari dia menghubungi saya di Skype dengan video yang sungguh "real" memaparkan :



1. Saya sedang minum arak

2. Saya berjoget di disko

3. Video ketiga dia kata surprise dan sangat aib serta tak mampu untuk saya ceritakan.



Saya terus terasa malu, lemah dan terkejut kerana ada yang sanggup mengaibkan saya sebegitu sekali. Dan dia ugut minta duit agar dia tak sebar video tersebut. Saya takkan tunduk kepada mereka, tapi saya bimbang akan timbul fitnah yang luar biasa dan 'membunuh' saya dengan persepsi rakyat Malaysia. Justeru :



Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak pernah buat seperti yang ada dalam viedo tersebut.



Semoga Malaysia bersama saya. ( AMIN IDRIS )



Kes seperti ini sebenarnya banyak berlaku samada dalam negara kita mahupun negara luar, kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini sebenarnya makin memudaratkan jika kita tersalah guna. teringat akan sebuah drama dari negara Hong Kong pernah membawa kisah berkenaan sindiket penipuan internet. Modus operandi mereka adalah menggunakan peralatan komputer yang canggih untuk memerangkap mangsa yang dihubungi tanpa mangsa menyedari dirinya sebenarnya sedang diperangkap oleh sindiket ini dengan membuat video lucah. Dalam drama ala-ala penyiasatan nie, mangsa seterusnya diperas ugut dengan meminta wang supaya video lucah yang dibuat tadi tidak disebarkan.



Jadi disini, suka juga aku ingin mengingatkan kepada yang lain-lain supaya lebih berhati-hati dalam internet, gambar-gambar anda, lebih-lebih lagi wanita, yang konon cute miut yang diupload ke mukabuku atau sebagainya, awas! lebih baik beringat dari menyesal kemudian hari. 



Apa yang menimpa saudara Amin kini merupakan satu ujian yang hebat bagi beliau, diharapkan beliau terus tabah dan berdoa supaya fitnah tersebut dapat dielak. Kami rakyat Malaysia juga akan turut sama mendoakan anda. Sabarlah.

View the original article here

Thursday, 1 May 2014

10 Silap Besar Yang Dilakukan Oleh Isteri Terhadap Suami

Rumahtangga adalah satu bentuk hubungan mesra diantara seorang lelaki dan wanita sebagai suami dan isteri dalam perjalanan menuju kebahagiaan dalam kehidupan dan untuk mendapatkan redha Allah.

Tetapi ramai yang tidak menyedari akan beberapa perkara yang merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka.

Antara kesilapan tersebut adalah seperti berikut:



1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna

Sebelum menikah, seorang wanita membayangkan pernikahan yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana ia baca dalam novel maupun ia saksikan dalam sinetron-sinetron.

Ia memiliki gambaran yang sangat ideal dari sebuah pernikahan. Kelelahan yang sangat, cape, masalah keuangan, dan segudang problematika di dalam sebuah keluarga luput dari gambaran nya.

Ia hanya membayangkan yang indah-indah dan enak-enak dalam sebuah perkawinan.


Akhirnya, ketika ia harus menghadapi semua itu, ia tidak siap. Ia kurang bisa menerima keadaan, hal ini terjadi berlarut-larut, ia selalu saja menuntut suaminya agar keluarga yang mereka bina sesuai dengan gambaran ideal yang senantiasa ia impikan sejak muda.

Seorang wanita yang hendak menikah, alangkah baiknya jika ia melihat lembaga perkawinan dengan pemahaman yang utuh, tidak sepotong-potong, romantika keluarga beserta problematika yang ada di dalamnya.

2. Nusyus (tidak taat kepada suami)

Nusyus adalah sikap membangkang, tidak patuh dan tidak taat kepada suami. Wanita yang melakukan nusyus adalah wanita yang melawan suami, melanggar perintahnya, tidak taat kepadanya, dan tidak ridha pada kedudukan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah tetapkan untuknya.


Nusyus memiliki beberapa bentuk, diantaranya adalah:



  • Menolak ajakan suami ketika mengajaknya ke tempat tidur, dengan terang-terangan maupun secara samar.
  • Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan gelap dengan pria lain.
  • Memasukkan seseorang yang tidak disenangi suami ke dalam rumah
  • Lalai dalam melayani suami
  • Mubazir dan menghambur-hamburkan uang pada yang bukan tempatnya
  • Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela, dan mengejeknya
  • Keluar rumah tanpa izin suami
  • Menyebarkan dan mencela rahasia-rahasia suami.

Seorang istri shalihah akan senantiasa menempatkan ketaatan kepada suami di atas segala-galanya. Tentu saja bukan ketaatan dalam kedurhakaan kepada Allah, karena tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ia akan taat kapan pun, dalam situasi apapun, senang maupun susah, lapang maupun sempit, suka ataupun duka.

Ketaatan istri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami.

3. Tidak menyukai keluarga suami

Terkadang seorang istri menginginkan agar seluruh perhatian dan kasih sayang sang suami hanya tercurah pada dirinya. Tak boleh sedikit pun waktu dan perhatian diberikan kepada selainnya. Termasuk juga kepada orang tua suami.

Padahal, di satu sisi, suami harus berbakti dan memuliakan orang tuanya, terlebih ibunya.
Salah satu bentuknya adalah cemburu terhadap ibu mertuanya.

Ia menganggap ibu mertua sebagai pesaing utama dalam mendapatkan cinta, perhatian, dan kasih sayang suami. Terkadang, sebagian istri berani menghina dan melecehkan orang tua suami, bahkan ia tak jarang berusaha merayu suami untuk berbuat durhaka kepada orang tuanya.

Terkadang istri sengaja mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang tua dan keluarga suami, atau membesar-besarkan suatu masalah, bahkan tak segan untuk memfitnah keluarga suami.

Ada juga seorang istri yang menuntut suaminya agar lebih menyukai keluarga istri, ia berusaha menjauhkan suami dari keluarganya dengan berbagai cara.

Ikatan pernikahan bukan hanya menyatukan dua insan dalam sebuah lembaga pernikahan, namun juga ‘pernikahan antar keluarga’. Kedua orang tua suami adalah orang tua istri, keluarga suami adalah keluarga istri, demikian sebaliknya. Menjalin hubungan baik dengan keluarga suami merupakan salah satu keharmonisan keluarga. Suami akan merasa tenang dan bahagia jika istrinya mampu memposisikan dirinya dalam kelurga suami. Hal ini akan menambah cinta dan kasih sayang suami.

4. Tidak menjaga penampilan

Terkadang, seorang istri berhias, berdandan, dan mengenakan pakaian yang indah hanya ketika ia keluar rumah, ketika hendak bepergian, menghadiri undangan, ke kantor, mengunjungi saudara maupun teman-temannya, pergi ke tempat perbelanjaan, atau ketika ada acara lainnya di luar rumah.

Keadaan ini sungguh berbalik ketika ia di depan suaminya. Ia tidak peduli dengan tubuhnya yang kotor, cukup hanya mengenakan pakaian seadanya: terkadang kotor, lusuh, dan berbau, rambutnya kusut masai, ia juga hanya mencukupkan dengan aroma dapur yang menyengat.

Jika keadaan ini terus menerus dipelihara oleh istri, jangan heran jika suami tidak betah di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar ketimbang di rumah. Semestinya, berhiasnya dia lebih ditujukan kepada suami Janganlah keindahan yang telah dianugerahkan oleh Allah diberikan kepada orang lain, padahal suami nya di rumah lebih berhak untuk itu.

5. Kurang berterima kasih

Tidak jarang, seorang suami tidak mampu memenuhi keinginan sang istri. Apa yang diberikan suami jauh dari apa yang ia harapkan. Ia tidak puas dengan apa yang diberikan suami, meskipun suaminya sudah berusaha secara maksimal untuk memenuhi kebutuhan keluarga dan keinginan-keinginan istrinya.

Istri kurang bahkan tidak memiliki rasa terima kasih kepada suaminya. Ia tidak bersyukur atas karunia Allah yang diberikan kepadanya lewat suaminya. Ia senantiasa merasa sempit dan kekurangan. Sifat qona’ah dan ridho terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya sangat jauh dari dirinya.

Seorang istri yang shalihah tentunya mampu memahami keterbatasan kemampuan suami. Ia tidak akan membebani suami dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan suami. Ia akan berterima kasih dan mensyukuri apa yang telah diberikan suami. Ia bersyukur atas nikmat yang dikaruniakan Allah kepadanya, dengan bersyukur, insya Allah, nikmat Allah akan bertambah.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.”

6. Mengingkari kebaikan suami

“Wanita merupakan mayoritas penduduk neraka.”

Demikian disampaikan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam setelah shalat gerhana ketika terjadi gerhana matahari.

Ajaib !! wanita sangat dimuliakan di mata Islam, bahkan seorang ibu memperoleh hak untuk dihormati tiga kali lebih besar ketimbang ayah. Sosok yang dimuliakan, namun malah menjadi penghuni mayoritas neraka. Bagaimana ini terjadi?

“Karena kekufuran mereka,” jawab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika para sabahat bertanya mengapa hal itu bisa terjadi. Apakah mereka mengingkari Allah?

Bukan, mereka tidak mengingkari Allah, tapi mereka mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah diperbuat suaminya. Andaikata seorang suami berbuat kebaikan sepanjang masa, kemudian seorang istri melihat sesuatu yang tidak disenanginya dari seorang suami, maka si istri akan mengatakan bahwa ia tidak melihat kebaikan sedikitpun dari suaminya. Demikian penjelasan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam hadits yang diriwayatkan Bukhari (5197).

Mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan suami!!

Inilah penyebab banyaknya kaum wanita berada di dalam neraka. Mari kita lihat diri setiap kita, kita saling introspeksi , apa dan bagaimana yang telah kita lakukan kepada suami-suami kita?

Jika kita terbebas dari yang demikian, alhamdulillah. Itulah yang kita harapkan. Berita gembira untukmu wahai saudariku.

Namun jika tidak, kita (sering) mengingkari suami, mengingkari kebaikan-kebaikannya,  maka berhati-hatilah dengan apa yang telah disinyalir oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Bertobat,  satu-satunya pilihan utuk terhindar dari pedihnya siksa neraka. Selama matahari belum terbit dari barat, atau nafas telah ada di kerongkongan,  masih ada waktu untuk bertobat. Tapi mengapa mesti nanti? Mengapa mesti menunggu sakaratul maut?

Janganlah engkau katakan besok dan besok wahai saudariku; kejarlah ajalmu,  bukankah engkau tidak tahu kapan engkau akan menemui Robb mu?

“Tidaklah seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya (di akhirat kelak): bidadari yang menjadi pasangan suaminya (berkata): “Jangan engkau menyakitinya, kelak kamu dimurkai Allah, seorang suami begimu hanyalah seorang tamu yang bisa segera berpisah dengan kamu menuju kami.” (HR. At Tirmidzi, hasan)

Wahai saudariku, mari kita lihat, apa yang telah kita lakukan selama ini , jangan pernah bosan dan henti untuk introspeksi diri,  jangan sampai apa yang kita lakukan tanpa kita sadari membawa kita kepada neraka, yang kedahsyatannya tentu sudah Engkau ketahui.

Jika suatu saat, muncul sesuatu yang tidak kita sukai dari suami; janganlah kita mengingkari dan melupakan semua kebaikan yang telah suami kita lakukan.

“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah surga dan nerakamu.” (HR.Ahmad)

7. Mengungkit-ungkit kebaikan

Setiap orang tentunya memiliki kebaikan, tak terkecuali seorang istri. Yang jadi masalah adalah jika seorang istri menyebut kebaikan-kebaikannya di depan suami dalam rangka mengungkit-ungkit kebaikannya semata.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah: 264]

Abu Dzar radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka adzab yang pedih.”

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. ” [HR. Muslim]

8. Sibuk di luar rumah

Seorang istri terkadang memiliki banyak kesibukan di luar rumah. Kesibukan ini tidak ada salahnya, asalkan mendapat izin suami dan tidak sampai mengabaikan tugas dan tanggung jawabnya.

Jangan sampai aktivitas tersebut melalaikan tanggung jawab nya sebagai seorang istri. Jangan sampai amanah yang sudah dipikulnya terabaikan.

Ketika suami pulang dari mencari nafkah, ia mendapati rumah belum beres, cucian masih menumpuk, hidangan belum siap, anak-anak belum mandi, dan lain sebagainya. Jika hni terjadi terus menerus, bisa jadi suami tidak betah di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar atau di kantor.

9. Cemburu buta

Cemburu merupakan tabiat wanita, ia merupakan suatu ekspresi cinta. Dalam batas-batas tertentu, dapat dikatakan wajar bila seorang istri merasa cemburu dan memendam rasa curiga kepada suami yang jarang berada di rumah. Namun jika rasa cemburu ini berlebihan, melampaui batas, tidak mendasar, dan hanya berasal dari praduga; maka rasa cemburu ini dapat berubah menjadi cemburu yang tercela.

Cemburu yang disyariatkan adalah cemburunya istri terhadap suami karena kemaksiatan yang dilakukannya, misalnya: berzina, mengurangi hak-hak nya, menzhaliminya, atau lebih mendahulukan istri lain ketimbang dirinya. Jika terdapat tanda-tanda yang membenarkan hal ini, maka ini adalah cemburu yang terpuji. Jika hanya dugaan belaka tanpa fakta dan bukti, maka ini adalah cemburu yang tercela.

Jika kecurigaan istri berlebihan, tidak berdasar pada fakta dan bukti, cemburu buta, hal ini tentunya akan mengundang kekesalan dan kejengkelan suami. Ia tidak akan pernah merasa nyaman ketika ada di rumah. Bahkan, tidak menutup kemungkinan, kejengkelannya akan dilampiaskan dengan cara melakukan apa yang disangkakan istri kepada dirinya.

10. Kurang menjaga perasaan suami

Kepekaan suami maupun istri terhadap perasaan pasangannya sangat diperlukan untuk menghindari terjadinya konflik, kesalahpahaman, dan ketersinggungan.

Seorang istri hendaknya senantiasa berhati-hati dalam setiap ucapan dan perbuatannya agar tidak menyakiti perasaan suami, ia mampu menjaga lisannya dari kebiasaan mencaci, berkata keras, dan mengkritik dengan cara memojokkan. Istri selalu berusaha untuk menampakkan wajah yang ramah, menyenangkan, tidak bermuka masam, dan menyejukkan ketika dipandang suaminya.

Demikian beberapa kesalahan-kesalahan istri yang terkadang dilakukan kepada suami yang seyogyanya kita hindari agar suami semakin sayang pada setiap istri. Semoga keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warohmah.

Aamiiin.

Semoga bermanfaat

Thursday, 10 April 2014

MESTI TAHU!! 7 Kesilapan BESAR yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak


kesilapan

Kesilapan dalam mendidik anak kadang-kadang kita tidak sedar.
Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.
Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.
Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.
Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.

Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1# Membanding-bandingkan

kesilapan

Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
Cuba lihat contoh perbualan dibawah:
Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”
Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan  langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.
Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”
Ini adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?”
Jadi cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak.
.

2# Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak

kesilapan
Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”
Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.
.

3# Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya

kesilapanBiasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.
Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia marah.
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa  mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.

Apa tindak balas kita?

Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.

Apa pula perasaan anak?

Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
.

4# Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik

kesilapan
Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.

Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.

Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila  tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
.

5# Tidak Mewujudkan Kemesraan

Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.
Apa tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya.
Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya. Katakan pada anak kita memahaminya.
Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu. Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.
Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu  melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.
Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa.
.

6# Terlalu Memanjakan Anak

kesilapan
.

7# Suka Membebel Dan Mengkritik

kesilapanAda pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.
.

Penutup..

Semoga point-point diatas membantu kita semua mengesan kelemahan yang berlaku dalam proses membesarkan anak dengan sempurna.
Membesarkan anak bukan satu perkara yang singkat, ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberi perhatian dan kosentrasi yang penuh dalam membentuk anak-anak yang CEMERLANG InsyaAllah dunia dan akhirat.
Ingat, hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putus sehingga ke akhirat.
Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan kita.
Semoga bermanfaat, ikhlas dari warga tudung sicomel.. :)

View the original article here