Showing posts with label WAJAH. Show all posts
Showing posts with label WAJAH. Show all posts

Monday, 30 June 2014

Bunuh Diri Kerana Wajah Kekasih Tidak Secantik Dalam Gambar

Bunuh Diri Kerana Wajah Kekasih Tidak Secantik Dalam Gambar | Mangsa dikatakan terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik dalam gambar yang dimuatnaiknya di internet. Pasangan itu menjalin hubungan selama empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial dan tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu-sama lain.






Gara-gara terkejut melihat wajah kekasihnya buat pertama kali, seorang lelaki di Filipina bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah. Difahamkan kekasihnya kerap menggunakan aplikasi Camera 360 dan Retrica bagi mengubahsuai wajahnya untuk kelihatan cantik dan menarik. “Saya ingat awak sangat cantik, tetapi saya bodoh kerana percayakan gambar awak sedangkan semuanya telah diubahsuai,” kata mangsa bernama Mark Anthony Perez kepada wanita itu biarpun dia sudah mengenakan solekan tebal. 



Selepas pertemuan itu, Mark menangis dan tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak membunuh diri. Dia mati serta-merta akibat kecederaan dalaman termasuklah pada paru-paru dan otaknya.

Sumber: Mynewshub via Harianblogger

View the original article here

Wednesday, 18 June 2014

Kanak-Kanak Dipukul Kerana Wajah Mirip Ibu




TELUK INTAN – Seorang bapa bertindak memukul anak lelakinya berusia lima tahun dengan tali pinggang hingga cedera di beberapa bahagian badan hanya kerana wajah kanak-kanak berkenaan mirip ibunya.


Lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan bertindak demikian setelah berang isterinya lari meninggalkan rumah mereka di Estern Garden, Jalan Sungai Nibong sejak tiga tahun lalu.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pengadu yang juga ibu saudara mangsa berusia 31 tahun memaklumkan ketika sedang bekerja, dia menerima panggilan jiran menyatakan terdengar bunyi bising dari rumahnya.


Menurutnya, jiran pengadu mengesyaki mangsa dipukul menyebabkan pengadu bergegas pulang ke rumah dan mendapati kanak-kanak itu mengalami kesan calar serta lebam di badan.


“Kejadian itu disaksikan sendiri empat anak pengadu yang berada di rumah tersebut.


“Pengadu kemudiannya mengejutkan suspek yang tidur selepas memukul mangsa dan bertanyakan mengapa memukul anaknya. Suspek memberi alasan mangsa adalah anaknya dan dia boleh buat apa sahaja,” katanya.




Kok Liang berkata, pengadu kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan.


Menurutnya, setelah membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa mengalami banyak kesan lebam di belakang badan, muka, bahu dan kaki sebelum satu laporan polis dibuat.


“Berdasarkan laporan polis itu, pihaknya telah pergi ke rumah suspek namun lelaki itu tiada di rumah malahan pengadu dan serta ahli keluarga tidak tahu ke mana suspek pergi,” katanya.


Beliau berkata, kira-kira jam 10 pagi kelmarin, polis berjaya menahan suspek berhampiran di Kampung Banjar dan telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.


Katanya, siasatan lanjut mendapati, mangsa merupakan anak kandung suspek dan pengadu telah menjaga mangsa sejak ibu mangsa menghilangkan diri tiga tahun lalu.


“Suspek dipercayai tidak sukakan mangsa kerana anaknya itu memiliki raut wajah mirip isterinya dan suspek dikatakan sering memukul mangsa tanpa sebab sejak lelaki itu tinggal serumah dengan pengadu kira-kira tujuh bulan lalu,” katanya.


Beliau berkata, suspek ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. – Sinar Harian Online 

View the original article here

Saturday, 14 June 2014

Lagi 16 gambar wajah sebenar Nabilah Khan, bekas isteri Nedim Nazri

Lagi 16 gambar wajah sebenar Nabilah Khan, bekas isteri Nedim Nazri - Kredit penuh kepada blog hotlipsyuya yang telah berkongsi beberapa keping gambar terkini wajah sebenar Nabilah Khan, bekas isteri Nedim Nazri yang kelihatan semakin cantik dan jelita.

Untuk pengetahuan peminat, Nedim Nazri ialah kekasih kepada pelakon comel Nora Danish di mana mereka dikatakan merancang untuk berkahwin apabila tiba waktunya.

Buat korang tidak tahun mengenai latarbelakang pendidikan Nabilah Khan, dia ialah pemegang kelulusan ijazah dalam bidang undang-undang dan merupakan kawan baik kepada pelakon sensasi Lisa Surihani.

Hasil perkahwinan bekas pasangan Nabilah Khan dan Nedim Nazri, mereka dikaruniakan seorang anak lelaki yang amat comel.




































View the original article here

Thursday, 12 June 2014

Lagi 5 gambar wajah sebenar isteri Bade, madu Erma Fatima

Gambar wajah sebenar isteri Bade, madu Erma Fatima - Kalau sebelum ini, hanya sekeping gambar yang memaparkan wajah isteri baru Bade, madu Erma Fatima telah dikongsikan kepada umum. Gambar tersebut bagaimanapun kurang jelas dan sukar untuk mengecam bagaimana bentuk raut wajah sebenar Aida Abdul.

Sebentar tadi, portal myartis telah berkongsi lima keping gambar isteri Bade Haji Azmi yang dikahwininya pada April lalu. Memang cantik dan jelita orangnya. Apa yang menarik, Erma Fatima turut merestui pernikahan mereka malah memberitahu dia tiada kuasa untuk menghalang ketentuan jodoh yang ditetapkan Allah.


















View the original article here

Tuesday, 10 June 2014

Lakaran Wajah Penjenayah Yang Boleh Buat Anda Pecah Perut Ketawa
















Surely many know that the police have cartoonists using only paper and pencil can draw the face of a fugitive using only a description, however, as often happens with many employees, not all are as good at their jobs, so no it is rare that we can find so ridiculous police sketches like these. -Dairishare



















View the original article here

Saturday, 7 June 2014

Taksub Pada Pembedahan Plastik Membuat Wajah Wanita Ini Seperti Aliens.


Rina Nanase , Idol Jepun berusia 25 - tahun telah melakukan begitu banyak pembedahan plastik ( oplas ) yang membuat wajahnya sekarang kelihatan seperti Dobby the Elf dari filem Harry Potter . Persamaan yang luar biasa dengan mata besar , hidung panjang , dan dagu yang runcing . Bahagian paling aneh adalah gadis begitu sangat bangga dengan penampilan barunya . Dalam foto asalnya , Rina kelihatan seperti gadis muda yang normal dengan wajh manis .


 Namun pada tahun lalu , ia menjalani segala macam transformasi yang semuanya ia catat pada akaun Twitter - nya . Dia telah membuat beberapa perubahan pada matanya , hidung dan dagu yang membuat dia kelihatan aneh bagi banyak bekas fans nya . Namun , Nanase terkejut menerima reaksi negatif berkaitan wajahnya , kerana dia tidak berfikir bahawa penampilannya tidak berubah terlalu banyak .

 Salah satu gambar pertama yang diposkan Rina di Twitter adalah saat ia berusia 17 tahun . Kebanyakan orang akan bersetuju bahawa ia nampak lucu dan sihat saat itu , tetapi kini Rina adalah orang yang berbeza dengan hidung panjang dan mata seperti manik - manik .










View the original article here

Thursday, 5 June 2014

Gambar wajah sebenar Siti Rohana, adik pelakon Siti Saleha tersebar

Gambar wajah sebenar Siti Rohana, adik pelakon Siti Saleha tersebar - Rupanya pelakon terkenal yang cantik dan jelita, Siti Saleha mempunyai seorang adik perempuan yang amat menawan bernama Siti Rohana. Usianya masih muda namun nampak matang dan memiliki karakter ceria.

Raut wajah Siti Rohana dilihat lebih anggun dan memikat berbanding Siti Saleha kerana mempunyai bentuk muka yang agak tembam dan putih mulus.

Kalau ada jejaka di luar sana yang berkenaan dan menaruh hati, boleh cuba peluang ini untuk memikatnya. Mari layan beberapa keping gambar Siti Rohana di bawah.
















 




View the original article here

Sunday, 25 May 2014

Wajah sebenar adik angkat Shila Amzah kini didedahkan

Wajah sebenar adik angkat Shila Amzah kini didedahkan - Dalam kesibukan Shila Amzah memenuhi banyak undangan menyanyi di China, bekas kekasih Sharnaaz Ahmad itu rupanya telah mempunyai seorang adik angkat yang comel di sana.

Sekeping foto wajah sebenar adik angkatnya telah dikongsikan Shila di laman Instagram untuk tatapan peminat dengan disertakan caption berbunyi "Me and my mini shila for a new show in china :) ??????????? #onlyinchina #shilalas." Jom tengok di bawah kalau korang berminat.










View the original article here


View the original article here

Saturday, 24 May 2014

Anzalna Nasir dedah wajah wanita sebar fitnah isu pembedahan muka

Anzalna Nasir dedah wajah wanita sebar fitnah isu pembedahan muka - Pelakon jelita, Anzalna Nasir pastinya individu yang paling terkejut kerana didakwa seorang wanita enggan dikenali melakukan pembedahan muka agar kelihatan cantik dan lebih anggun.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli atas pemberian Allah.

Di laman Instagram aktres seksi itu, Anzalna turut memuatnaik status dan gambar wajah wanita berkenaan untuk menjawab dakwaan yang tersebar baru-baru ini. Ia disertakan caption pendek berbunyi berikut :-

"FITNAH FITNAH FITNAH!! Syukur Alhamdulillah dengan apa yang Allah beri.. Semoga kamu dirahmati Allah.. Amin.. @anzalnanasirlovers #TolongNasihatkan."












View the original article here


View the original article here