Showing posts with label Dengan. Show all posts
Showing posts with label Dengan. Show all posts

Saturday, 21 March 2015

Mencari Wanita Terbaik Dengan Menggunakan Matematik Oleh Al Khawarizmi



Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.


Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.


Beliau gemar bekerja dalam balai cerap untuk mendalami ilmu matematik dan astronomi serta pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.


Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.


Namun apa yang menarik, pakar matematik Islam ini ada mengaitkan angka dan juga bagaimana untuk mencari wanita terbaik.


Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Beliau menjawab,


Jika wanita solehah & beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang “1” tiada..
maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok “0”


Ingatlah, mencari wanita terbaik untuk dijadikan isteri bukanlah soal kisah malam pertama sahaja. Namun ia merupakan kisah untuk melahirkan zuriat yang baik dan isteri yang solehah. Apa erti cinta jika bahagia tiada. Apa erti sayang andai hidup melayang-layang. Apa erti berkasih andai diri sering disisih.


Akhir sekali, renung-renungkanlah kata-kata hikmah ini.

Sunday, 22 June 2014

Wanita Gergasi Dari Jerman Dengan Ketinggian Luar Biasa



















Caroline Welz yang dilahirkan di 6 Julai 1986 dengan ketinggian 6 kaki 9 inci (2.06 m tinggi) dan wanita yang tertinggi di Jerman (salah satu wanita tertinggi di dunia). - Dairishare










View the original article here

View the original article here

Wednesday, 18 June 2014

Kisah Percintaan Gadis Cantik Dengan Seorang Pengemis Jalanan

 



Kisah ini pernah menjadi perbualan hangat oleh orang ramai satu ketika dulu dalam forum-forum perbincangan dunia maya di China.Percintaan antara seorang gadis cantik dengan seorang pengemis tua merupakan suatu pelik bagi kita yang hidup dalam zaman yang serba maju.

Namun gambar-gambar ini adalah bukan hoax tetapi merupakan benar-benar terjadi. Perbezaan status dalam masyarakat tidak menghalang keduanya untuk menjalin cinta.

Cinta sejati itu benar-benar ada. Dan cinta sejati selalu diperuntukkan bagi mereka yang tak pernah berhenti berharap dengan kegigihan.-http://dairishare.blogspot.com/








View the original article here


View the original article here

Monday, 16 June 2014

Kisah Anak Kelantan Bergelar Jutawan Hanya Dengan Menjual Ayam




Kecoh seluruh negara dan menjadi trending no 1 di media sosial Malaysia ketika ini mengenai isu seorang bapa memberi Hadiah sebuah kereta Mini Cooper untuk anaknya yang mendapat keputusan cemerlang 5A iaitu adik Fatini daripada SK Zainab 2, Kota Bharu.

Lagi tergaman, situasi ini terjadi disebuah negeri nun jauh di pantai Timur yang seringkali dimomok-momokkan sebagai negeri paling Miskin di Malaysia.

Ya benar, kejadian ini berlaku di Kota Bharu. Ayahnya hanya seorang penjual ayam, belajar sehingga SPM sahaja tapi berkat usaha dalam perniagaan mampu memberi dan menukar status keluarga mereka daripada miskin kepada golongan yang mempunyai masa depan.

Saya turut sedih membaca setiap komen di facebook yang mengutuk bapa Fatini yang menyamakan kes ini sebagai tidak masuk akal, megarut, menunjuk-nunjuk, membazar dan sebagainya. Biasalah, orang Melayu Malaysia memang terkenal dengan sikap dengki, suka mengutuk jika orang lain lebih daripadanya.

Ada komen seperti ” Alah, jual ayam je pun. Aku belajar sampai degree, jadi pegawai kerajaan hanya mampu pakai Myvi. Gile nak menunjuk bapak dia ni “

Saya yang membaca komen sebegini turut luruh air mata menunjukkan masyarakat Melayu kita benar-benar kritikal mengenai isu moral. Langsung tiada adap, mahupun akal yang waras walaupun mempunyai ijazah.

Ayah Fatini hanyalah anak Kelantan yang langsung tidak cemerlang , result UPSRnya adalah 4D1E sahaja bukan seperti anda mempunyai ijazah. Tetapi berkat usaha beliau bangun seawal jam 4 pagi, terus ke kedai menyembelih beratus-ratus ekor ayam untuk dijual dihampir seluruh Kelantan . Siapa yang kerja seperti ini, bergelumang dengan bau tahi ayam setiap hari, kena sembilih ayam , potong ayam dan sebagainya.

Ayahnya juga bukan seperti anda, log in FB tengok orang berjaya dan buat ‘benda pelik’ sedikit terus kutuk, maki tanpa rasa belas. Ayahnya cuma penjual ayam tetapi jutawan. Itu sahaja.

Anda bekerja makan gaji dengan gred 41 pun belum mampu untuk menjadi jutawan sekiranya sikap anda yang seringkali menyangkal kejayaan orang lain.

Yang peliknya, orang kaya dan ahli politik yang secara terang-terangan salah guna duit kerajaan dan memberi kemewahan kepada anak mereka tidak pula anda maki sehebat dugaan yang diterima oleh ayah Fatini ini. Niat ayah Fatini cuma satu, berkongsi rasa gembira dengan kejayaan anak sulungnya yang cemerlang dengan penuh rasa syukur.

Kepada anda yang mempunyai ijazah ataupun kelayakan iktisas yang lain, saya cabar anda untuk gantung sijil graduasi anda di dinding dan menjadi seorang penjual ayam seperti usaha yang ayah Fatini lakukan ini. Kita lihat hasilnya.

Inilah kisah seorang anak Kelantan menjadi jutawan hanya dengan menjual ayam.

Sumber

Sunday, 15 June 2014

Tips Untuk Memusnahkan Sel-Sel Barah Dengan Ayat Al-Quran




Tips Untuk Memusnahkan Sel-Sel Barah Dari Al-Quran | Berkongsi insyaAllah ada manafaatnya.Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Sumber

Monday, 9 June 2014

Gan Lulu Dengan Fesyen Setengah Yang Sangat Hodoh [8 Gambar]

Gan Lulu Dengan Fesyen Setengah Yang Sangat Hodoh









Dia terkenal kerana ibunya. Kini dia sering menjadi jemputan orang ramai tetapi dia suka tampil dengan fesyen yang adalah WTF.
Kami pun tak pasti ini adalah fesyen apa eh..
















Tuesday, 3 June 2014

Punca Sebenar Abby Abadi Bercerai Lagi Dengan Farhan

Punca sebenar Abby Abadi bercerai lagi dengan Farhan. Menurut Abby, usia suaminya yang lebih muda darinya dan tidak matang merupakan punca utama keretakan rumah tangga. Tambah Abby lagi, ketidak serasian bersama dan sering bertengkar juga menyebabkan Farhan memfailkan permohonan cerai. Difahamkan lafaz cerai telah dibuat oleh Farhan sebanyak dua kali di Makhamah Syariah Gombak Timur. Bagaimanapun, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Terdahulu, Abby yang berusia 37 tahun dan Muhammad Noor Farhan 24 tahun telah melangsungkan perkahwinan pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Abby juga pernah bernikah sebelum ini dengan Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak hasil perkahwinan tersebut.




Kenyataan Abby Abadi Isu Bercerai Dengan Farhan

Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu. Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang. Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa. Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat,” ujar Abby Abadi

Video Punca Sebenar Abby Abadi Bercerai Dengan Farhan


KLIK DISINI UNTUK VIDEO



Gambar Kenangan Abby Abadi Dan Farhan




View the original article here

Saturday, 31 May 2014

Punca Sebenar Abby Abadi Bercerai Lagi Dengan Farhan

Punca sebenar Abby Abadi bercerai lagi dengan Farhan. Menurut Abby, usia suaminya yang lebih muda darinya dan tidak matang merupakan punca utama keretakan rumah tangga. Tambah Abby lagi, ketidak serasian bersama dan sering bertengkar juga menyebabkan Farhan memfailkan permohonan cerai. Difahamkan lafaz cerai telah dibuat oleh Farhan sebanyak dua kali di Makhamah Syariah Gombak Timur. Bagaimanapun, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Terdahulu, Abby yang berusia 37 tahun dan Muhammad Noor Farhan 24 tahun telah melangsungkan perkahwinan pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Abby juga pernah bernikah sebelum ini dengan Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak hasil perkahwinan tersebut.




Kenyataan Abby Abadi Isu Bercerai Dengan Farhan

Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu. Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang. Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa. Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat,” ujar Abby Abadi

Video Punca Sebenar Abby Abadi Bercerai Dengan Farhan


KLIK DISINI UNTUK VIDEO



Gambar Kenangan Abby Abadi Dan Farhan




View the original article here

Wednesday, 21 May 2014

Anak Kelahiran Ipoh Juara MasterChef UK 2014 Dengan Memasak Nasi Lemak



SIAPA sangka hidangan nasi lemak dan sup wantan akan membawa tuah buat seorang suri rumah kelahiran Ipoh, Perak apabila dia memenangi Pertandingan MasterChef United Kingdom (UK) 2014.

Catherine Chin Wan Ping Coombes, 33, yang tinggal di negara itu memukau para juri bukan sahaja dengan dua hidangan tersebut, malah turut menyajikan beberapa pencuci mulut yang dinamakan ‘vanilla and coconut pannacotta with charred pineapple’, ‘freeze-dried mango’ dan ‘pineapple and lime air’.

“Ia benar-benar enak. Saya tak tahu bagaimana awak menghasilkannya. Saya tak mampu untuk menirunya. Ia benar-benar mengagumkan,” puji juri John Torode.

Anak Kelahiran Ipoh Juara MasterChef UK 2014

Coombes yang mewarisi bakat memasak daripada ibu dan neneknya berkata, dia mula memasak sewaktu menuntut di Oxford dan mula belajar mengubahsuai resepi ibunya.

Ditanya mengenai perancangannya selepas memenangi program itu, dia bercadang untuk mempelajari lebih lagi mengenai masakan Asia Timur selain berhasrat untuk membuka restoran atau sekolah masakan.

Anak Kelahiran Ipoh Juara MasterChef UK 2014

Episod akhir tersebut disiarkan menerusi saluran BBC One di UK, malam semalam.

Dua lagi finalis yang turut berentap ialah Jack Lucas dan Luke Owen.

Kemenangan ini sekaligus membuktikan bahawa menu popular rakyat Malaysia ini juga mampu diangkat sehingga ke peringkat antarabangsa.-Mynewshub

(Sumber: The Star)

Thursday, 24 April 2014

Kisah Benar Gadis Pelajar Kolej Pernah Terlanjur Dengan 8 Lelaki !


“Ibu mana yang tak sayang anak, walaupun dia dilahirkan tanpa diminta, pengalaman mengandung dan melahirkannya selepas ‘bersama’ selama sembilan bulan nyata membuatkan kasih saya kepadanya tidak berbelah bagi.

Kisah Benar Gadis Pelajar Kolej Pernah Terlanjur Dengan 8 Lelaki !..

“Walaupun dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan keluarga terutama ayah tidak dapat menerima kehadirannya saya terpaksa relakan dia diserahkan kepada keluarga angkat apabila semua proses dokumentasinya selesai,” kata remaja terlanjur yang ingin dikenali sebagai Izzati, 22, ketika ditemui di sebuah rumah perlindungan di sini, baru-baru ini.

Remaja yang berasal dari Puchong ini berkata, sebaik saja ibu bapanya dimaklumkan doktor yang dia mengandung tujuh bulan, dia dihantar ke rumah perlindungan bagi mengelakkan berita mengenai kandungan itu diketahui adik beradik mahupun ahli keluarga lain terutama jiran.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, jika dia mampu mengubah masa silamnya, semua teguran dan nasihat ibunya pasti dituruti dan kerana kebodohan dirinya yang memberontak gara-gara dikongkong akhirnya memakan diri sendiri.

Katanya, segalanya bermula apabila dia melanjutkan pelajaran ke kolej untuknya melarikan diri jauh daripada keluarga terutama ibu yang sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah setiap kali adik-adiknya membuat kesalahan. “Dengan memberikan alasan kerja kursus banyak, saya bebas untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu walaupun jarak antara rumah dan kolej tidak jauh.


Masa yang ada saya keluar bersama teman lelaki. “Walaupun baru berkenalan dua bulan, saya tidak sangka yang dia (teman lelaki) memaksa saya melakukan perbuatan asmara dan akhirnya dia pergi tanpa alasan munasabah,” katanya yang baru melahirkan anak lelaki awal Mac lalu.

Izzati berkata, kecewa dengan tindakan bekas teman lelakinya itu, dia berkawan dengan seorang lagi lelaki lain, namun nasibnya tetap sama apabila lelaki berkenaan juga mengambil kesempatan serta memberi jaminan yang dia tidak akan mengandung sebelum meninggalkannya.

Dia mendakwa, gara-gara takut membeli alat ujian kehamilan dia tidak sedar yang kandungannya sudah mencecah tujuh bulan sehinggalah kedua orang tuanya membawanya ke klinik kerana hairan melihat perubahan pada dirinya.

Menurutnya, selepas dimaklumkan doktor yang dia mengandung, dunia dirasakan kelam dan apa yang lebih sedih apabila melihat wajah emak yang kecewa malah ayah ketika itu seakan orang hilang pertimbangan meraung tidak dapat terima hakikat yang anaknya mencipta aib buat keluarga.

“Sehingga kini hanya emak dan ayah yang tahu kisah sebenar dan di mana saya berada, jika adik-beradik bertanyakan kenapa ‘kakak’ tidak balik, emak memberi alasan ‘kakak’ sibuk dengan kelas dan kerja kursus,” katanya.

Wa Allahu'alam..


Wednesday, 23 April 2014

6 Dosa Yang Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat

Dosa Yang Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat



Disaat kita hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita berfikir tentang dosa kita? Dosa besar dan kecil. Kita meminta diampunkan dosa kepada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah. Mari baca 6 dosa yang tidak diampun ini.

1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532


Friday, 18 April 2014

Dr Mashitah jawab hukum salam cium tangan dengan Pak Lah ?

SEBELUM ini kecoh di internet dan facebook serta twitter tentang penyebaran gambar, Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim sedang bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir.


Hari ini tersebar pula satu gambar yang dipetik dari salah sebuah artikel di Sinar Harian tentang soal jawab berhubung perkara itu yang ditulis oleh Dr Mashitah Ibrahim.
Dalam artikel di ruangan soal jawab “Anda musykil Dr Mashitah jawab” itu, beliau membincangkan tentang hukum bersalaman dan mencium tangan di antara lelaki dan wanita bukan mahram.
Antara isi penting yang dinyatakan ialah, Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram, tulis beliau.

Jadi apakah hukum beliau bersalam dan mencium tangan Pak Lah, lelaki yang bukan mahramnya? Adakah haram, harus, sunat, ataupun wajib?
ReJaM© “Lu fikirlah sendiri…. “


View the original article here

Sunday, 6 April 2014

10 Pekerjaan Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia

type='html'>Tahukah anda apakah 10 pekerjaan dengan gaji tertinggi di Malaysia?
senarai pekerjaan dengan gaji tertinggi di malaysia
Kalau belum tahu boleh rujuk senarai 10 pekerjaan yang menjanjikan gaji yang lumayan di bawah. Mungkin berguna bagi adik-adik yang sedang merancang masa depan. Semoga bermanfaat! 

senarai pekerjaan dengan gaji tertinggi di malaysia
Industri berasaskan teknologi dan sains adalah sektor pekerjaan yang menawarkan gaji paling tinggi di negara ini, menurut kaji selidik terbaru portal pengambilan pekerja dalam talian, Jobstreet.com.
Kaji selidik mengenai 10 Pekerjaan Menawarkan Gaji Tertinggi di Malaysia itu adalah berdasarkan gaji yang disenaraikan oleh majikan di laman web Jobstreet.com bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2013.
Jobstreet.com berkata, kaji selidik itu mendapati pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif yang mengkhusus dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat (IT) secara amnya memperoleh gaji lebih tinggi, dengan gaji purata RM2,800 sebulan.


Graduan baru 
Bagi pekerja peringkat pengurusan dan ke atas dan mengkhusus dalam bidang IT, sains dan kejuruteraan, mereka dibayar gaji yang lebih tinggi.
Graduan Ijazah Sarjana Muda yang baru menamatkan pengajian secara purata boleh menjangkakan gaji RM2,100 sebulan yang mana gaji yang ditawarkan untuk golongan itu membabitkan semua industri adalah antara RM1,600 hingga RM3,000.
Menurut Jobstreet.com, sektor farmasi menawarkan gaji tertinggi untuk graduan Ijazah Sarjana Muda yang baru menamatkan pengajian dengan pendapatan RM3,600 sebulan sebagai gaji permulaan, manakala eksekutif diberi tanggungjawab merangka strategi korporat menduduki tempat kedua dengan gaji asas RM3,200.
Bagaimanapun, katanya, jumlah itu hanya membabitkan gaji pokok dan tidak termasuk faedah lain seperti jumlah kelayakan cuti, faedah perubatan, insurans dan insentif lain.
Portal itu berkata, walaupun doktor muda boleh mencapai gaji sebanyak RM2,700, gaji mereka boleh meningkat dengan pantas kepada kira-kira RM3,900 sebulan dengan hanya tiga hingga empat tahun pengalaman.


Jika dilihat bidang farmasi mempunyai pendapatan paling tinggi dikuti strategi korporat, perkhidmatan kewangan, doktor dan lain-lain lagi. Namun begitu dengan harga barang yang meningkat ini, adakah gaji tersebut mencukupi?
FH: Kalau nak kaya, berniagalah sebab 9/10 punca rezeki tu adalah dari perniagaan.

View the original article here

Thursday, 3 April 2014

MAAFKAN SEGALA KESILAPAN SAYA SELAMA SAYA PIMPIN KELANTAN.. Ucapan tok guru yang penuh dengan kesayuan

type='html'>


 Ucapan tok guru yang penuh dengan kesayuan semasa kuliah subuh pagi tadi di Pulau Melaka Kelantan. MAAFKAN SEGALA KESILAPAN SAYA SELAMA SAYA PIMPIN KELANTAN. NI SAKIT SAYA MUNGKIN ALLAH NAK KIFAARAT DOSA SAYA ATAS APA KESALAHAN SAYA BUAT SELAMA SAYA PIMPIN KELANTAN.
Air mata bergenang membasahi pipi....


kesedihan tok guru membuatkan kita yang kerdil ini berasa sedih dgn dosa2 yg lalu...YA ALLAH KAU PANJANGKANLAH UMUR TOK GURU KAMI


sumber dari fb

Nik Abdul Aziz Nik Mat


View the original article here

Wednesday, 2 April 2014

[BONGKAR] Inilah DIEGO GARCIA, Pangkalan Rahsia Amerika Syarikat Di LAUTAN HINDI | [GAMBAR] Pangkalan Rahsia AS Yang Dikaitkan Dengan TRAGEDI MH370 by Que Achmad

type='html'>
[BONGKAR] Inilah DIEGO GARCIA, Pangkalan Rahsia Amerika Syarikat Di LAUTAN HINDI | [GAMBAR] Pangkalan Rahsia AS Yang Dikaitkan Dengan TRAGEDI MH370 | Diego Garcia adalah salah satu pangkalan militan USA yang paling rahsia.
diego-garcia-pangkalan-rahasia-as-diduga-sembunyikan-mh370
Luasnya cuma 44 km2. Letak pulau karang itu terpencil di tengah Samudera. Jaraknya jauh dari mana-mana daratan. Dataran terdekat adalah Selatan India, lebih kurang 1.790 km.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Pulau ini pertama kali ditemui oleh pelaut Portugis sekitar tahun 1512. Setelah Perang Napoleon tahun 1814, pulau ini jadi milik Inggeris. Semasa dunia ke II tahun 1942, Inggeris memanfaatkan Diego Garcia untuk menjadi markas angkatan udara untuk misi-misi pengintaian dan memburu kapal selam dan kapal perang Jepun di Samudera Hindia.
Tahun 1966 Inggeris sepakat memberikan Amerika Syarikat mendirikan pangkalan militan di pulau Diego Garcia. Tempat ini adalah strategik untuk operasi militan AS di sekitar Samudera Hindia semasa era perang dingin.
Amerika menempatkan beberapa kapal perang, pengebom dan tempat pembekalan logistik di pulau ini. Markas ini dipercaya jadi tempat 'inteligent'  AS dengan segala kelengkapan canggihnya.
Beberapa operasi militan yang digelar dari Diego Garcia adalah perang Teluk tahun 1991, Perang Afghanistan tahun 2001 dan Perang Iraq tahun 2003.
Daerah ini juga dikatakan bebas dari imbasan satelit mahupun radar negara mana pun. Ini yang membuat mana-mana Pesawat yang melintas seolah-olah hilang tanpa jejak.
Berita Utusan Malaysia mengutip Cabal Times menjelaskan analisa itu. Cabal Times adalah sisipan misteri dan berita konspirasi.
Beberapa bukti menguatkan andaian ada pesawat disembunyikan di Pangkalan AS Diego Garcia.

View the original article here

Monday, 31 March 2014

MAAFKAN SEGALA KESILAPAN SAYA SELAMA SAYA PIMPIN KELANTAN.. Ucapan tok guru yang penuh dengan kesayuan

type='html'>


 Ucapan tok guru yang penuh dengan kesayuan semasa kuliah subuh pagi tadi di Pulau Melaka Kelantan. MAAFKAN SEGALA KESILAPAN SAYA SELAMA SAYA PIMPIN KELANTAN. NI SAKIT SAYA MUNGKIN ALLAH NAK KIFAARAT DOSA SAYA ATAS APA KESALAHAN SAYA BUAT SELAMA SAYA PIMPIN KELANTAN.
Air mata bergenang membasahi pipi....


kesedihan tok guru membuatkan kita yang kerdil ini berasa sedih dgn dosa2 yg lalu...YA ALLAH KAU PANJANGKANLAH UMUR TOK GURU KAMI


sumber dari fb

Nik Abdul Aziz Nik Mat


View the original article here

Wednesday, 5 March 2014

Gosip: Erra fazira Dikaitkan Dengan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor?

type='html'>HM difahamkan baru-baru ini timbul desas-desus yang mengaitkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira.

Tampil menafikannya, Tengku Adnan ketika ditemui semalam di pelancaran Lorong Seni di Ibu Kota berkata, beliau bahagia dengan perkahwinannya.

Jelasnya, beliau tidak ada kaitan sama sekali dengan Erra yang juga pelakon terkenal itu.

“Saya lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinan saya.

“Saya dengan Erra Fazira tidak.. tidak. Saya bahagia dengan perkahwinan saya,” katanya kepada wartawan ketika diminta mengulas lanjur gosipnya dengan pelakon itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno itu kelihatan terkejut ketika diajukan soalan tentang hubungan istimewanya dengan Erra.

Erra aktres terkenal yang berusia 40 tahun baru sahaja bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, pada bulan lalu, lapor Antarapos.

Manakala komen Erra Fazira menerusi Harian Metro,

"Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan," ulas primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira.

Erra berkata, berita hubungan Erra dengan Menteri Wilayah Persekutuan itu yang disampaikan oleh pengurusnya, Pauzi Samad, memang mengejutkan sekaligus mengganggu tumpuannya untuk teater muzikal Suara Kita anjuran Awie dan turut disertai oleh Ziana Zain.

"Sebenarnya jadual saya begitu padat sekarang sehinggakan tidak dapat bercuti bersama kakitangan. Pengurusan telah menyusun jadual kerja saya sehingga Jun," katanya yang akan kembali sibuk dengan rakaman program Primadona dan penggambaran drama arahan Erma Fatima selepas ini. 

HM: sape lah yang pandai2 buat gosip pagi2 buta ni... tekejut den hehe... ingatkan betul Erra dah nak kawen lagi hehe.. melepas la korang semua ...

View the original article here

Tuesday, 4 March 2014

VIDEO: Bayi Enggan Berpisah Dengan Ibu

Tersentuh hati  bile menonton video dibawah apabila seorang bayi menangis kerana enggan dipisahkan dengan ibunya. Saksikan...


Seperti diketahui, hubungan antara ibu dan anak amat istimewa dan bermula sejak dari dalam perut lagi.

Keistimewaan hubungan tersebut terserlah dalam video di bawah apabila seorang bayi yang baru lahir enggan dipisahkan daripada ibunya.

Bayi berkenaan yang dilahirkan melalui kaedah caesarian, pada mulanya ditunjukkan pada ibunya secara dekat seperti yang sering dilakukan oleh doktor.

Ia kemudiannya diambil semula untuk dibersihkan dan dibedung dengan sempurna.

Bagaimanapun, tangan comel bayi tersebut segera mendakap wajah ibunya dan tidak mahu dipisahkan lagi selepas itu.

Bila ditarik, bayi berkenaan menangis sekuat hati dan kembali diam selepas didekatkan kembali pada ibunya.

Memang manis sekali momen ini dan ia pasti menyentuh hati para ibu dan anak di luar sana.

 

Sunday, 2 March 2014

Pelakon Sinetron Popular Batal Pernikahan Dengan Anak Datuk Di Malaysia

type='html'> type='html'>
Pelakon Indonesia, Nuri Maulida dilaporkan telah membatalkan majlis pernikahannya dengan tunangnya, Muhammad Adam Yahya yang merupakan usahawan Malaysia, baru-baru ini.
Sebelum ini, dikhabarkan aktres itu sepatutnya bernikah dengan Adam pada 22 November tahun lalu namun mereka menangguhkannya terlebih dahulu kerana keadaannuri2kesihatan bapa Adam yang tidak berapa sihat ketika itu.
Namun, baru-baru ini ketika ditanya media Indonesia, Nuri mengakui dia tidak jadi berkahwin dengan Adam.
Nuri hanya memberi komen, “case close. Udah enggak” (pernikahan batal. Sudah tidak bersama lagi).
Aktres cantik itu juga enggan mendedahkan punca yang menyebabkan hubungannya terputus dengan jejaka berusia 30 tahun itu.nuri-maulida-siti-nurhaliza
Untuk makluman, Nuri dan Adam bertunang pada 31 Ogos tahun lalu di kediaman keluarga Nuri di Cibubur, Jakarta Timur.
Majlis pertunangan mereka turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang merupakan kenalan rapat keluarga Adam.
Ini merupakan kali ketiga perancangan Nuri untuk mendirikan rumah tangga gagal dan terhenti di tengah jalan.
Sebelum ini, dia hampir berkahwin dengan aktor Ferry Ardiansyah dan Ferry Setiawan, namun kedua-dua tidak menjadi disebabkan tiada jodoh di antara mereka.
Namun, Nuri, 28, mengakui dia tidak serik dengan perkara tersebut dan kini menyerahkan perihal jodohnya di tangan Allah SWT.
Sumber: Mynewshub.my

View the original article here


View the original article here

Wednesday, 26 February 2014

Nik Michael Tak Kecil Hati Dengan Teguran Chef Wan

Written by AbangNara | February 25th, 2014

Rancangan Dapur Panas kendaliannya telah pun dikritik oleh Chef Wan baru-baru ini. Namun Nik Michael memberitahu Berita Harian yang dia tidak terasa hati sedikit puntedengan teguran daripada Chef Wan. Malah, Nik cuba melihat teguran tersebut daripada sudut positif. Respek Abang Nara dengan Nik Michael. Tak cepat melatah dan tenang menghadapi situasi sebegini.
nik michaelKata Nik Michael:-

Kalau kita lihat berdasarkan komennya itu, ia lebih menjurus kepada soal produksi. Tegurannya membabitkan soal set dan kualiti program. Apa yang boleh saya katakan, program Dapur Panas bukan seperti rancangan masakan biasa. Konsepnya sangat berbeza apabila saya perlu memasak untuk sesuatu kerjaya. Kebetulan waktu itu ia membabitkan kerjaya perancang perkahwinan. Sebab itulah ada pelamin di set terbabit.

Kita kena sedar penonton sekarang bukan seperti dulu. Rancangan memasak bukan saja ditonton golongan suri rumah, sebaliknya diikuti pelbagai generasi termasuk golongan muda. Jadi program memasak kena melalui perubahan kandungan, seperti menyelitkan unsur travelog dan bukannya sekadar memperkenalkan bahan masakan semata-mata

nik michaelAbang Nara setuju dengan kata-kata Nik Michael itu. Salah satu program masakan kegemaran Abang Nara ialah “East Bites West” yang dikendalikan oleh Chef Wan. Seronok lihat Chef Wan bertarung dengan chef-chef lain sambil menaiki caravannya. Mungkin lepas ini Nik Michael boleh cuba buat program yang seumpama ini tetapi di Malaysia. Mesti menarik sangat-sangat.

Baca Yang Ini Pulak:-

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


Artikel Asal