Wednesday 5 March 2014

Gosip: Erra fazira Dikaitkan Dengan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor?

type='html'>HM difahamkan baru-baru ini timbul desas-desus yang mengaitkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira.

Tampil menafikannya, Tengku Adnan ketika ditemui semalam di pelancaran Lorong Seni di Ibu Kota berkata, beliau bahagia dengan perkahwinannya.

Jelasnya, beliau tidak ada kaitan sama sekali dengan Erra yang juga pelakon terkenal itu.

“Saya lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinan saya.

“Saya dengan Erra Fazira tidak.. tidak. Saya bahagia dengan perkahwinan saya,” katanya kepada wartawan ketika diminta mengulas lanjur gosipnya dengan pelakon itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno itu kelihatan terkejut ketika diajukan soalan tentang hubungan istimewanya dengan Erra.

Erra aktres terkenal yang berusia 40 tahun baru sahaja bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, pada bulan lalu, lapor Antarapos.

Manakala komen Erra Fazira menerusi Harian Metro,

"Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan," ulas primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira.

Erra berkata, berita hubungan Erra dengan Menteri Wilayah Persekutuan itu yang disampaikan oleh pengurusnya, Pauzi Samad, memang mengejutkan sekaligus mengganggu tumpuannya untuk teater muzikal Suara Kita anjuran Awie dan turut disertai oleh Ziana Zain.

"Sebenarnya jadual saya begitu padat sekarang sehinggakan tidak dapat bercuti bersama kakitangan. Pengurusan telah menyusun jadual kerja saya sehingga Jun," katanya yang akan kembali sibuk dengan rakaman program Primadona dan penggambaran drama arahan Erma Fatima selepas ini. 

HM: sape lah yang pandai2 buat gosip pagi2 buta ni... tekejut den hehe... ingatkan betul Erra dah nak kawen lagi hehe.. melepas la korang semua ...

View the original article here

No comments:

Post a Comment