Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

AWAS! Jangan Biarkan Anak Masuk Tandas Sendirian - Ikuti Kisah Benar Ini




Semenjak kes kehilangan kanak-kanak dan ditemui mayatnya tanpa kepala mesti kita semua sudah terdetik untuk tidak akan mengulangi kesilapan yang sama seperti apa yang berlaku kepada pasangan dan anaknya itu kepada anak kita.

Walaubagaimanapun adakalanya kita leka dalam keadaan tertentu yang mana kita hanyalah manusia biasa dan tidak terlepas dari kecuian.

Di sini terdapat status dari FB Page Cantik.BeautifulNara (Sumber asal tidak diketahui) yang mana boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita ambil iktibar betapa pentingnya pengawasan anak-anak dan mengelakkan anak kita hilang dari pandangan


Smlm ptg aku pi giant kat tepi sg muo tu...anak2 aku nak pi toilet tgkt 1..pastu ada sorang bangla pon ikut masuk..tgk anak2 aku atas bawah..then dia berselisih ngan cina sambil mata masing2 tengok sesama sendiri 2 3 kali. Pastu..aku terus rasa tak sedap hati suruh laki aku ikut sekali masuk toilet.

Aku tunggu kat luar tepi lift..then cina tu pon tunggu sekali..aku igtkan dia ada tunggu anak ke wife ke..sebab 2 3 kaki gak cina tu tengok2 kat toilet. Dah lebih 3 4 minit..bangla tu keluar sambil cina tu bg arahan ke tepi toilet..memasing senyap tapi tak kata apa2..pastu anak2 n laki aku kuar..aku tanya bangla tu buat apa. Laki aku kata..dia takda buat apa selain basuh muka pastu berdiri kat situ diam2 sambil tgk anak aku yg 1st tu ngan laki aku banyak2 kali ke atas bawah. Seb baik laki aku ada..

pastu dia terus kuar..laki aku heran apa bangla tu nak. Yang pelik..bangla n cina tu laki aku kata terus ke tepi toilet tu ikut tangga kecemasan. Hurm..aku mmg rasa tak sedap hati sebab laki aku kata pelik sebab cina tu jengah2 kat dlm toilet sambil tgk bangla tu mcm bagi isyarat mata tanpa bercakap. So aku assume diaorg mcm sindiket nak rompak budak2..or culik. .or benda yg tak baik sebab kenapa turun guna tangga kecemasan n masuk toilet takda buat apa2. So korang be careful..jangan biarkan anak2 pi toilet sorang2..kita tak tahu apa yg boleh berlaku..sebab skrg ni byk kes budak hilang n organ kena jual...hati2 ye nakkk

Berdasarkan apa yang ditulis anak itu amat bernasib baik kerana si ibunya amat peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling.

Bayangkan sekiranya dia membiarkan anaknya itu memasuki tandas bersendirian maka tidak tahulah apa nasib anaknya itu... Wallahualam..

Sumber


Sunday, 29 June 2014

Kisah Pengalaman Dr. Haron Din Masuk Dalam Kaabah (Gambar dan Video)

Kisah Pengalaman Dr. Haron Din Masuk Dalam Kaabah (Gambar dan Video) | Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram. Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP.




Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan. Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam.






Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah. Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu. Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun. Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah.



Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58) Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya” Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. 






Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini. Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk. 



Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu. Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.





View the original article here

Kisah Seram Di Pulau Pangkor Yang Ramai Tak Tahu

Kisah Seram Di Pulau Pangkor Yang Ramai Tak Tahu | Peristiwa ini terjadi masa aku masih menuntut disalah satu kolej swasta dshah alam. Semasa semester ke4(kalau nda silap la) ...subjek yg kami 'ambik'pada waktu tu tidak la 'power'(susah) sangat,tapi kalau stakat kluar urat2 dikepala tu adala juga.Pada waktu tu,kami tengah mula 'proses' mengumpul dan mengedit data tuk kami 'present' 2 atau 3 minggu lagi.Idea2 yg kami ada pun, semua nda dapat diguna pakai.Tengah kami pening2 mencari idea,adalah sorang member ni.."Hoi jom ki pi Pulau Pangkor,untung2 kita dpt idea nnti"."Ala..jgn la korang nak tipu,korang takkan dpt siap punya la ..bahan tuk presentation nanti".Sambungnya lagik..O ya..org yg sebut ayat ni adalah Johan(nama samaran).Dia ni terkenal sebagai sorang pelawak komedi sepenuh masa dikalangan member2 kelas.






Seperti ngantok dihulurkan tilam,kami sebulat suara bersetuju dgn cadangan yg diberikan.Para 'rombongan' ini terdiri drp 4 org sabahan dan sorang selangoran iaitu Budin,Johan,Fendi,Saipul dan aku sendiri.'Tuk' mengelakkan drp diketahui umum(pelajar lain) kami merahsiakan 'perihal' rombongan kami ini drp mrk. Untuk sampai dr selangor ke Perak dan terus ke Pangkor mengambil ms kira2 3 jam(kalau nda silap la).



Sampai jak kami d pangkor, kami tlh mengambil sebuah teksi tuk menghantar kami ke resort yg tlh kami tempah sejak awal lagi dan agak tersembunyi skit drp masyarakat setempat.Tapi apa yg tidak bestnya..tuk pegi ke resort yg akan kami diami tu,kami kena lalui satu kwsn tanah perkuburan.Pd mulanya kami semua tidaklah berasa takut ataupun seram,maklum la hari masih siang. Selepas menyusun semua beg2 dalam bilik,kami mulalah bergembira, mandi manda, bersorak sakan dan mcm2 lagi sementara menunggu hari senja. Bila mlm menjelma,kws sekitar tempat kami diami agak sunyi dan gelap.



Perut pula mula meronta2 minta diisi.'Ha! apa lagi yg korang nak tunggu,jom la..kata nak makan kan..aku bawa korang kat tmpt best".ujar Johan bersungguh2."Jauh ke Johan tmpt tu?"List meminta kepastian."Takla".Jwp Johan Selamba."Ala..jom la..mlm la best ckit nak jalan baru 'thrill'".sambung Johan lagi.Walaupun jam menunjukkan pd pukul 8.30mlm,ada diantara kami yg agak keberatan utk kluar mkn pd mlm itu..maklumla..dkt dgn kwsn perkuburan la katakan.Dgn 'berbekalkan' 3 biji motor kapcai lama,kami meredah malam yg gelap(angker). tu dgn perasaan berani2 takut.



Preng...preng..bunyi nyaring moto kapcai kami berbunyi...seakan2 pd mlm itu hanya kami berlima shja yg berani kluar pd malam tu.Setelah jauh perjalanan,naik turun 2 buah bukit,kami pun sampai ketempat 'best' yg telah dinyatakan leh Johan..tupun setelah mengambil masa hampir setengh jam perjalanan.Tempat yg dikatakan 'best' ni..tidaklah begitu best sgt..yg best pun psl tmpt tu bleh berkaraoke. Setelah hampir sejam makan sambil berkaraoke,kami pun mengambil kputusan tuk berangkat pulang.Pd mulanya..kami tlh bersepakat akan menunggang motor bersama2..dan jgn tinggalkan sesiapa pun bersendirian..entah apa sebab pd mlm tu..dtg gila Johan..terus memecut laju membawa motor mereka(Saipul) meninggalkan kami bertiga.



Aku pula tidak mau ketinggalan trus memecut laju ..cuba mengejar mereka.Umpama indah khabar dari rupa..walaupun motor yg aku bawa berbunyi agak nyaring spt mat rempit..tetapi ternyata aku tidak dpt mengejar Johan ngan Saipul."Ah..peduli la mereka,.baik aku sama2 dgn diorang Fendi ngan Budin."Aku ckp sendirian.Bila aku toleh kebelakang,rupa2nya diorang Fendi ngan Budin tidak ada dibelakang..mungkin masih berada dkt gerai tadi.Aku terpaksa menunggu mereka tuk bersama2 naik bukit(takut siot). Setelah agak jauh ditinggalkan oleh mereka(Johan&Saipul)..tidak jauh dr situ,aku ternampak ada sorang lelaki spt cuba mengejar motor yg dibawa Johan.



Bila tidak dpt kejar..lelaki itu bersembunyi pula disebalik pokok kelapa yg tidak jauh didepanku.Aku terpaksa memberhentikan motor ku jauh dari pokok kelapa itu..manala tau takut2 orang tu mungkin kurang siumanka(suspen ga la time ni).Aku mengambil sebatang kayu sebagai alat tuk aku pertahankan diri jika ia cuba menyerang. Lima minit hampir berlalu..jangankan lubang hidung..bunyi motor pun tidak kedengaran pd mlm itu.Dgn ditemani lampu2 jalan raya..aku memberanikan diri tuk menunggu mrk lima minit lagi.Semasa menunggu,bunyi ombak sayup2 kedengaran tidak jauh dr tmpt aku menunggu.Sesekali bunyi cengkerik dan katak turut menemani ku pd waktu tu.."Nampaknya aku tidak la jg brasa sunyi sangat"kataku sendirian.



Sambil memegang erat kayu ditangan aku sentiasa memerhati org yg masih bersembunyi dibelakang pokok kelapa itu.Sekali sekala,'orang' itu terhendap2 melihat kearah ku.Memang Sah!ni mesti orang gila. 5 minit tlh berlalu..aku tidak boleh menunggu lebih lama lagi,.semakin lama aku menunggu,semakin itula aku dpt rasa 'keangkeran' yg mungkin terjadi bila2 masa ..lebih2 lagi aku perlu berhati2 dgn 'orang' yg berada disebalik pokok kelapa itu.Dengan kelajuan 60km sejam,aku membawa motor ku dengan penuh suspen..mata pula masih tertumpu ke pokok kelapa tadi.Apabila berada agak dekat dengan pokok kelapa itu,dengan kayu ditangan kiri..aku bersiap sedia utk segala kemungkinan yg mungkin terjadi.Bila dah dekat...aku agak terkejut kerna tidak ada sorang pun berada disitu.Eh!sejak bila pula orang tu cabut lari.sedangkan setiap masa..aku sentiasa memerhati 'orang' yg terhendap2 disebalik pokok kelapa itu. 



Ah sudah!Tiba2 seluruh tubuh badan ku seram sejuk,kpala lutut pla mcm mau tercabut .Seperti orang hilang akal,aku memecut laju motor yg ku bawa agar dpt naik bukit dgn cepat.Seolah2 'orang' itu berada dibelakang ku sambil meniup2 nafasnya ketelingaku.Tidak cukup dgn meniup..aku dpt rasa ia memaut pinggangku(ewah ni sda lebih ni).Aku tekad,apa ja terjadi pada malam itu..jadilah.Oleh krn gangguan itu,aku berharap motor yang ku bawa terbabas dan aku pula jatuh pengsan..yala..lebih baik pengsan dan tidak 'sedar', daripada kita sedar.. ada makhluk halus yg sedang 'menumpang' dibelakang kita.(SERAM..SIOT) Setelah agak jauh drp kwsn bukit dan byk 'menyumpah',entah bagaimana aku bleh berada dkwsn(ada byk gerai dan orang ramai) tempt letak kereta..



Dalam aku cuba 'menenangkan' diri,aku teringat kembali perkataan 'thrill' dr Johan.Agaknya ini la 'thrill' yg dimaksudkan oleh Johan tadi..kurang asam btul la..ni la kalau mulut celupar..."Nanti ko Johan..aku jumpa ko nanti,aku langgaar buah pinggang ko karang."aku ckp dlm hati sambil 'mengoder' milo ais dari gerai yg berdekatan. 



Sumber: Bloghantuku

View the original article here

Kisah Seram Di Sebalik Mahmoodiah Johor Bahru

Kisah Seram Di Sebalik Mahmoodiah Johor Bahru | Banyak-banyak kisah mistik, yul rasa ini lah yang paling menyeramkan kot dan banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dengan kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an (KISAH HANTU LILIN - LINK).





Pada tahun 1980-an lagi lah best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yangg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut?



Wallahualam.. Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat-kerabat di Raja itu. Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan. 



Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah. Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. 



Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama".. 



Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu. 



Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus mengejar teksi berkenaan. 



Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Mase perang Jepun dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dieorang berbaris yul tak tahu la. wallahualam. 



Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu. 



Ingat, yul cuma nak bagitahu jangan terlalu percaya sangat. Nanti syirik pulak. Jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Jika apa yang di tulis di atas adalah mengenai korang, Yul nak korang perbetulkan di mana silapnya. Tak kisahlah daripada tarikh atau segala bagai.. Apa-apa pun yang buruk itu datang daripada diri sendiri, kerana setiap manusia tak ubah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Cerita ini bukan rekaan semata-mata. Ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB. Yul pasti, ada jugak yang tak tahu lagi pasal kisah-kisah nie.









View the original article here

Subhanallah! Kisah Pelajar 14 Tahun Peluk Islam

Subhanallah! Kisah Pelajar 14 Tahun Peluk Islam | Kira-kira enam bulan lalu, saya mengalami penyakit kemurungan yang teruk dan gangguan makan. Saya berasa bahawa saya adalah orang tak berguna dan tiada siapa yang akan suka saya kecuali saya jadi sakit dengan badan yang kecil, kekurangan zat makanan, dan tidak sihat. Semua cahaya seolah-olah hilang dari dunia. Saya tidak mempunyai harapan yang pernah pulih daripada masalah penyakit. Memandangkan isu-isu saya semakin teruk saya terasa macam nak membunuh diri. Saya merasakan seperti saya berhak untuk mati, dan saya yakin takde orang pun yang akan mengambil berat apabila itu berlaku. Saya mula lawan dengan ibu bapa saya yang dapat melihat keadaan saya semakin teruk hari demi hari. Saya mula gagal di sekolah.




Kemudian pada satu hari saya sedang duduk di kelas, hampir tidak memberi perhatian apabila saya mendengar salah satu daripada rakan-rakan saya mula bercakap. Beliau telah bercerita tentang Islam. Beliau bercakap secara ringkas prinsip-prinsip asas Islam. Tetapi dengan hanya sedikit maklumat, saya terpesona. Pada hari itu saya mula membaca terjemahan al-Quran dan apa sahaja tentang Islam. Saya kagum pada kesetiaan manusia pelbagai kaum dan kenegeraan kepada Tuhan yang Satu yang mereka panggil Allah. Ada perasaan yang saya dapat apabila saya tahu saya melakukan sesuatu yang betul. Saya terasa aura kebahagiaan yang seolah-olah mengisi dari kepala ke kaki saya. Itulah yang saya rasakan ketika saya mula mengkaji Islam.



Kebahagiaan itu asing kepada saya kerana saya telah berada dalam keadaan kemurungan selama hampir dua tahun. Sesuatu yang amat saya kagumi adalah wanita Islam sangat dilindungi. Saya tinggal dalam keadaan masyarakat yang obsesi dengan pakaian yang seksi dan nipis-nipis. Akan tetapi, dalam dunia baru ini saya melihat bahawa ramai wanita yang memakai pakaian yang longgar, dan tak menampakkan rambut langsung. Mereka cantik, tetapi dengan cara yang mereka tersendiri. Wanita ini adalah wanita cantik semula jadi, tidak seperti wanita yang ditampal pada papan iklan di mana-mana. Dan kemudian saya menyedari sesuatu, wanita-wanita ini adalah apa yang saya patut jadikan model inspirasi.



Saya belajar bagaimana untuk berdoa, dan mula berdoa selalu. Ia tidak berlaku sekelip mata, tetapi melalui pembelajaran yang konsisten, saya menjadi samakin faham dan akhirnya memeluk Islam Alhamdulillah. Saya mendapat tahu bahawa Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih, mempunyai rancangan untuk saya. Saya menyedari bahawa terdapat lebih kepada kehidupan daripada mengira kalori dan menangis setiap masa. Saya tahu sekali lagi bahawa ada cahaya dan kecantikan di dunia, dalam semua ciptaan-Nya. Semua perkara-perkara ini, memberi inspirasi kepada saya untuk mahu menjadi lebih baik. Penemuan saya dengan Islam mungkin telah membawa sinar cahaya yang jelas mengisi kegelapan saya sebelum ini. Saya kini boleh mengatakan dengan keyakinan bahawa semua tanpa Islam dan sokongan daripada keluarga saya, saya kemungkinan besar akan mati. Saudara baru Islam - Amal.



**** Maaf sebab translate dari Google Translate hehe, tapi dah adjust sket2 dah... kat bawah ni artikel english***



About six months ago, I was suffering from severe depression and an eating disorder. I was absolutely convinced that I was worthless and that no one would ever love me unless I reached some unattainable goal of a tiny, malnourished, and unhealthy body. All the light seemed to be gone from the world. I had no hope of ever recovering from the disorder. As my issues worsened I became suicidal. I felt like I deserved to die, and that no one would care when that happened. I was fighting with my parents who could see my condition deteriorating day by day. I began to fail in school. All in all, nothing in my life was positive. Then one day I was sitting in a class, barely paying attention when I heard one of my fellow students begin talking. He was doing a presentation on Islam. He spoke very briefly on the basic principles of Islam, barely scratching the surface of a beautiful Religion I would come to know as close as my family. But with that little bit of information, I was fascinated. That very day I began reading the Qur’an and researching and everything I could find out about Islam. I was amazed at the devotion of a whole people to one All Mighty God whom they called Allah. There is a feeling that you get when you know you are doing something right. A sort of swelling, happiness that seems to fill you up from head to toe. That is what I felt when I began to study Islam. The happiness was foreign to me as I had been in a state of depression for nearly two years. When you live in the dark, the light may hurt your eyes but it is light nonetheless. Something that amazed me was that Muslim women covered themselves. Now, that may seem like something rather silly or obvious but to me it was extraordinary. I lived in a state of obsession with being thin. And yet, in the world I saw that there were women who wore loose clothing, and covered their hair. They were gorgeous, but In a way that did not promote the western idea that a girl who is so skinny that her bones stick out and has nearly every inch of skin showing is an ideal of beauty that every woman should strive for. No, these woman were a kind of beautiful that was natural, not plastered on like the woman seen on billboards everywhere. And then I realized something, these women were what I ought to aspire to not deathly thin models. I learned how to pray, and began to pray regularly. It didn’t happen overnight, but through my learning I became a believer. I came to know that Allah The Beneficent, The Merciful, had a plan for me. I realized that there was more to life than counting calories and crying all of the time. I knew again that there was light and beauty in the world, in all of His creations. All of these things, inspired me to want to get better. So, I began the long and hard road of recovery. It’s not like people assume. My discovery of Islam may have brought a ray of light in, but I still had to get out of the dark place I was in. It has been a long and slow journey, which I am still on but all throughout there has been one constant thing. The Worship of Allah. I can now say with all conviction that without Islam and the support of my family I would most likely be dead. I am still recovering, and it takes bravery on my part every day to wake up in the morning and tell myself that I am beautiful and that I deserve food and happiness. - Amal








Source: Convert to Islam

View the original article here

Wednesday, 18 June 2014

Kisah Percintaan Gadis Cantik Dengan Seorang Pengemis Jalanan

 



Kisah ini pernah menjadi perbualan hangat oleh orang ramai satu ketika dulu dalam forum-forum perbincangan dunia maya di China.Percintaan antara seorang gadis cantik dengan seorang pengemis tua merupakan suatu pelik bagi kita yang hidup dalam zaman yang serba maju.

Namun gambar-gambar ini adalah bukan hoax tetapi merupakan benar-benar terjadi. Perbezaan status dalam masyarakat tidak menghalang keduanya untuk menjalin cinta.

Cinta sejati itu benar-benar ada. Dan cinta sejati selalu diperuntukkan bagi mereka yang tak pernah berhenti berharap dengan kegigihan.-http://dairishare.blogspot.com/








View the original article here


View the original article here

Monday, 16 June 2014

Kisah Anak Kelantan Bergelar Jutawan Hanya Dengan Menjual Ayam




Kecoh seluruh negara dan menjadi trending no 1 di media sosial Malaysia ketika ini mengenai isu seorang bapa memberi Hadiah sebuah kereta Mini Cooper untuk anaknya yang mendapat keputusan cemerlang 5A iaitu adik Fatini daripada SK Zainab 2, Kota Bharu.

Lagi tergaman, situasi ini terjadi disebuah negeri nun jauh di pantai Timur yang seringkali dimomok-momokkan sebagai negeri paling Miskin di Malaysia.

Ya benar, kejadian ini berlaku di Kota Bharu. Ayahnya hanya seorang penjual ayam, belajar sehingga SPM sahaja tapi berkat usaha dalam perniagaan mampu memberi dan menukar status keluarga mereka daripada miskin kepada golongan yang mempunyai masa depan.

Saya turut sedih membaca setiap komen di facebook yang mengutuk bapa Fatini yang menyamakan kes ini sebagai tidak masuk akal, megarut, menunjuk-nunjuk, membazar dan sebagainya. Biasalah, orang Melayu Malaysia memang terkenal dengan sikap dengki, suka mengutuk jika orang lain lebih daripadanya.

Ada komen seperti ” Alah, jual ayam je pun. Aku belajar sampai degree, jadi pegawai kerajaan hanya mampu pakai Myvi. Gile nak menunjuk bapak dia ni “

Saya yang membaca komen sebegini turut luruh air mata menunjukkan masyarakat Melayu kita benar-benar kritikal mengenai isu moral. Langsung tiada adap, mahupun akal yang waras walaupun mempunyai ijazah.

Ayah Fatini hanyalah anak Kelantan yang langsung tidak cemerlang , result UPSRnya adalah 4D1E sahaja bukan seperti anda mempunyai ijazah. Tetapi berkat usaha beliau bangun seawal jam 4 pagi, terus ke kedai menyembelih beratus-ratus ekor ayam untuk dijual dihampir seluruh Kelantan . Siapa yang kerja seperti ini, bergelumang dengan bau tahi ayam setiap hari, kena sembilih ayam , potong ayam dan sebagainya.

Ayahnya juga bukan seperti anda, log in FB tengok orang berjaya dan buat ‘benda pelik’ sedikit terus kutuk, maki tanpa rasa belas. Ayahnya cuma penjual ayam tetapi jutawan. Itu sahaja.

Anda bekerja makan gaji dengan gred 41 pun belum mampu untuk menjadi jutawan sekiranya sikap anda yang seringkali menyangkal kejayaan orang lain.

Yang peliknya, orang kaya dan ahli politik yang secara terang-terangan salah guna duit kerajaan dan memberi kemewahan kepada anak mereka tidak pula anda maki sehebat dugaan yang diterima oleh ayah Fatini ini. Niat ayah Fatini cuma satu, berkongsi rasa gembira dengan kejayaan anak sulungnya yang cemerlang dengan penuh rasa syukur.

Kepada anda yang mempunyai ijazah ataupun kelayakan iktisas yang lain, saya cabar anda untuk gantung sijil graduasi anda di dinding dan menjadi seorang penjual ayam seperti usaha yang ayah Fatini lakukan ini. Kita lihat hasilnya.

Inilah kisah seorang anak Kelantan menjadi jutawan hanya dengan menjual ayam.

Sumber

Friday, 6 June 2014

Kisah Sedih Seorang Ibu....!!!


Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…kini c.z hanya mempunyai ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN DIA…..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

sumber
View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Kisah Benar Wanita Dirogol Negro Ketika Buang Air Kecil Di Stesyen Minyak Seorang Diri

Kepada para wanita beringatlah sebelum terkena info ini dikongsikan oleh group what up admin.Jadi jangan anda hanya membaca sebaliknya tolong sharekan info ini kepada rakan-rakan yang lain

attention! Perhatian untuk wanita2 (especially) yang selalu berhenti dan pergi ke toilet di mana2 petrol station. Kejadian ini BETUL2 terjadi pada seorang kenalan rapat kakak ipar kawan saya sendiri.Seorang perempuan & her boyfriend (also a future husband since they're about to get married soon) berhenti di satu petrol station sebab this girl nk pergi toilet.

Kalau kita perasan kat petrol station cthnya Petronas, ada toilet yg kt dlm kedai Mesra tu sendiri, ada yg luar sikit sebelah dgn kedai Mesra dan ada jugak toilet yang bahagian belakanggg, jauh sikit dr kedai Mesra tu. Yup, she went to that toilet, yg kat belakang tu, ALONE AT NIGHT, while the boyfriend was waiting in the car.

Selepas 30 minit menunggu, this girl tak muncul, dia terus pergi ke toilet belakang tu untuk cari. Dia jumpa girlfriend dia pengsan dan dalam keadaan yang agak aib (suspected dirogol). Sadly, it is true. Somebody grabbed her when she was entering the toilet, tutup mulut dia, kunci toilet and violently, she was being raped. Couldn't really tell who, but through what she could see, the person is black (and she suspected a negro).

Kesian sangat2 kat mangsa ni sebab dia akan berkahwin tak lama lagi dan dia berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan sekarang. Of course, who wouldn't right! Nauzubillah kalau itu terjadi kt kita/keluarga kita.

So, tolonglahh jgn pergi toilet sorang2 especially yg jauh kt hujung dunia nun regardless mlm or siang. Please be extra careful, get somebody (kawan, adik, tunang, suami, anak, anyone) untuk teman walaupun rasa tak macho sebab kena tunggu depan toilet, but safety firstt!! It could happen to anyone, bertudung ke free hair ke, anyone could be vulnerable (this girl is wearing hijab, so lets not assume that rape is inclined to happen to those wearing revealing clothes ONLY). Just be extra cautious, peeps



 




View the original article here

Thursday, 1 May 2014

Kisah Benar Pasangan Z1na Mati Dalam Kemalangan Yang Dahsyat Dan Sangat Memalukan

type='html'>

Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalanganyang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana.Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala.MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia.Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan.Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy…… 
Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangandengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur………

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? 
Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita.Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur,janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

Wallahualam..

Nauzubillah Min Zalik

renungkanlah…….. dan selamat beramal…..


sumber 

View the original article here

Monday, 28 April 2014

Anda Pasti Terkejut Baca Kisah Sebenar Pasangan Tahanan Sweden Ini

type='html'>Pasti ramai dalam kalangan kita yang sedia maklum dengan berita yang menggemparkan iaitu mengenai sepasangan suami dan isteri yang ditangkap di Sweden atas tuduhan memukul anak-anak mereka yang tidak mendirikan solat.

Walaupun mahkamah di Sweden sudahpun membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman keatas kedua-dua pasangan ini, tetapi masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih blur dan tidak tahu kisah sebenar mengenai mereka berdua ini.

Jadi kali ini kami kongsikan satu kisah panjang yang menceritakan kisah benar mengenai kedua-dua pasangan dari Malaysia ini.



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.

Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.

Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..


Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..

Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..

Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..

Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..

Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah ” abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza..”


Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..

Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..

Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas – siang selama 18 jam di Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa..



Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya’ dan terawih secara berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..

Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan “Miss Shal” semasa di Sekolah Seri Putri..


Aku bukan membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada awalnya.. tapi semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang memikirkan bahawa ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika anak2 mereka tidak solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa niat memberitahu kepadanya..

Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin.. Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang..

Solat hajat untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia.. Moga hari ni kita doakan mereka yang susah dan insyallah bila kita susah Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima kasih..

sumber 

View the original article here

Thursday, 24 April 2014

Kisah Benar Gadis Pelajar Kolej Pernah Terlanjur Dengan 8 Lelaki !


“Ibu mana yang tak sayang anak, walaupun dia dilahirkan tanpa diminta, pengalaman mengandung dan melahirkannya selepas ‘bersama’ selama sembilan bulan nyata membuatkan kasih saya kepadanya tidak berbelah bagi.

Kisah Benar Gadis Pelajar Kolej Pernah Terlanjur Dengan 8 Lelaki !..

“Walaupun dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan keluarga terutama ayah tidak dapat menerima kehadirannya saya terpaksa relakan dia diserahkan kepada keluarga angkat apabila semua proses dokumentasinya selesai,” kata remaja terlanjur yang ingin dikenali sebagai Izzati, 22, ketika ditemui di sebuah rumah perlindungan di sini, baru-baru ini.

Remaja yang berasal dari Puchong ini berkata, sebaik saja ibu bapanya dimaklumkan doktor yang dia mengandung tujuh bulan, dia dihantar ke rumah perlindungan bagi mengelakkan berita mengenai kandungan itu diketahui adik beradik mahupun ahli keluarga lain terutama jiran.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, jika dia mampu mengubah masa silamnya, semua teguran dan nasihat ibunya pasti dituruti dan kerana kebodohan dirinya yang memberontak gara-gara dikongkong akhirnya memakan diri sendiri.

Katanya, segalanya bermula apabila dia melanjutkan pelajaran ke kolej untuknya melarikan diri jauh daripada keluarga terutama ibu yang sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah setiap kali adik-adiknya membuat kesalahan. “Dengan memberikan alasan kerja kursus banyak, saya bebas untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu walaupun jarak antara rumah dan kolej tidak jauh.


Masa yang ada saya keluar bersama teman lelaki. “Walaupun baru berkenalan dua bulan, saya tidak sangka yang dia (teman lelaki) memaksa saya melakukan perbuatan asmara dan akhirnya dia pergi tanpa alasan munasabah,” katanya yang baru melahirkan anak lelaki awal Mac lalu.

Izzati berkata, kecewa dengan tindakan bekas teman lelakinya itu, dia berkawan dengan seorang lagi lelaki lain, namun nasibnya tetap sama apabila lelaki berkenaan juga mengambil kesempatan serta memberi jaminan yang dia tidak akan mengandung sebelum meninggalkannya.

Dia mendakwa, gara-gara takut membeli alat ujian kehamilan dia tidak sedar yang kandungannya sudah mencecah tujuh bulan sehinggalah kedua orang tuanya membawanya ke klinik kerana hairan melihat perubahan pada dirinya.

Menurutnya, selepas dimaklumkan doktor yang dia mengandung, dunia dirasakan kelam dan apa yang lebih sedih apabila melihat wajah emak yang kecewa malah ayah ketika itu seakan orang hilang pertimbangan meraung tidak dapat terima hakikat yang anaknya mencipta aib buat keluarga.

“Sehingga kini hanya emak dan ayah yang tahu kisah sebenar dan di mana saya berada, jika adik-beradik bertanyakan kenapa ‘kakak’ tidak balik, emak memberi alasan ‘kakak’ sibuk dengan kelas dan kerja kursus,” katanya.

Wa Allahu'alam..


Sunday, 20 April 2014

Kisah Tukang Paip Yang 37 Tahun TAK LEPAS SOLAT Di Masjid Nabawi


Kisah Tukang Paip Yang 37 Tahun TAK LEPAS SOLAT Di Masjid Nabawi
Kisah Tukang Paip Yang 37 Tahun TAK LEPAS SOLAT Di Masjid Nabawi - Lelaki Afghanistan ini tidak pernah terlepas bersolat di Masjid Nabawi selama 37 tahun.
Haji Muhammad menjadi popular di Madinah kerana satu perempat usia beliau selalu muncul di TV Arab Saudi memakai serban hitam yang sama sambil berdiri di sebelah kanan di barisan pertama di belakang imam .
Beliau memberitahu media (Makkah daily) bahawa dia tiba di di Arab Saudi semasa beliau berumor 19 tahun.
Beliau bekerja sebagai tukang paip selama 37 tahun dan hanya pernah pulang sekali saja ke Afghanistan.
Beliau berkata : “Saya selalu memastikan saya melaksanakan semua solat lima waktu di Masjid Nabawi dari saya remaja lagi.
“Saya suka mengembalikan al-Quran dari jemah yang di letak di merata tempat dalam masjid dan meletakkan mereka kembali ke dalam almari nya”.
Haji Muhammad telah membuat banyak kawan dengan jemaah-jemaah dari luar negara yang kagum dengan beliau kerana setia dalam melaksanakan semua solat di masjid dan di tempat yang sama .
Sebahagian daripada jemaah kerap melihat dia memakai serban hitam yang sama di tempat yang sama setiap tahun mereka melawat Madinah.
“Apabila saya bekerja untuk penaja saya, saya memberitahu beliau dari awal bahawa saya tidak mahu terlepas apa-apa solat di masjid dan di bulan Ramadhan saya tidak akan berkerja kerana saya akan berada di dalam masjid sepanjang masa, ” katanya. Hj Muhammad ada dua isteri dan 12 anak. (www.saudigazette.com.sa)
NOTA: Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu ‘alaihi Wasallam telah bersabda “Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram.” – MyNewsHub

View the original article here