Showing posts with label selepas. Show all posts
Showing posts with label selepas. Show all posts

Tuesday, 17 March 2015

LAWAK: Gambar Troll Duit RM100 Selepas GST Dilaksanakan




Sungguh kreatif rakyat Malaysia ni dalam isu troll apabila terbaru mereka telah mengedit gambar sekeping duit RM100 telah menjasdi RM94 setelah ditolak GST.

Gambar tersebut telah tersebar luas dilaman sosial dan digunakan sebagai gambar komen terutama pos-pos berkaitan GST yang akan dilaksanakan bermula 1 April ini.


Gambar wang berkenaan membawa maksud duit kertas RM100 itu telah ditolak RM6 kerana dikenakan cukai 6 peratus GST.


Sebelum iini terdapat juga penyebaran duit seperti ini dimana sekeping gambar duit RM100 yang memaparkan wajah Agong menutupi muka kerana malu dengan kejatuhan nilai ringgit.


View the original article here

Thursday, 3 July 2014

Video Maut Selepas Berselfie


Video Lakonan Semula

SEORANG wanita maut selepas berkongsi gambar 'selfie' semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis di Amerika Syarikat.

Collette Moreno, 26, yang duduk di tempat duduk penumpang maut dalam insiden itu apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan lain ketika pemandu cuba memotong sebuah lori.

Kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan, lapor sebuah portal.



Lebih menyedihkan, Collette Moreno, 26, baru beberapa minit mengambil gambar ‘selfie’ bersama pemandu yang juga sahabat baiknya, Ashley Theobald, 26.

Ketika kejadian, mereka sedang dalam perjalanan ke Tasik Ozarks, Missouri untuk parti tersebut.

Theobald yang cedera ringan memberitahu, dia cuba memotong sebuah lori yang mengeluarkan asap yang banyak sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pikap.

“Moreno ada asma yang teruk dan dia terbatuk-batuk. Jadi saya mengambil keputusan untuk memotong lori tersebut,” katanya.
View the original article here

Wednesday, 18 June 2014

LELAKI DIKUTUK! SELAMATKAN SKUTER DULU DARI TEMAN WANITANYA SELEPAS KEMALANGAN [VIDEO]

 




Seorang lelaki dikritik selepas tindakannya yg menyelamatkan skuternya dahulu dan membiarkan teman wanitanya terduduk di bahu jalan.



Melalui rakaman video amatur, skuter yang dinaiki pasangan itu dilihat cuba memintas sebuah kereta di selekoh tajam namun gagal dan lalu terjatuh tergolek-golek seperti kelapa di tepi pantai.






Dia segera bangun menuju ke arah skuternya tanpa dilihat mempedulikan langsung teman wanitanya.



'Nak dapat gf baru tak payah duit muka, nak keluar skuter baru kena letak downpayment woo..' kata satu komen  - My Media Hub


View the original article here


View the original article here

Monday, 9 June 2014

Aurat: Raja Azmi Makin Jahil Agama Selepas Pulang Dari umrah?

Sebenarnya, mudah saja. Kalau tak ada ilmu bab agama usahlah kita pandai-pandai keluarkan kenyataan mengikut logik fikiran semata-mata.

Itulah yang boleh dikatakan terhadap komen berani mati yang dikeluarkan oleh Raja Azmi dalam program hiburan terbitan TV9, Galaksi.

Apabila ditanya oleh wartawan mengapa dia tidak menutup aurat selepas pulang dari mengerjakan umrah, Raja Azmi menyatakan dia mahu mencukupkan solat lima waktu dahulu kerana baginya itu lebih penting.

RAJA-AZMITak apalah kalau dia tidak kisah orang tahu solatnya compang camping pada usia sudah 55 tahun, namun ayat seterusnya dari mulut pengarah dan produser filem ini agak kontroversi kerana membabitkan hukum agama.

Raja Azmi dirakam berkata, “Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak penting.

“Kalau betul (tak pakai tudung) satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka Kak Mi tak boleh terimalah semua tu.”

Tambah Raja Azmi, yang penting baginya adalah amal ibadat dalam solat yang perlu dibetulkan dahulu.

Ditegur wartawan apa yang dikatakannya itu boleh dianggap lantang Raja Azmi menjawab, “Kak Mi bercakap sebab dah fikir sebab tu lantang bercakap. Kalau tak fikir Kak Mi akan cakap benda yang bodoh.”

Sebenarnya jika sudah tahu kita bersalah tidak mengikut hukum agama atas apa alasan sekalipun, sebaik-baiknya tidak perlu menegakkan benang yang basah.

Apa pun marilah kita sama-sama berdoa semoga Raja Azmi dan kita semua sentiasa diberikan hidayah olehNya.

View the original article here

Friday, 30 May 2014

Takziah, Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia Selepas Makan Mee Segera

KUALA NERANG - Seorang pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama (SMA) As Siddiqiah Al Islamiah, Naka dekat sini meninggal dunia selepas makan mi segera malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu Mohamad Daud Shariff, 18, sebelum itu dikatakan makan mi segera sebelum tidur di bilik asrama bersama beberapa rakan yang lain.


Rakan mangsa, Mohamad Hisham  Zainol, 17, berkata sebelum itu mereka terdengar bunyi dengkuran kuat dan menganggap ia perkara biasa kerana semua pelajar keletihan setelah bermain bola pada sebelah petang.







(gambar sekadar hiasan)

Katanya mereka hanya mengetahui kejadian itu selepas guru mereka yang melakukan rondaan terdengar bunyi dengkuran yang kuat dan memeriksa bilik itu.


"Sebaik lampu asrama dihidupkan ternampak mulut arwah sudah berbuih dan mi segera yang dimakannya sebelum itu turut terkeluar. Kami cuba panggil nama dia beberapa kali tetapi dia tidak bergerak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Sementara itu Pengetua SMA As Siddiqiah Al Islamiah, Mohd Sidek Junus berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia ketika tiba di sana.

Mangsa berasal dari Kampung Kuala Beris, Sik menuntut di sekolah itu sejak tiga tahun lepas dalam pengajian tahfiz sejak berusia 15 tahun, katanya.


Beliau berkata Allahyarham seorang pelajar yang baik dan aktif dan sepanjang tiga tahun arwah belajar di sekolah itu beliau tidak pernah mengalami sebarang penyakit serius.

Ketua Polis Padang Terap Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi berkata pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

sumber 
View the original article here

Monday, 3 March 2014

Bunuh suami selepas seminggu kahwin

type='html'> type='html'>
Jordan Linn Graham dan Cody Lee Johnson

Missoula: Seorang wanita yang baru seminggu berkahwin didakwa kelmarin kerana membunuh suaminya dengan menolaknya dari sebuah tebing di Taman Negara Glacier ketika bertengkar. 

Dokumen tuduhan menyatakan Jordan Linn Graham, 22, ragu-ragu untuk berkahwin ketika mayat suaminya, Cody Lee Johnson, 25, dari Kalispell, ditemui. 


Bertengkar 

Graham memberitahu seorang ejen FBI bahawa dia dan suaminya bertengkar pada 7 Julai lalu ketika mereka berjalan di kawasan Loop Trail di taman itu. 

Pada satu ketika, dia berpatah balik, namun Johnson merentap lengannya, kata tertuduh. 

Dia berpusing, meleraikan pegangan tangan suaminya dan “akibat berang, dia menolak Johnson yang membelakangkannya dengan kedua tangannya di belakang, mengakibatkan suaminya jatuh tersembam dari tebing,” kata satu afidavit. 

Dilapor hilang 


Johnson dilaporkan hilang 8 Julai lalu apabila dia gagal hadir ke tempat kerja. 

Graham kemudian melaporkan dia menjumpai mayat suaminya. 

Graham membuat kemunculan awal di mahkamah kelmarin di hadapan Majistret Jeremiah C Lynch atas tuduhan pembunuhan darjah kedua. Dia kini ditahan. 

Peguamnya, Andrew Nelson, enggan mengulas. 

Keluarga Johnson dan rakan lega selepas menggesa siasatan dijalankan sejak mayatnya ditemui pada 12 Julai lalu. 

“Dua bulan mungkin tidak terlalu lama untuk FBI menyiasat, namun apabila anda menunggu jawapan, ia terlalu panjang,” kata rakan keluarga, Tracey Maness. 

Maness berkata Johnson teruja dengan perkahwinannya dan mencintai Graham. 

View the original article here


View the original article here

Sunday, 2 March 2014

WTF : Gadis Bertukar Dari Cantik Kepada Makhluk 'Silikon' Selepas Pembedahan Plastik (12 Gambar)

Gadis yang baru berusia 38 tahun ini, Blondie Bennet bertukar dari seorang gadis cantik kepada mak cik yang tua selepas pembedahan plastik. Pembedahan itu bernilai RM140,000. 

















View the original article here

View the original article here