Showing posts with label SEGERA. Show all posts
Showing posts with label SEGERA. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Takziah, Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia Selepas Makan Mee Segera

KUALA NERANG - Seorang pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama (SMA) As Siddiqiah Al Islamiah, Naka dekat sini meninggal dunia selepas makan mi segera malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu Mohamad Daud Shariff, 18, sebelum itu dikatakan makan mi segera sebelum tidur di bilik asrama bersama beberapa rakan yang lain.


Rakan mangsa, Mohamad Hisham  Zainol, 17, berkata sebelum itu mereka terdengar bunyi dengkuran kuat dan menganggap ia perkara biasa kerana semua pelajar keletihan setelah bermain bola pada sebelah petang.







(gambar sekadar hiasan)

Katanya mereka hanya mengetahui kejadian itu selepas guru mereka yang melakukan rondaan terdengar bunyi dengkuran yang kuat dan memeriksa bilik itu.


"Sebaik lampu asrama dihidupkan ternampak mulut arwah sudah berbuih dan mi segera yang dimakannya sebelum itu turut terkeluar. Kami cuba panggil nama dia beberapa kali tetapi dia tidak bergerak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Sementara itu Pengetua SMA As Siddiqiah Al Islamiah, Mohd Sidek Junus berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia ketika tiba di sana.

Mangsa berasal dari Kampung Kuala Beris, Sik menuntut di sekolah itu sejak tiga tahun lepas dalam pengajian tahfiz sejak berusia 15 tahun, katanya.


Beliau berkata Allahyarham seorang pelajar yang baik dan aktif dan sepanjang tiga tahun arwah belajar di sekolah itu beliau tidak pernah mengalami sebarang penyakit serius.

Ketua Polis Padang Terap Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi berkata pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

sumber 
View the original article here

Sunday, 6 April 2014

BUAT HAL LAGI!! 2 VIDEO RAJA BOMOH DEDAH, KISAH MENTERI MUDA RABA AWEK.. PERLU AMBIL TINDAKAN SEGERA!!!

type='html'>


Malaysia telah digemparkan dengan kejadian hilangnya pesawat MH370.. Pada masa itu telah munculnya seorang raja bomoh yang hebat untuk membantu mencari MH370 dengan menggunakan kelapa dan sebagainya. Selepas kejadian itu, ramai menteri yang mempertikaikan tentang kehebatan raja bomoh itu lalu raja bomoh naik marah mahu menampar menteri tersebut dengan jurus penampar buaya. Selepas kejadian tersebut senyap la seketika. Hari ini telah kembalinya raja bomoh tersebut dengan hal yang baru iaitu dedah, kisah menteri muda raba awek

saksikan 2 video ini








View the original article here