Tuesday 6 January 2015

Siapakah gadis itu Membeli Belah Mall Mewah di Bangkok? Harap-harap Bukan Rosmah


Sebuah foto dapat memberi gambaran yang palsu, apapun rakyat berharap ia bukan foto Rosmah
PETALING JAYA: Di kala negara dilanda bencana banjir di tambah dengan bencana AirAsia, pemberitaan di akhbar-akhbar dan di portal online malah lebih banyak mempersoal ketiadaan isteri Perdana Menteri kita di dalam negara.
Khabar angin menyatakan di saat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bergegas pulang dari percutiannya di Hawaii, Datin Seri Rosmah Mansor memilih untuk tidak pulang menemani suaminya ke kawasan yang di landa banjir.
Nah, kemunculan sebuah foto seorang wanita yang sangat mirip isteri Perdana Menteri kita sedang melakukan aktiviti berbeli belah di sebuah mall mewah (Chidlom Mall) di Bangkok di sebuah situs online akan membuat lebih ramai orang bercakap; apalagi bila Najib sendiri tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai penggunaan jet rasmi kerajaan.
Pagi tadi, FMT dalam satu komentarinya membawa berita para kritik di media sosial menyatakan kehairanan mereka kenapa jet rasmi kerajaan ditinggal di Amerika Syarikat sedangkan Perdana Menteri mengambil jet militari untuk pulang ke tanahair.
Dengan demikian, ramai yang menyimpulkan bahawa kejadian ini adalah disebabkan oleh Rosmah Mansor yang terkenal dengan kegemarannya untuk berbeli belah dan melancong.
Pejabat Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa pesawat rasmi kerajaan di tinggal di Amerika Syarikat atas sebab-sebab urus-selia, namun kemunculan foto ini di dunia maya menidakkan penjelasan Pejabat Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment