Monday, 29 December 2014

KONONNYA DAPAT ILHAM DARI MAHLUK ASING



LONDON – Seorang pelukis di sini mendakwa dia telah dikunjungi oleh makhluk asing sebanyak enam kali dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Pelukis itu, Lloyd Canning, 33, berkata, dia pertama kali merakamkan gambar makhluk asing selepas melihat sebuah kapal angkasa besar berlegar-legar di atas keretanya pada tahun 2005.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari kejadian tersebut, bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia seolah-olah dipaksa melukis imej makhluk asing yang mahu berkomunikasi dengan manusia.

Sejak itu, Canning berkata, dia gemar menghasilkan imej-imej berbentuk makhluk asing dan potret planet, namun merahsiakan kesemua koleksi itu kerana khuatir orang ramai akan mentertawakannya.

"Malah, sejak kejadian itu, saya sering terbayang-bayang imej makhluk asing pada setiap minggu. Apabila keadaan itu berlaku, saya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melukis imej-imej tersebut.

"Saya terpilih mungkin kerana seorang pelukis. Mereka mahu menggunakan saya supaya dapat memberitahu orang ramai mengenai kehadiran mereka menerusi karya lukisan," jelasnya.

Menceritakan mengenai imej itu, dia berkata, dia pernah melihat satu objek besar tetapi tiada sayap.

"Objek berbentuk bulat itu berterbangan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Namun, saya tidak nampak seluruh kapal angkasa makhluk asing berkenaan kerana amat besar," jelasnya.

Bagaimanapun, selepas bertahun-tahun menyimpan kebanyakan karya yang berbentuk makhluk asing, Canning berkata, dia kini bercadang mempamerkan kesemua koleksi yang menyeramkan itu kepada orang ramai.




No comments:

Post a Comment