Sunday, 16 November 2014

4 GAMBAR: rusia dedah jet Ukraine tembak MH17


Moscow : Sebuah stesen televisyen utama di Rusia semalam menyiarkan satu imej satelit yang menunjukkan sebuah jet pejuang menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) di timur Ukraine, pada 17 Julai lalu.


Stesen televisyen Channel One TV mendakwa, imej satelit yang dibocorkan tersebut adalah bukti kukuh bahawa Ukraine bertanggungjawab dalam tragedi yang membunuh semua 283 penumpang pesawat MH17 itu.

Imej itu dikeluarkan ketika Presiden Rusia, Vladimir Putin dan beberapa pemimpin Eropah menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 di Australia.

Seorang penyampai berita Channel One TV, Mikhail Leontiev berkata, imej itu diberikan oleh satu sumber misteri dan ia menunjukkan sebuah pesawat pejuang MIG-29 dipercayai milik Ukraine menembak jatuh MH17.





“Mereka sengaja menyembunyikan kejadian ini dan mempunyai semua maklumat penuh,” katanya.
Ujarnya, imej itu yang dirakam oleh sebuah satelit pengintip asing merakamkan detik-detik pesawat MH17 terbang di ruang udara Ukraine sebelum ditembak jatuh.

“Untuk memalsukan sesuatu seperti imej ini anda perlu menjadi seorang yang sangat profesional berbanding seseorang yang mempunyai kebenaran untuk mendapatkan maklumat seperti ini,” tambahnya.

Timbalan Presiden Kesatuan Jurutera Rusia, Ivan Adrievskiy yang ditemubual oleh stesen televisyen tersebut mengesahkan bahawa imej satelit berkenaan adalah asli.

“Daripada koordinat gambar ini menunjukkan kemungkinan ia dirakam oleh sebuah satelit pengintip milik Amerika Syarikat (AS) atau Britain,” katanya.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda me–nuju ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di timur Ukraine yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

Negara Barat termasuk AS sebelum ini menuduh pemberontak pro-Rusia bertanggungjawab menembak jatuh MH17 dengan menggunakan peluru berpandu darat ke udara yang dilancarkan dari pelancar BUK.
Bagaimanapun, Moscow yang beberapa kali menafikan dakwaan tersebut mengeluarkan satu maklumat radar yang menunjukkan ada sebuah pesawat lain berada berhampiran MH17 sebelum ia ditembak jatuh. 


Credit : Agensi


No comments:

Post a Comment