GAMBAR HIASAN..
Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya berkecai
selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika
berkunjung ke sebuah pusat hiburan, tiga hari lalu.
Kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu turut mendakwa menanggung
kerugian kira-kira RM30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan kekasih dikenali
sejak lebih setahun itu.
Menurut sumber, lelaki itu langsung tidak menyangka kekasihnya berusia 20-an
sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit
pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.
Katanya, terkejut dengan perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan penjelasan
dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia mengakui seorang
pondan.
“Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu kerana sebelum ini dia langsung tidak
mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan berperwatakan lemah lembut
serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia yakin kekasihnya itu wanita.
“Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan simpanan
sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih sayangnya
terhadap kekasihnya itu,” katanya.
Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di Balai Polis
Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas kekasihnya itu sebaik
tembelangnya terbongkar.Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima
laporan kes itu.
No comments:
Post a Comment