Ingatkan nenek tua mana la yang meng’upload’ gambar di laman media sosial . Namun sangkaan salah apabila mengetahui nenek tua itu hanya seorang gadis remaja yang berumur 16 tahun. Alangkah terkejutnya, muka tidak melambangkan umur yang sebenar.
Zara Hartshorn , yang berasal dari Rotherham, Yorkshire selatan terpaksa hidup di dalam dunia gelap selama 5 tahun gara-gara perubahan muka nya yang ketara. Dia terpaksa menahan pahit apabila sering menjadi mangsa ejekan dan kutukan kawan-kawanyan kerana raut wajahnya.
Menurut doktor yang merwat Zara, difahamkan Zara mengalami keadaan genetik yang jarang sekali berlaku di dunia. Proses penuaan berlaku dengan pantas sekali. Zara memberitahu media bahawa ia mewarisi genetic daripada ibunya iaitu lipodistrofi yang membuatkan kulitnya nampak berkedut dan tidak cantik.
Kisah sedih Zara telah mendapat liputan media. Seorang pakar bedah di Amerika Syarikat menawarkan khidmat pembedahan plastik secara percuma kepada Zara. Jangan terkejut yer kalau wajah Zara berjaya diubah menjadi seorang awek muda dan difahamkan kini dia mempunyai kekasih hati.
Inilah dunia.. Tidak selamanya berduka. Masih ada pihak yang prihatin tentang masalah kita kan.. Untung cik Zara yer…
No comments:
Post a Comment