Monday, 9 June 2014

Penjelasan Sebenar Isu Polis Makan Ais Krim Di Sisi Mangsa Kemalangan!!



 Kejadian berlaku ditempat susur 4 Jalan Tun Razak, Johor Baharu. Anggota MPV tersebut telah mendapat panggilan daripada Ibu Pejabat Johor Baharu Selatan untuk menghala ke tempat kemalangan yang melibatkan sebuah m/sikal dan Teksi.

Mangsa penunggang motorsikal lelaki melayu telah mengalami cedera patah kaki. Bantuan ambulnce telah diminta tetapi dalam hampir 1jam lebih baru sampai. Sementara menunggu bantuan ambulance keluarga mangsa telah memberi ais krim kepada anggota polis berkenaan sebagai menghargai bantuan yang telah diberi.

Anggota polis tersebut telah nemberi bantuan sehingga selesai dan mangsa dihantar ke hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu.

So kepada orang yang mengambil gambar ini yang tidak tahu cerita sebenar jangan lah memandai-mandai ya.

Walaubagaimana pun menurut info, pihak polis akan/telah mengambil tindakan tatatertib ke atas anggota polis tersebut. Cuba bayangkan jika anda ditempat anggota polis tersebut, menjadi tanggungjawab untuk membantu orang awam yang dalam kecemasan berdiri di dalam panas terik begitu kemudian jasa dan penat lelah anda akhirnya di balas dengan denda yang tidak sepatutnya....Apa perasaan anda? sumber http://infodalamtalian.blogspot.com/


View the original article here

No comments:

Post a Comment