Monday, 1 December 2014

Tanda Tanda Dia Suka Kamu





anda dia suka kamu:-





Banyak gadis datang bertanya kepada teman mereka, Kau rasa dia suka aku tak? Hakikatnya mereka masih berteka-teki kerana bimbang dilabelkan syok sendiri.





Bukan saja kajian, tapi realitinya gadis memang cepat jatuh cinta. Mereka lebih sensitif dan mudah merasai sesuatu perkara terus ke jiwa. Berbanding lelaki, mereka adalah golongan manusia yang diberikan kelebihan untuk lebih rileks.



Jarang sekali kita melihat lelaki yang mudah lafaz kata cinta tapi tidak dinafikan ada juga spesis begitu yang masih wujud. Itulah romeo dan mat jiwang yang sememangnya cepat sungguh rasa syok pada perempuan yang mereka jumpa.



Tapi perlu diingat, jangan pula gadis cepat perasan kerana kebanyakan lelaki hanya bersikap begitu untuk `test market' saja tanpa niat lebih. Kata mereka, umpan dengan ayat saja, kalau dapat satu bonus tapi kalau tidak mengenai pancing, tidak mengapa kerana peluang mencuba sentiasa ada.



Justeru jangan cepat rasa selesa apabila terima kiriman salam atau usikan daripada lelaki. Mereka memang golongan yang ego dan tidak mudah mengaku kalah terhadap sesuatu perkara.



Bagaimanapun, ada rahsia sebenarnya lelaki tidak mampu sembunyikan apabila mereka benar-benar sudah jatuh cinta.





10 tanda lelaki angau untuk rujukan gadis di luar sana:-



Namun peringatan kepada gadis bertuah yang melepasi kesemua rahsia yang dibentangkan, jangan pula kamu berdiam dan tidak memberikan reaksi kepada mereka kerana lelaki adalah golongan yang cepat putus asa apabila berkaitan kisah cinta.



Bukan tidak serius sebaliknya ego mereka akan tercabar kalau percubaan dan usaha mereka ditolak mentah-mentah. Jadi jangan pula kamu sombong atau cuba lagi dengan ujian lain kerana nanti dia akan bosan dan letih dengan sikap kamu.



Tanda mereka berminat mengenali kamu sudah terang, tapi jika dia bukanlah lelaki pilihan yang memenuhi ciri yang kamu inginkan, cakap lebih awal sebelum dia semakin angau kepada kamu.



Ingat, berdosa permainkan perasaan orang!





Perhatian lebih :-



Sesetengah lelaki rasa tak `cool' kalau terlalu menunjukkan rasa sayang atau minat terhadap gadis pilihan. Kononnya tidak mahu lelaki lain memperlekehkan mereka. Maklumlah sikap ego tidak dapat ditepis sebaliknya hanya mampu dikurangkan saja.



Justeru tidak mudah mendapat perhatian daripada seseorang lelaki yang masih di tahap mencuba atau mengurat. Namun mungkin selepas kamu memberikan sedikit reaksi positif terhadap percubaan mereka, tidak mustahil ada langkah seterusnya diambil.



Lantas ketika itu, lelaki yang dulunya acuh tak acuh terhadap kamu, kini sudah tidak kelihatan. Si dia mula memberikan beribu perhatian kepada kamu.



Bukan saja menelefon bertanyakan khabar, kadang-kadang belum sampai lima minit bercakap, SMS pula masuk kononnya `awak jangan lupa makan yea'.



Itulah tanda lelaki sudah mula jatuh cinta kepada kamu dan serius untuk menjalin hubungan kerana si dia mula mengambil berat.





Ingat semuanya:-



Lumrah lelaki adalah golongan yang jarang serius terhadap perkara remeh. Bayangkan, ada lelaki yang lupa akan tarikh lahir pasangannya apatah lagi tarikh ulang tahun perkahwinan bagi mereka yang sudah bertahun-tahun berumahtangga.



Itu bukan tanda mereka tidak sayang tapi sudah termaktub lelaki memang tidak gemar ingat setiap satu tarikh atau kejadian yang dianggap ringan pada mereka kerana kononnya tidak mahu semakkan otak.



Bagaimanapun, mereka mampu berubah untuk memastikan apa yang mereka inginkan berjaya. Sama senario apabila mereka mula meminati diri kamu atau ingin mengenali dengan lebih rapat.



Mereka akan ingat setiap inci kisah atau setiap satu kejadian yang kamu ceritakan kepada mereka. Kiranya sepanjang perbualan antara kamu dan dia ketika `dating', semuanya didaftarkan di fikiran mereka tanpa gagal.





Sentiasa sedia:-



Menolong wanita atau kawan perempuan memang adalah sikap biasa untuk kebanyakan lelaki. Bukanlah pelik untuk mendapat bantuan daripada kawan lelaki terutamanya apabila kereta kamu meragam atau apa saja.



Tapi lebih istimewanya kalau si dia sudah mula mengharap sesuatu, apa saja yang kamu perlukan sudah tentu menjadi keutamaannya. Itulah tanda utama yang mungkin kamu boleh lihat apabila si dia sudah mula minat.



Malah lelaki tidak sekali menyusahkan gadis yang mula diminati. Tidak `macho' untuk meminta bantuan daripada wanita sebaliknya simbolik seorang lelaki sejati sekiranya mereka berpeluang menyelesaikan masalah gadis pilihan mereka.



Justeru tidak perlu bimbang kalau kamu berdepan sebarang masalah kerana lelaki yang sudah jatuh cinta dengan kamu akan sentiasa bersedia untuk membantu.





Tiada janji palsu:-



Kebanyakan lelaki berjanji kerana difikirkan perlu untuk memastikan pasangan mereka senyap atau mempercayai mereka. Malah ada yang berjanji untuk menyedapkan hati kekasih mereka.



Sebaliknya lelaki yang mula menunjukkan rasa sayang kepada gadis yang mula didekati, mereka tidak mudah menabur janji kerana bimbang tidak dapat menunaikannya. Kesannya akan membuatkan anda terguris atau serik.



Lantas mereka tidak sekali berjanji jika difikirkan tidak perlu. Tapi mulalah mereka akan mencari jalan untuk memastikan janji yang sudah dibuat ditunaikan juga kerana lelaki akan risau pada peringkat awal perkenalan, bimbang mereka akan dinilai.





Menerima seadanya:-



Bila si lelaki mula mencintai setiap kelemahan kamu itu bermakna dia betul-betul sudah mula memberikan perhatian kepada kamu. Itu adalah tanda dia mencari jalan untuk mendekati kamu.



Kadang-kadang lelaki sanggup berpura-pura bagi memastikan kamu tidak berkecil hati dan sentiasa selesa. Malah ada juga sesetengah lelaki yang suka memuji ketiak di tahap ini untuk mengambil hati kamu.



Contohnya memuji nyanyian kamu di karaoke walaupun ia tidaklah sesedap mana atau berpurapura kononnya tidak gemar menonton sinetron Indonesia kerana kamu terlebih dulu mengatakannya.



Namun sikap itu akan semakin pudar sebaik hati kamu sudah terkunci dan cinta terhadapnya kuat. Percayalah.



Layanan `kelas pertama`:-



Lelaki selalunya hanya bersikap biasa atau natural apabila dia menganggap seseorang itu hanya kawan. Bukan berkira tapi mereka bersikap bersahaja tanpa komitmen seperti mana lumrah mereka yang tidak gemar terikat.



Tapi apabila dia sudah mula meletakkan kamu di kedudukan yang istimewa, tentunya kamu akan dilayan dengan begitu baik ibarat puteri kayangan. Sanggup tunggu berjam-jam di luar rumah dan tidak kisah berhujan atau berpanas terik semata-mata ingin kamu melihat pengorbanannya.



Tapi jangan pula kamu mengambil kesempatan kerana jika salah percaturan, lelaki itu adalah pendendam, dia akan menuntut semula segala kebaikannya terhadap kamu jika perasaannya kamu permainkan.



Hanya kamu saja!



Istilah `cuci mata' atau saja mencuba nasib adalah sifat semula jadi lelaki. Mereka bukan ada niat untuk lebih sebaliknya hanya suka untuk mencari pandangan berbeza dengan melihat gadis lain walaupun sedang keluar dengan pasangan mereka.



Bagaimanapun sikap itu tidak akan sekali kamu lihat apabila keluar bersama. Itu adalah tanda yang si dia memang mula menaruh rasa terhadap kamu. Dia akan mula berkelakuan seperti kamu saja wanita yang ada dalam fikirannya.



Tapi besar kemungkinan takut gadis pula yang akan rasa seperti dikongkong atau rimas.





Sanggup curi masa:-


Masih adakah lelaki yang sanggup mengorbankan masanya terutama ketika bekerja hanya untuk berjumpa isteri tersayang? Kalau ada mungkin tidak ramai kerana pada lelaki, kerja itu lebih penting dan masa di pejabat saja untuknya lari daripada rasa terikat dengan tanggungjawab.



Sebaliknya apabila seseorang lelaki itu memang mula rasa minat pada kamu, dia akan cuba memberikan seribu alasan hanya untuk bertemu kamu. Tidak kira masa dan tempat, dia akan berusaha mencari jalan untuk dekat dengan kamu.





Tiada jawapan mengapa cinta kamu :-


Selepas bertemu lebih tiga kali, melihat pada gerak tubuh dan cara dia melayan kamu sebagaimana semua rahsia mereka yang dijelaskan di sini, cuba pula kamu tanya si dia mengapa agaknya dia ingin keluar dengan kamu.



Tanya pula mengapa dia begitu mengambil berat terhadap kamu dan alasan kerap menelefon kamu.



Jika lelaki itu sukar memberikan jawapan dan teragak-agak untuk menjawabnya, itu adalah tanda paling kuat yang dia sememangnya sudah jatuh cinta dengan kamu tapi tidak tahu cara terbaik untuk menterjemahkannya.



Mereka akan segan dan rasa kekok untuk berterusterang dengan kamu tapi jangan lupa dipaksa kerana bimbang dia akan menyifatkan kamu seorang gadis yang gemar mendesak. Sebaliknya biarkan kerana tidak lama lagi dia akan membuat pengakuannya.





Fikir bertemu orang tua:-



Apa agaknya langkah seterusnya untuk memastikan yang dia serius terhadap kamu dan bukannya bahan eksperimennya saja?



Lihat reaksinya apabila kamu bertanyakan untuk bertemu ibu dan bapa kamu. Jangan seperti merancang meminang kerana lelaki tidak suka terburu-buru sebaliknya ajak dia bertemu ayah kamu di tempat riadah atau menemankan kamu bertemu ibu membeli-belah.



Jika lelaki itu bersetuju dan menyatakan hasratnya yang tidak sabar, dia adalah calon paling sesuai untuk kamu terus bersama kerana dia sudah berani berdepan keluarga kamu walaupun masih di peringkat awal.

1 comment: