Monday, 9 June 2014

NIKAH HUJUNG TAHUN INI – YUS JAMBU PILIH MODEL





Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Demikianlah halnya dengan Yus Jambu, 38, yang awalnya tiada siapa yang memandang apabila hidup serba kekurangan.

Namun nasib Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus akhirnya berubah apabila dia menyertai Raja Lawak. Populariti Yus yang awalnya sedikit sejuk kemudian menjadi hangat di Astro apabila dia sering mendapat jemputan dan sekaligus menyertai Maharaja Lawak Mega.


Namun bukan kisah lama yang kami ingin ketengahkan, tetapi kisah pelawak popular itu yang bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.

"Persiapan tu dah buat dah sedikit demi sedikit, namun saya memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.


"Dia merupakan model sambilan dan juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat … Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya.

"Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu," ujar Yus ketika ditemui media di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha baru-baru ini.

Untuk makluman, Yus berkenalan dengan model tersebut melalui Facebook dan sewaktu pertama kali mereka bertemu, hatinya terus tertambat.

"Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa.

"Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.

"Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.

"Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya," ujarnya berseloroh.

"Saya sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun saya serahkan segalanya kepada takdir. Bukan apa, benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan Tuhan.

"Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.

"Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar… Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya," katanya yang merancang untuk membuat majlis resepsi bertemakan ala kampung.

"Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu… Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

"Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka…Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok.

"Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.


View the original article here

No comments:

Post a Comment