Saturday, 17 May 2014

Punca sebenar kereta viva rempuh pesawat MAS di KLIA!!!

Punca sebenar kereta viva rempuh pesawat MAS di KLIA - Kejadian tidak diduga kereta viva hilang kawalan lalu merempuh pesawat MH740 milik MAS menjadi perhatian orang ramai sepanjang hari ini.

Ramai menyifatkan kemalangan tersebut sebagai pelik dan tidak masuk akal. Ia berlaku di kawasan pemunggahan kargo MAS (Bay A2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 8.50 pagi, Khamis.

Menurut sumber, insiden itu didakwa berpunca daripada kelalaian pemilik kereta berkenaan yang gagal menarik brek tangan atau handbrake dengan kemas sehingga menyebabkan ia bergerak sendiri tanpa disedari.

Bagaimanapun, kedua-dua kereta dan kapal terbang terbabit tidak mengalami sebarang kerosakan teruk, hanya kesan calar pada badan masing-masing akibat bergesel.


- See more at: http://www.isusemasa.org/2014/05/punca-sebenar-kereta-viva-rempuh.html#sthash.kIdxpedG.dpuf

No comments:

Post a Comment