Saturday, 17 May 2014
FAZURA larikan diri??
NAMA Fazura hangat diperkatakan selepas aktres yang terkenal dengan filem Gol & Gincu itu didakwa bercium dengan teman baiknya, Randy Seeidman yang juga seorang Deejay dari Los Angeles.
Biarpun sudah menafikan dakwaan tersebut, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan aktres berkenaan apatah lagi dia sebelum ini seolah-olah pernah memberi respons mengenai isu terbabit.
Terbaru, ketika ditemui pada pelancaran wangian produk terbaharu Lux di Sunway Resort Hotel & Spa, teman media telah diingatkan oleh Pegawai Perhubungan Awam (PRO) supaya tidak bertanya mengenai isu peribadi atau kontroversi sehingga menampakkan seolah-olah Fazura cuba lari daripada menjawab lagi isu berkenaan.
Sebaliknya Fazura hanya lebih senang memperkatakan mengenai perkembangan seninya dan juga pendapatnya mengenai wangian Lux.
Menurutnya wangian Lux menimbulkan aura dan menaikkan semangatnya untuk bekerja serta menjalani jadual kerja yang padat.
“Wanita boleh menguasai dunia, justeru kita perlu sentiasa yakin dan pandai menjaga diri.
“Sesibuk macam mana pun mesti cari masa untuk jaga kecantikan. Dengan sedikit wangian kita akan nampak segar walau telah menjalani hari yg memenatkan,” katanya yang akan muncul dengan dua filem terbaru antara Manisnya Cinta Di Cappadoccia.
Berkongsi mengenai perkembangan butiknya; House Of Doll, Fazura berkata: “Saya memang ada perancangan nak buka cawangan tetapi saya tidak berani untuk berkata lebih kerana belum ada sebarang perancangan rasmi dan saya juga risau andai ada halangan kelak,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment