Showing posts with label MEDIA. Show all posts
Showing posts with label MEDIA. Show all posts

Tuesday, 27 May 2014

5 Gambar basah Iqa Mentor di Parti Media Hiburan

Gambar basah Iqa Mentor di Parti Media Hiburan - Dah lama kita tidak mendengar cerita tentang bekas peserta program Mentor musim kelima, Iqa atau nama sebenarnya Nasratullah Binti Mohd Nor, 28.

Pada tahun 2011, nama penyanyi didikan Edry Abdul Halim ini pernah hangat diperkatakan di ruangan akhbar, laman sosial dan blog hiburan apabila beberapa keping gambarnya dalam keadaan basah ketika hadir ke Splash Part Media Hiburan tersebar.

Kontroversi itu secara tidak langsung telah menaikkan popularitinya di mata peminat sehingga semakin dikenali berbanding peserta-peserta program mentor lain. Bukan sahaja memiliki raut wajah seperti selebriti hollywood malah dianugerahkan bentuk badan yang cantik.














View the original article here

Tuesday, 15 April 2014

MELAMPAU! Media Australia Fitnah Co-Pilot Pesawat #MH370

type='html'>

Nampaknya pihak media Australia dah mainkan isu ni dan menjadikan ia hangat di negara berkenaan dan seterusnya memburukkan suasana dan pihak Malaysia Airlines sendiri. Ini sudah melampau! 

Entah apa motif media Australia ini. Setakat bergambar je sudah dilabelkan sebagai playboy. Begitu rendahnya tahap profesionalisme media Australia. Langsung tiada etika sebagai wartawan antarabangsa. 

Jika co-pilot itu playboy sekali pun, itu adalah kisah peribadi dirinya. Kisah peribadi adalah hak peribadi. Apa kaitan sikap playboy dengan isu kehilangan pesawat MH370? Nampak sangat kebodohan media Australia ni kan.


Apakah Playboy itu hina dan haram di mata pihak Australia? Tetapi gay, lesbian, bioseksual itu halal pula di mata media Australia?

Dua wanita yang mendedahkan gambar itu juga nampak sangat nak cepat jadi famous di mata dunia. Langsung tak hormat keluarga co-pilot. Kerajaan Malaysia & keluarga co-pilot perlu saman media Australia yang dilihat sengaja memburukkan co-pilot MH370 ini.SUMBER

View the original article here

Saturday, 1 March 2014

SULTAN BRUNEI SUARAKAN KEMURKAAN KEPADA MEDIA SOSIAL


BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyuarakan kemurkaan dan mengarahkan pengguna media sosial berhenti mengkritik rancangan beliau untuk memperkenalkan undang-undang syariah di negara itu.

Hassanal, salah seorang individu terkaya dunia pada, Oktober lalu mengumumkan bahawa Brunei akan melaksanakan undang-undang syariah seperti sebatan, pemotongan anggota badan serta hukuman rejam sampai mati mulai 1 April ini.

Tindakan Cetus Kritikan

Tindakan itu mencetuskan kritikan daripada media sosial, satu-satunya kaedah rungutan awam membabitkan pihak berkuasa negara itu dengan tindakan mempersoalkan Sultan dielakkan.

Dalam titah ucapan hujung minggu lalu, Hassanal memberi amaran keras kepada pengkritik beliau.

“Mereka tidak boleh dibenarkan melakukan penghinaan ini tetapi jika ada elemen yang membolehkan mereka dibawa ke mahkamah, mereka akan menjadi yang pertama merasai pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah pada April,” katanya menurut salinan ucapan yang diterbitkan media kerajaan.

Beliau tidak memperincikan bagaimana pengguna media sosial boleh didakwa di bawah undang-undang Islam itu. Sultan kekal sebagai individu amat dihormati di negara 400,000 penduduk itu yang menikmati taraf hidup tertinggi di Asia.

Bagaimanapun, beberapa minggu lalu perdebatan internet berlaku membabitkan penyokong undang-undang berkenaan dan mereka yang amat bimbangkan pelaksanaannya.

“Amat menakutkan untuk memikirkan kami mungkin direjam dengan batu sehingga mati kerana menyintai atau didenda kerana meminati sesama jantina dan pakaian kami turut dikawal,” kata satu kiriman internet.

Brunei mempunyai penggunaan dan kadar penembusan media sosial terbesar dunia. Undang-undang syariah memperuntukkan hukuman mati kepada zina, potong tangan kerana mencuri serta sebatan dalam kesalahan seperti pengguguran, minum arak dan homoseks.

Negara itu melaksanakan ajaran Islam konservatif berbanding jiran Islamnya, iaitu Malaysia dan Indonesia dengan mengharamkan jualan arak dan mengehadkan agama lain.

Ia juga mempunyai dua sistem perundangan, iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang mengendalikan kes perkahwinan, pewarisan harta dan banyak isu kecil lain.

View the original article here

View the original article here