Wednesday, 19 March 2014

Nahas Misteri Pesawat Adam Air 2007(tribute cerita MH370)


Telah cukup 1 minggu sejak kehilangan pesawat tersebut, tetapi tiada sedikitpun petunjuk yang nyata akan lokasinya. Di daratan, di lautan atau sebahagian di darat dan sebahagian di lautan?
TV malam kelmarin, 8.1.2007 melaporkan bahawa telah dijumpai satu hingga tigakepingan besi di sekitar lautan kawasan sekitar pencarian, dipercayai serpihan bangkai pesawat ini. Adakah ini sekadar khabar-khabar angin untuk menyenangkan hati orang awam, Wallahualam.
Namun, jauh di sudut hati, kita semua berdoa agar ditemukanlah pesawat itu dengan seberapa segera.
TEORI LEDAKAN DI UDARA ( seperti di media Indonesia)
Jika pesawat itu meledak di udara di altitud tertinggi sekitar 40000 fts, disebabkan tekanan atmosfera [air pressure] yang tinggi, maka sisa cebisan pesawat itu menjadi lebih halus dan akan tersebar ke kawasan yang puluhan kilometer nautika luasnya.
Namun andaian bahawa semua serpihannya tenggelam ke dalam laut, dan hilang dihanyutkan arus dasar laut yang deras adalah agak mustahil.
Pasti ada cebisan-cebisan yang timbul di permukaan laut. Namun inilah andaian yang paling popular setakat ini, untuk menyenangkan hati semua pihak.
Jika semasa ledakan berlaku, pesawat berada pada altitud sekitar 10000fts maka serpihan sisa ledakan mengikut teorinya adalah lebih besar fragmennya serta mudah dilihat.
Dalam sejarah kes pesawat Korea yang meledak akibat bom yang dipasang agen-agen Korea Utara suatu waktu dahulu, selepas meledak dan jatuh ke dalam lautan sedalam 10000 fts, serpihan-serpihan pesawat itu masih bisa ditemukan dan dibawa ke permukaan.
Nov. 23, 1987 — A Korean Air Lines Boeing 707 was destroyed in a bombing by two North Korean agents. The two planted a bomb aboard the jet and deplaned in Abu Dhabi. The plane exploded en route to Bangkok at about 11:30 a.m. while over the Andaman Sea, killing all 115 aboard. The agents were arrested in Bahrain but consumed poison concealed in cigarettes. The male died, but the female survived and later implicated North Korea in plotting the bombing. Fatalities: 115
Adalah agak mustahil signal fungsi GPRS dari dalam black-box tidak dapat dideteksi. Signal itu sangat reliable dan selalunya bisa bertahan selama seminggu, 2 minggu atau lebih.
Binaan black-box sangat kokoh – dibuat dari steel yang sangat keras, dan sukar untuk musnah walaupun meledak akibat bom. Jika rusak pun mungkin terkemek sedikit di sana dan sini.
TEORI KEDUA: TURNED INTO ASHES
Ada banyak bom yang dipasang dalam pesawat, di cockpit, di cabin, di ekor…..bomnya pula canggih banget, tak dapat discan di bandara, maka setelah semua bom itu diledakkan serentak oleh seorang terrorist dengan menggunakan keypad handphonenya…….tiada apa satu pun sisa pesawat yang tinggal. :)…..Semuanya jadi berkecai sehaluss-halusnya hingga semuanya jadi tenggelam ke dasar laut, di dalam dasar laut pula menjadi sebahagian pasir-pasir dasar lautan….pasir-pasir itu pula dihanyutkan arus deras menghampiri kutub selatan….jika ada yang terapung di lautan adalah pun terlalu halus untuk dilihat team pencarian. Pakai teropong pun tak nampak.
Maka apalagi….? balik tidur ajalah, nggak perlu cariin lagi….
Ini sekadar gurauan.
Hakikatnya ini hampir menyamai teori pertama.
TEORI KETIGA : INVISIBLE TO THE NAKED EYE
Ia ghaib secara tiba-tiba..Tiba-tiba hilang dari radar. Dengarnya, pilot menghantar distress message kerana cuaca buruk, tetapi tidak melaporkan yang ia nya mengubah haluan akibat cuaca buruk tersebut.
Laporan yang mengatakan pilot mengubah haluan hanyalah merupakan andaian sahaja, kerana telah terputus hubungan dengan ATC.
Ghaib? Ini sungguh memalukan, teori apa ini? Di zaman millennium baru dan canggih kini mana ada cerita-cerita begini? Apa? Ghaib disorok jin dan makhluk halus? Ini seperti ajaran sesat.
Iya, agak sukar diterima untuk kita yang sudah ter’sesat’ dari menghayati kekuasaan Allah.
Baru sahaja berlaku dua tahun lepas, sebuah helikopter hilang di perhutanan Borneo, setelah seminggu, masuk ke dua minggu mencari, masih tak dijumpai, hinggalah pihak kerajaan terpaksa walaupun berat hati – terpaksa dalam keadaan kurang merelakan – meminta bantuan RUFAQA untuk mencarinya.
Dan terbukti teori ini..ia telah ghaib disorokkan jin.
Tiada bukti forensik menunjukkan ia terhempas dari altitud tinggi.  Semasa penemuan, helikopter itu utuh, rusak sedikit sahaja, kayaknya ia telah tabrakan dengan mobil aja atau ya, yang lebih logik, tabrakan dengan speda motor.
Namun laporan rasmi mengatakan ia jatuh dari altitud tinggi.
Hakikat sebenarnya, laporan rasmi itu seharusnya begini…
Helikopter telah jatuh ke dalam hutan kawasan pergunungan dengan lemah lembut sekali, hinggakan pokok-pokok di kelilingnya semua utuh, tiada tanda-tanda patahan atau rusak, daun-daunnya tersusun rapi. Seolah-olah tiba-tiba helikopter itu dibuat dari lengkong atau jeli.

No comments:

Post a Comment