Wednesday, 19 March 2014

MH370 ‘Hilang’ : Misteri & Hikmah


Selepas lebih 24 jam pesawat MAS hilang secara tiba-tiba daripada pemantauan radar trafik udara di Subang, semakin banyak spekulasi timbul mengenainya.

Antaranya ialah;1. Kemungkinan terhempas. Tetapi menjadi tandatanya pakar kerana tidak ada komunikasi awal yang menunjukkan pesawat sedang mengalami sebarang masalah teknikal termasuk masalah cuaca. Pesawat hilang secara tiba-tiba dari radar!2. Kemungkinan pesawat terus tenggelam ke dalam laut. Namun mustahil tidak meninggalkan sedikit serpihan pun! Jika ianya berlaku juga, secara teorinya masih boleh dikesan oleh teknologi canggih masakini.3. Ada pakar mengandaikan bahawa pesawat B777-200, MH370 kemungkinan meletup secara tiba-tiba dan berkecai sama sekali atau bagaimana?4. Ada juga yang membuat telahan pintu kargo terbuka atau tercabut menjadikan pesawat boleh hilang di angkasa kerana hilang kawalan. Mungkin pesawat melayang-layang macam layang-layang putus tali?5. Timbul pula sangkaan dari pihak keselamatan yang mengatakan kemungkinan pesawat dirampas dan telah dibawa ke suatu destinasi yang tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak. Dakwaan ini dikuatkan lagi yang kononnya ada dua atau empat penumpang dikatakan menggunakan passport palsu.Apa pun, sehingga artikel ini ditulis, kehilangan pesawat ini masih berstatus misteri yang belum mana-mana pihak berani tampil membuat pengumuman rasmi tentang kedudukan sebenarnya.Ironinya ada beberapa fakta menarik di sekitar berlakunya peristiwa misteri pesawat MAS “hilang” seperti berikut;1. Pakar mengakui bahawa MAS sebuah syarikat penerbangan terkenal dan mempunyai rekod cemerlang selama lebih 37 tahun tanpa kemalangan ‘major’.2. Peristiwa ini berlaku selepas pada sebelah petang harinya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah dalam kes sodomi-ll oleh Mahkamah Rayuan.3. Malaysia telah pun diramal akan menjadi tumpuan dunia kesan dari keputusan Mahkamah Rayuan tersebut dan sekaligus menjelang PRK Kajang.4. Namun belum sempat Malaysia dihujani dengan macam-macam tuduhan atas nama politik, MAS telah menarik seluruh perhatian antarabangsa ke Malaysia atas peristiwa kemanusiaan dan ketuhanan!5. Berlaku satu senario mendadak terutamanya mesej atau status pengguna laman social atau media alternative berhubung peritiswa pesawat hilang ini iaitu “suara hati” yang mengajak seluruh dunia mengharapkan keajaiban dari kuasa TUHAN!Sekiranya sehingga kini akal manusia masih buntu tentang peristiwa kehilangan MH370, hati nurani atau roh sebenarnya tidak pernah buntu.Sejahil mana atau sejahat mana sekali pun seorang manusia itu, bila mana akalnya bertemu jalan buntu, maka hati teruslah terdetik, Maha Berkuasanya Allah Yang Maha Agung!Ia, itulah hati! Hati atau roh yang memiliki ‘rasa’ akan mudah kembali kepada Allah bila akal mengalami kebuntuan!Kehilangan MH370 sekali lagi Allah mengajak manusia supaya mahu insaf sekali gus mengalah dengan Allah. Secanggih mana pun teknologi ciptaan manusia, itu semua tetaplah tertakluk kepada izin dan kuasa Allah!Banyak peristiswa dalam sejarah seperti banjir besar di zaman Nabi Nuh, hancurnya kaum Samud, terbaliknya kaum Lut, tenggelamnya Firaun dan lain-lain yang diceritakan oleh Allah dalam Al Quran, supaya manusia mengambil iktibar.Allah Yang Maha Memiliki alam ini berhak melakukan peristiwa demi peristiwa yang besar-besar mau pun kecil agar manusia mau sedar dan kembali kepada Allah walau pun jumlah mereka yang sedar itu hanya segelintir sahaja!Sebagai contoh, padamnya api kaum Majusi yang berumur ribuan tahun dan bergegarnya istana Rom sempena kelahiran baginda Nabi, adalah satu cara Allah menyampaikan mesej ketuhanan kepada manusia.Maka salahkah kalau kita kaitkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di sekitar kita ini sebagai mesej-mesej dari Allah kepada manusia?Alam ini ibarat sebuah panggung yang sedang menayangkan berbagai gendre filem. Adakalanya filem aksi, filem sedih, filem fiksyen dan ada juga filem komedi.Pengarah Agung filem ini adalah Allah. Krew-krew filem ini terdiri dari para malaikat dan makhluk ghaib. Pelakun-pelakunnya pula adalah manusia.Semua filem hakikatnya membawa mesej ketuhanan. Menerusi filem-filem tersebut, Allah mahu bercerita tentang dirinya yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Bijaksana dan seluruh sifat kesempurnaan Allah yang tidak terhitungkan banyaknya.Sepertilah reaksi manusia yang beragam terhadap filem-filem Hollywood atau Bollywood dan lain-lainnya, begitu jugalah terhadap filem yang Tuhan tayangkan kepada dunia.Hanya segelintir yang dapat mengambil iktibar dan hikmahnya. Antara hikmah dan iktibar kehilangan MH370 setakat ini ialah;1. Sekurang-kurang manusia mahu berfikir dan kembali mengatakan hebatnya kuasa Allah walau pun untuk seketika!2. Tentu ada segelintir manusia yang beriman akan bertambah keimanan mereka. Sedangkan orang beriman dan bertaqwa itu sentiasa mengaitkan sesuatu peristiwa dengan Allah sekali pun kakinya tertusuk duri di jalanan!3. Mendorong manusia mengharap kepada kuasa Allah atau keajaiban dari Tuhan!4. Di Malaysia khususnya, sekurang-kurangnya meredakan persengketaan politik yang semakin hari semakin menjauhkan manusia dengan Allah.5. Mengalih pandangan dunia terhadap kekalutan politik di Malaysia kepada suatu peristiwa kemanusiaan dan ketuhanan! Dengan peristiwa ini, seolah-olah dunia sedang diajak untuk mengenal Allah melalui Malaysia!6. Isu politik, ekonomi, social dan bencana alam yang kian parah dari masa ke masa semacam terhenti seketika oleh satu babak menarik. Allah mahu mengajak manusia kembali kepadaNya untuk menyelesaikan semua masalah kehidupan yang sedang meruncing.7. Sekiranya kehilangan pesawat ini terus ‘hilang’, barangkali ianya isyarat besar menjelang peristiwa yang sangat besar di akhir zaman.8. Mungkinkah misteri ini akan menjadikan manusia yang bertuhankan akal mahu untuk tunduk kepada suatu kuasa roh oleh “Kerajaan Ajaib” yang ghaib?9. Apa pun hikmahnya hanya Allah Yang Maha Tahu. Di zaman Nabi Allah Nuh, Allah saw lakukan banjir besar di seluruh dunia, tetapi hanya sekitar 80 orang sahaja yang terus beriman dan makin kuat rasa bertuhan dalam diri mereka.10. Tidak hairan jika peristiwa apa pun Tuhan lakukan, hanya segelintir manusia yang mahu kembali kepada Allah dikeranakan peristiwa tersebut.Pesawat MH370 bukan sahaja telah pun menerbangkan seramai 227 penumpangnya lalu “hilang” tetapi diharapkan impaknya boleh pula membuatkan hati-hati manusia untuk terbang bertemu Tuhannya sehingga dunia ‘hilang’ dari hati mereka.Wallhu’alam.

No comments:

Post a Comment