Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, 28 June 2014

Video Let It Go Versi Ramadhan



Umum mengetahui, filem Frozen telah mencetuskan fenomena tersendiri terutama dalam kalangan kanak-kanak. Tidak hairanlah di sana sini kedengaran anak-anak kecil menyanyikan lagu ‘Let It Go’ dengan penuh perasaan.



Berikut adalah liriknya:

Di malam yang indah dan hening
Ku tak sabar menanti
Bulan yang sungguh istimewa
Bulan yang diberkati

Di dalamnya rahmat juga keampunan
Besar ganjaran yang dijanjikan

Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redhanya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa

Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja

Padanya diturunkan Al-Quran yang mulia
Di penghujungnya ada malam lebih baik dari seribu bulan

Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redhanya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa

Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja

Allah menjanjikan dua kenikmatan
Bagi hamba yang ikhlas berpuasa keranaNya
Nikmat di saat bila kita berbuka
Dan di saat kita berjumpa denganNya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa

Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja

Mudah-mudahan dengan cara ini, anak-anak kita bukan sahaja berhibur tapi pada masa sama terdidik tentang kelebihan Ramadan yang sudah semakin dekat menghampiri.
View the original article here

Thursday, 19 June 2014

Felixia Yeap Jangka Delete Semua Foto Seksi Sebelum Ramadhan



Felixia Yeap Jangka Delete Semua Foto Seksi Sebelum Ramadhan

Kasihan Felixia Yeap apabila gambar seksinya dikomen oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan ayat-ayat lucah. Walaupun kini sudah bertudung, gambar-gambar lama yang berjumlah ribuan itu masih belum dipadamkan oleh Felixia kerana kesuntukan masa. Namun buat peminat Felixia, anda jangan risau. Felixia menjangkakan kesemua gambar seksi itu akan berjaya dibuang sebelum Ramadhan ini.

Felixia Yeap

Untuk menunjukkan kesungguhannya memadamkan gambar-gambar itu, Felixia Yeap akan mengupah seorang pembantu peribadi. Kata Felixia:-

Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook. Justeru saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.
Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadhan ini.
Apa yang mereka komen pada gambar lama itu mengenai masa silam saya sebelum berhijab. Saya rasa golongan yang memberikan komen lucah ini merasakan diri mereka sangat baik dan lebih berkuasa daripada tuhan serta tidak pernah melakukan kesilapan.
Saya cuma boleh menyedarkan mereka apa yang mereka buat itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan kepada saya yang kini sedang mendalami agama Islam. Mereka perlu ingat bahawa setiap perbuatan kita dinilai serta dilihat tuhan kerana Dia lebih mengetahui.


Felixia Yeap

Fuh~~~ Pedas sungguh ayat Felixia Yeap. Tapi kesian dia. Baru nak belajar pasal Islam, tup-tup tengok perangai orang Islam lain macam. Nanti hilang semangat nak belajar dengan lebih mendalam. Tak gitu? Marilah kita memberikan contoh yang baik kepada Felixia.

View the original article here