Felixia Yeap Jangka Delete Semua Foto Seksi Sebelum Ramadhan
Kasihan Felixia Yeap apabila gambar seksinya dikomen oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan ayat-ayat lucah. Walaupun kini sudah bertudung, gambar-gambar lama yang berjumlah ribuan itu masih belum dipadamkan oleh Felixia kerana kesuntukan masa. Namun buat peminat Felixia, anda jangan risau. Felixia menjangkakan kesemua gambar seksi itu akan berjaya dibuang sebelum Ramadhan ini.
Untuk menunjukkan kesungguhannya memadamkan gambar-gambar itu, Felixia Yeap akan mengupah seorang pembantu peribadi. Kata Felixia:-
Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook. Justeru saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.
Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadhan ini.
Apa yang mereka komen pada gambar lama itu mengenai masa silam saya sebelum berhijab. Saya rasa golongan yang memberikan komen lucah ini merasakan diri mereka sangat baik dan lebih berkuasa daripada tuhan serta tidak pernah melakukan kesilapan.
Saya cuma boleh menyedarkan mereka apa yang mereka buat itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan kepada saya yang kini sedang mendalami agama Islam. Mereka perlu ingat bahawa setiap perbuatan kita dinilai serta dilihat tuhan kerana Dia lebih mengetahui.
Fuh~~~ Pedas sungguh ayat Felixia Yeap. Tapi kesian dia. Baru nak belajar pasal Islam, tup-tup tengok perangai orang Islam lain macam. Nanti hilang semangat nak belajar dengan lebih mendalam. Tak gitu? Marilah kita memberikan contoh yang baik kepada Felixia.
No comments:
Post a Comment