Showing posts with label Berzina. Show all posts
Showing posts with label Berzina. Show all posts

Tuesday, 10 June 2014

- ‘Izinkan Aku Berzina’ ++Mesti Baca

zina Izinkan Aku Berzina ++Mesti Baca

‘Izinkan Aku Berzina’ ++Mesti Baca|
Gadis (G) : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna (T) : Boleh ke?
G : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

T : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu.Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

G : Mari, duduk kat kerusi

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
T : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..

Hampir 5 minit senyap tanpa suara.Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering.Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
T: ehh. Sudah cik.Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
T : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
T : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
T : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
T : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
T : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
T : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa..25 ribu.Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit.Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

T : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
T : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah.Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
T : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik.Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak.Maksudnya lebih kurang jugaklah.Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari.Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
T : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh..acik sekarang saya da tau. Okeh.Soalan lagi.Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
T : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
T : hmm.
Ibu G : kenapa?
T : takda apa makcik. Soalan cepumas.Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
T : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan.Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu.Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.


T : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi.Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar.Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.Keduanya senyap tanpa suara.Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.Adat mengatasi agama.Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai.Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.Amatlah rugi.Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
T : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
T : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung.esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
T : ehh. Sory pakcik.Bukan saya nak cakap pasal agama.Tapi itulah hakikat sebenar.Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
T : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang.Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
T: Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik.Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia.Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina.Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya.Tapi lama-lama jadi berat-berat.Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : Apa kaitan kamu nak berzina pula ?
T : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin.kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya.Susah pakcik.Nafsu.Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik.Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err..berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
T : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
T : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda.Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung.Boleh nikah masa tu jugak.Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
T : betul dah tu pakcik. Hehe.Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus.Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin.itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis.Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama.Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya.Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya.Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya.Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi.Satu-satu kena.Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
G : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.
petang ni takde mood nak keluar, Sorry.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

View the original article here

Monday, 19 May 2014

Kes Raba Dan Ajak Berzina, NGO Gesa Penceramah Terkenal Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR 19 Mei – Penceramah bebas dan terkenal di Malaysia diminta supaya menafikan dakwaan salahlaku moral membabitkan dirinya.
2

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, pengakuan seorang gadis di dalam media sosial dilihat berupaya untuk menjatuhkan reputasi dan pengaruh penceramah terkenal itu.

“Pengakuan seorang gadis sunti yang bernama Maryam Mazlieynna Mazlee didalam ‘blog’ mengatakan, beliau diraba dan di ajak berzina oleh seorang ustaz dan penceramah terkenal.

“Saya menggesa dan menyarankan beliau atau menghantar wakil untuk membuat laporan polis dan dihebahkan untuk menafikan perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Jelas Abdul Rani, tindakan gadis berkenaan disifatkan tidak seharusnya berlaku apatah lagi ia membabitkan seorang penceramah dan ulama yang mempunyai pengaruh besar dalam negara.








Video Ehsan: KiniTV

“Tidak seharusnya beliau (Maryam) menulis didalam blog atau Facebook untuk memburuk-burukkan penceramah ini iaitu seorang ulama yang hebat, dituduh atau mungkin difitnah.

“Tidak mungkin seorang ustaz yang warak dan ramai pengikut malah saya juga salah seorang daripada peminat beliau, dituduh sebegini rupa,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rani berharap supaya pihak berwajib dapat menjalankan siasatan terperinci seterusnya dapat membersihkan nama penceramah ini daripada dipalit dengan tuduhan kotor.

“Jika tidak dipadam (kenyataan Maryam), ia akan dibaca oleh generasi akan datang dan akan terkejut dengan penyebaran ini sekaligus merosakkan nama baik penceramah tersebut.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) perlu menyiasat perkara ini,” tegas beliau.

Sebelum ini Maryam dilihat mengecam penceramah tersebut di dalam posting di dalam akaun Facebook bernama Maryam Mazlieynna Mazlee dengan mendakwa apa yang berlaku itu benar-benar berlaku.

“Ini bukan fitnah benar-benar berlaku!

Percayakah kalau aku kata **** pernah nak ‘tickle’ aku. Siap ‘booking’ bilik hotel, dia ingat dia siapa? Pergi jahanam dengan ****,” katanya.


* Bagi kami ia suatu fitnah yang berat, mana mungkin seorang penceramah terkenal boleh sesuka hati melakukan perkara yang bakal memalukan dirinya dan sedangkan beliau tahu akan kesannya, diharap pihak SKMM menjalankan siasatan kemungkinan akaun facebook yang digunakan adalah palsu dan gambar profil dengan nama Maryam mungkin diambil dari gambar individu tertentu untuk dijadikan kambing hitam. -Sekadar pendapat penulis.

Monday, 14 April 2014

Video: Gempar! Lagi pasangan Berzina Maut Ketika Lakukan Hubungan S@ks Di Indonesia!

Fuh! Video: Gempar! Lagi pasangan Berzina Maut Ketika Lakukan Hubungan S@ks Di Indonesia! - Bagi yang xkuat semangat mohon jgn tgk, ianya sangat2 ngeri dan bagi kanak2 yang baru berumur 18 tahun keatas, ibubapa harus ada disisi untuk menemani anda.. baca selanjutnya..


Misteri pasangan berzina yang maut dipercayai akibat melekat di bahagian kemaluan sering menjadi topik untuk blogger-blogger yang berkongsikan mengenai perihal dosa dan pahala, balasan Tuhan dan sebagainya.

Namun begitu, tidak ada pula yang mengupasnya dari aspek saintifik.

Foto dan video dikongsikan dengan komen-komen yang membabi buta tanpa berfkir.

Perihal ini turut berlaku di negara seberang, Indonesa. Sekeping foto yang memperlihatkan sepasang pasangan yang dikatakan maut akibat berzina dan melekat telah tersebar.

Sayangnya ramai yang cepat membuat kesimpulan, sedangkan gambar tersebut di ambil dari sebuah filem lakonan Julia Perez, Kutukan Arwah Santet!
Apakah yang sebenarnya berlaku?

Fenomena ini sebenarnya wujud dalam kehidupan manusia biasa, terutamanya kepada wanita. Ianya dikenali sebagai Vaginismus.

Apa pengertian vaginismus?

Vaginismus adalah keadaan di mana alat sulit wanita mengalami kekejangan otot dibahagian satu pertiga alat kelamin dan sekitar vagina. Tahap kekejangan ini berbeza mengikut wanita.

Fenomena ini berlaku soalah-olah suatu reaksi penolakan untuk melakukan hubungan kelamin hinggalah ke tahap sentuhan pada alat sulit. Situasi ini boleh dilihat dengan keadaan wanita yang sering mengepit kedua kakinya apabila ianya 'menyerang' seseorang. Menurut kajian, hanya 2-3% wanita dewasa mengalami sindrom ini.

Faktor-faktor vaginismus

Vaginismus boleh  disebabkan oleh faktor fizikal ataupun psiko. 

Beberapa faktor fizikal ialah:

* Gangguan selaput dara, termasuk sisanya yang tertarik kalau terjadi penetrasi penis.
* Infeksi yang menyebabkan luka di sekitar lubang vagina atau labia.
* Bekas koyakan selepas melahirkan anak yang tidak sembuh dengan baik.

Beberapa sebab psikis adalah:

* Latar belakang keluarga yang memandang seks sebagai sesuatu yang kotor, dosa atau memalukan. Jadi wanita itu dibesarkan dengan anggapan bahwa seks adalah sesuatu yang negatif.
* Pengalaman seksual yang traumatik, misalnya wanita yang pernah dperkosa baik pada masa kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. Kalau pengalaman yang mengerikan itu terjadi setelah wanita berkahwin, ia dikenali sebagai vaginismus sekunder.
* Hubungan seksual yang kerap dan menimbulkan rasa ngilu akibat psiko. Kegagalan ereksi juga dapat menjadi penyebab.
* Rasa takut yang berlebihan untuk hamil.
* Rasa takut terkena penyakit kelamin.

Apa akibatnya?

Akibat kekejangan otot vagina sepertiga dibahagian luar, maka hubungan seksual tidak dapat berlangsung. Ini menyebabkan zakar melentur secara melampau dibahagian yang menutup vagina. Andainya penetrasi zakar dapat dilakukan, ianya tidak sempurna dan menimbulkan rasa sakit yang teruk.

Jom tonton filem Kutukan Arwah Santet di bawah ini...

View the original article here

Tuesday, 4 March 2014

Foto: Pasangan Berzina Dimandi Air Longkang

type='html'>Bukan cerita terkini, namun ada baiknya saya siarkan untuk dijadikan iktibar.

Menurut sumber artikel ini, seorang pelajar lelaki sekolah menengah dan pasangannya yang masih bersekolah rendah ditangkap khalwat di tandas sebuah sekolah di Panton Labu, Aceh Utara.

Menurut sumber berita, kedua-duanya dikatakan sering melakukan hubungan kelamin sehinggalah
berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.

Selepas ditangkap, pelajar lelaki itu bersedia untuk bernikah dengan pasangannya sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah itu.

Namun, sebelum itu, penduduk Desa Meunasah Manyang, Kecamatan Ingin Jaya, Aceh Besar telah memandikan pasangan itu dengan AIR LONGKANG.

Selesai dimandikan, kedua-duanya telah diarak dari sekolah ke Desa Meunasah Kota Pantonlabu.

Tidak dinyatakan secara jelas sama ada remaja ini dikahwinkan sejurus selepas itu atau perbuatan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Sumber 


View the original article here

Monday, 3 March 2014

Sumbang Mahram - Ibu Dan Anak Mati Melekat Akibat Berzina

type='html'> type='html'>

Kes persetubuhan ibu dan anak yang tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo. Kini, ibu dan anak itu telah meninggal dunia. Bilakah keduanya meninggal dunia masih menjadi pertanyaan.

Menurut maklumat dari Gorontalo Post, ibu yang berusia 30-an tahun dan anak yang berusia 15 tahun tersebut meninggal beberapa jam selepas berada di bilik pembedahan salah sebuah hospital di Gorontalo. 

Ada desas desus yang mengatakan keduanya masih sempat bertahan beberapa hari sebelum meninggal dunia. Setelah menyelidik di Gorontalo Post, didapati ibu dan anak tersebut meninggal setelah pasukan perubatan berusaha melakukan pembedahan untuk memisahkan keduanya. 

Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaan kedua-duanya amat kritikal. Doktor tiada jalan lain untuk memisahkan keduanya selain melakukan pembedahan. 

Setelah melakukan pembedahan, keduanya meninggal dunia. Mayat kedua beranak itu dituntut keluarga secara tertutup.

View the original article here


View the original article here