1. Mendoakan dan
Bersyukur dengan pemberian suami
Tindakan Isteri yang paling disukai oleh Suami dan membuat semua Suami di dunia
ini akan merasa sangat bahagia adalah apabila isteri selalu bersyukur dan
berterima kasih kepada suami atas pemberian suami (tempat tinggal, makan dan
pakaian dll) tanpa mengeluh dan mengucapkan syukur pada Allah, seharusnya lagi
Isteri sentiasa sabar beribadah memohon pada Allah untuk mendoakan suaminya.
2. Setia ,Bersikap jujur dan terbuka pada Suami.
Suami bahagia jika isteri tidak membohonginya, setia dan selalu terbuka
bercerita pada suaminya tentang keadaan dirinya dan orang-orang disekitarnya.
3. Tidak menangguh-nangguhkan perintah suami.
Suami sangat menyukai jika perintahnya segera dilaksanakan, dan akan merasa
kesal jika ditangguhkan .suami akan berfikir bahawa si isteri tidak menghargai
dan berdegil dengan suami.
4. Menyimpan dengan baik nafkah dari suami, tidak boros
dan bijak dalam membelanjakan nya.
Suami akan bahagia jika isteri tidak boros, membelanjakan penghasilan dengan
bijak dan menabung nafkah yang diberi
oleh suami meskipun sedikit untuk digunakan apabila darurat
5.Menyediakan
keperluan harian suami.
Contohnya menyediakan pakaian kerja, menyediakan makan minum dan yang paling
penting dapat makan bersama suami
6. berpakaian dengan sesuai untuk meningkatkan selera
Suami.
Suami akan suka dan bahagia melihat isteri jika isteri berpakaian cantik dan
sentiasa “seksi” dimata suami
7. Mesra pada suami.
setiap pagi selepas bangun dari tidur. cium pipi suami sambil mengucapkan :
Bangun sayang… atau tiba–tiba memeluk suami sambil mencium pipi .
8. Memberi waktu dan menyiapkan perlengkapan
Suami
akan merasa sangat bahagia jika hobinya dapat dilakukan dan isteri memberikan waktu yang cukup untuk
suami dengan hobinya .apalagi jika isteri menyiapkan keperluan yang berkaitan
dengan hobi suami .
9. Berdandan dan Wangi sebelum tidur.
Sebelum tidur mandi, menghias diri amat penting, memakai wangian dan pakaian
tidur yang disukai suami. Meskipun suami lagi tidak “berhasrat” tapi niat isteri
untuk berhias dihadapan suami membuat suami tidur dengan tersenyum
10. Bangga pada perbuatan dan sikap suami.
Suami akan sangat bahagia jika tindakan atau perbuatannya membanggakan isterinya
dan isteri mengucapkan puji pujian dengan suaminya dan membanggakan suaminya di
hadapan orang lain .
No comments:
Post a Comment