Sunday, 25 January 2015
Tip Curi Masa Untuk Anak
Tip Curi Masa Untuk Anak
Lapan jam melakukan tugasan di pejabat sdah cukup menekan anda, apatah lagi apabila anda terpaksa menggunakan lebih dari tempoh tersebut untuk bekerja. Anak-anak di rumah diabaikan. Jadi bila masa untuk anda menghabiskan masa bersama? Jika anda tidak memiliki waktu yang tepat bersama keluarga, ikuti langkah berikut:
Berada di dua tempat sekali gus
Apabila anda keluar bekerja, buatlah supaya anak anda mengingati anda. Mudah sahaja. Calitkan wangian anda pada pakaiannya agar dia berasa selalu dekat dengan anda. Anda boleh juga merakam suara atau tinggalkan pesanan bagi menunjukkan anda prihatin terhadap mereka.
Gunakan waktu sebaik mungkin
Jika anda harus bekerja pada malam hari, usahakan menemani si kecil ketika tidur pada siang hari. Gunakan waktu sebaik mungkin sepanjang masa pada siang hari.
Teruskan rutin
Jangan biarkan masa kerja anda yang tidak tetap mengganggu aktiviti sehari-hari. Anda memerlukan konsistensi di rumah agar mereka berasa selesa. Memastikan waktu makan, mandi dan tidur dilakukan secara teratur. Biarkan aktiviti mereka pada siang hari dilakukan pada siang hari, begitu juga pada malam hari.
sumber: Mingguan Wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment