Thursday 28 August 2014

POLIS NAFI DEDAH MAKLUMAT WANITA MELAYU JIHAD SEKS



Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dedah maklumat tiga wanita Malaysia terlibat dengan kumpulan Negara Islam Iraq & Syria (IS) seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, laporan yang dikeluarkan bukan diperolehi dari sumber rasmi jabatan itu. 

"Polis akan mengambil tindakan susulan bagi menentukan kesahihan maklumat tersebut demi memelihara kepentingan dan nama baik negara," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan tadi.

Sebuah portal berita semalam menyiarkan mengenai dakwaan penglibatan tiga wanita Malaysia dalam kumpulan IS dengan memetik sumber seorang pegawai kanan risikan.

Laporan itu turut memetik wanita terbabit turut terlibat dalam Jihad al-Nikah iaitu sebuah konsep perjuangan yang didakwa membolehkan wanita berkahwin dengan pejuang untuk membentuk pemerintahan Islam. - See more at: http://www.utaranews.com/2014/08/polis-nafi-dedah-maklumat-wanita-melayu.html#sthash.MElGL6vK.dpuf

No comments:

Post a Comment