Friday, 4 July 2014

Pasukan Piala Dunia Algeria derma RM27 juta untuk Gaza


Jordan: Walaupun gagal ke pusingan suku akhir Piala Dunia, pasukan Algeria antara pasukan yang menjadi tumpuan media sehingga ini.
Difahamkan, pasukan Algeria akan menderma wang yang dimenangi semasa pusingan ke-16 Piala Dunia itu berjumlah RM27 juta.
Pasukan yang sangat menyerlah ketika perlawanan akhir mereka menentang Jerman Selasa lalu kelihatan lebih menyerlah walaupun di luar padang. 

Wartawan dari Jordan, Waleed Abu Nada berkata, penyerang Algeria, Islam Slimani mendedahkan bahawa mereka akan mendermakan kesemua wang Piala Dunia yang dimenangi kepada rakyat di Gaza, Palestin.
Foto
FOTO AFP

Menurut Slimani, pemain Algeria memilih berbuat demikian kerana merasakan wang tersebut lebih diperlukan rakyat Gaza berbanding mereka.

Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri daripada pasukan Algeria sekaligus menjadi contoh kepada pasukan-pasukan dari Afrika yang mana pasukan Ghana dan Cameroon sering berkelahi kerana wang

No comments:

Post a Comment