Tuesday, 15 April 2014

Sambut Birthday Di Kelab Haram, Ini Penjelasan Sebenar dari Mulut Nora Danish

type='html'>
Isu Sambut Hari Lahir Di Kelab Haram, Nora Danish Akui Sambut Di Bangunan Yang Sama
Media kini sedang kecoh memperkatakan tentang isu pelakon cantik ini yang didakwa menyambut ulangtahun kelahirannya di sebuah kelab malam haram.
Menurut sumber tersebut lagi, ibu kepada seorang anak ini sempat meloloskan dirinya daripada serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Tampil memberi penjelasan menerusi MIG Online, Nora Danish menyangkal dakwaan itu dan memaklumkan bahawa kad jemputan hari lahirnya yang ditemui dalam kelab malam haram itu telah diambil daripada sebuah restoran yang merupakan lokasi sambutan tersebut diadakan.
Isu Sambut Hari Lahir Di Kelab Haram, Nora Danish Akui Sambut Di Bangunan Yang SamaFoto Nora Danish bersama kad jemputan hari lahirnya
“Saya sendiri telah mengedarkan gambar-gambar saya menyambut hari lahir saya di sebuah restoran dalam laman Instagram di mana kad invitation yang saya letak di atas meja restoran telah diambil oleh pihak berkuasa sebuah stesyen televisyen dan mengatakan saya menyambut hari lahir berada di kelab yang tiada permit.
Ada kek yang dipaparkan dimana kek itu sudah terang lagi bersuluh bukan kek saya dimana mereka menyambut hari lahir ke 18 tetapi saya sudah 32 tahun.”
Isu Sambut Hari Lahir Di Kelab Haram, Nora Danish Akui Sambut Di Bangunan Yang SamaFoto sekitar sambutan hari lahir Nora Danish
Bagaimanapun, pelakon itu juga memaklumkan bahawa dia sendiri tidak tahu bagaimana kad yang pada asalnya diletakkan di luar restoran berkenaan berada dalam kelab malam yang didakwa beroperasi tanpa permit itu.
“Tempat itu adalah sebuah bangunan. Bangunan tu atas sekali dia helipad, buat restoran makan juga yang dipanggi The Roof, di bawah itu pula ada restoran bernama Signature, sebelah itu ada kantin dan kelab malam itu pula terletak di pintu lain. Ingin saya terangkan bahawa saya bukan celebrate birthday saya di dalam kelab malam tersebut.”
Dengan penjelasan yang diberikan, Nora Danish berharap agar spekulasi mengenai isu sambutan hari lahirnya di kelab malam haram itu dapat diselesaikan - Ohbulan

View the original article here

No comments:

Post a Comment