Tuesday 15 April 2014

MCA tawar khidmat terjemahan untuk keluarga penumpang MH370

type='html'>KAJANG: MCA menawarkan khidmat terjemahan kepada keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, dari negara China dan pihak kedutaan China di Kuala Lumpur.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bantuan itu perlu bagi memastikan Penyampaian maklumat yang tepat.

"Kebanyakan penumpang pesawat merupakan warga China dan mungkin anggota keluarga atau rakan niaga yang menetap di negara ini memerlukan khidmat terjemahan ketika mahu memperoleh maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat itu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan jentera Pemuda MCA bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kajang, di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden MCA yang juga calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil itu Datin Paduka Chew Mei Fun.

Pesawat MH370 tersebut yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dalam perjalanan ke Beijing.

MCA turut menganjurkan majlis mendoakan keselamatan penumpang pesawat dengan menyalakan lilin yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di sini malam tadi. - BERNAMA

View the original article here

No comments:

Post a Comment