Monday 3 March 2014

Ciri-Ciri Suami Menjadi Pilihan Neelofa


Walaupun pernah hangat digosipkan bercinta dengan pelakon dan pengarah Hans Isaac, namun sehingga ke hari ini baik Neelofa mahupun Hans tidak pernah mengakui kesahihan berita tersebut kepada pihak media.
Malah, ramai yang percaya bahawa gosip itu sengaja diadakan semata-mata untuk mempromosikan filem lakonan mereka, Lemak Kampung Santan. Namun baru-baru ini apa pula gosip terbaru Neelofa.




Ketika ditanya Sinar Harian mengenai lelaki pilihan untuk dijadikan sebagai teman hidupnya, Neelofa lebih selesa memilih lelaki lebih berusia sebagai calon suaminya.
Hos Nona ini juga menyatakan yang paling penting sekali calon suaminya harus mendapat restu daripada ahli keluarganya terlebih dahulu lebih-lebih lagi ibu kesayangannya.
“Saya seorang yang simple dan easy. Asalkan saya selesa dan paling penting disukai ibu saya itu sudah cukup.
“Tapi apa yang paling penting saya mahukan seorang yang bijak dan lebih berusia, kerana mereka lebih matang,” ujarnya lagi.
Neelofa juga mengakui dirinya tidak terlalu memikirkan hal mahu berumah tangga kerana mahu memberi fokus dalam mengukuhkan kariernya terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment