Showing posts with label sendiri. Show all posts
Showing posts with label sendiri. Show all posts

Monday, 16 June 2014

PANAS! Nabil Bidas Kritikan Cium Pipi Isteri Sendiri Di Paris




Baru-baru ini Nabil Ahmad dan isterinya, Nazira ke Paris untuk bercuti. Tapi sebetulnya kata Nabil dia ke sana bagi menjalani penggambaran sebuah telemovie berjudul Strawberi Karipap Lost in Paris. Alang-alang menjejakkan kaki ke kota yang popular dengan jolokan kota cinta itu,

Nabil dan Nazirah mengambil peluang mengabadikan gambar mereka di hadapan menara Eiffel. Namun apa yang mencetuskan sedikit isu panas ialah adegan pasangan suami isteri ini.

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik Nabil di laman Instgram miliknya, menunjukkan dia mencium pipi Nazirah. Foto tersebut telah mendapat beberapa komen pedas daripada sebilangan pengikut di akaun Instagramnya.

“Cium pipi. Itu lah yang saya pelik sikit tu sebab, minta maaf cakap la ya, ramai artis yang belum kahwin mereka pergi bercuti berdua, haters relax jer tak pula kritik”

“Tapi kami ni dah jadi suami isteri. Saya punya pasal lah! Nak cium ker apa sebab yang saya cium tu isteri saya bukan orang lain,” kata Nabil ketika ditemui pada sidang media sitkom Cakap Melayulah! bertempat di Unitar, Petaling Jaya, semalam.

Tidak ambil pusing dengan kritikan tersebut, Nabil berkata dia sekadar mahu berkongsi momen tersebut bersama peminat memandang ini pertama kali dia dan isterinya bercuti di Eropah.

“Saya tak tiru sesiapa atau mana-mana pasangan artis pun. Saya cuma hendak kongsi saat itu kepada peminat. Lagipun ini pertama kali saya ke Eropah dengan isteri. Kami seronok sangat masa tu. Masa nikah dulu, saya cium juga pipi dia, tak pulak orang nak kritik”

Rancang Tambah Zuriat, Mahu Anak Lelaki

“Saya rasa haters tu semua mereka tak ada arah hidup, kot. Tapi saya sebenarnya tak baca pun komen-komen tu, kawan-kawan yang beritahu saya. Saya tak block haters tu. Biarkan sajalah, lagipun daripada 100 komen, 10 jer yang ckp tak elok, yang lain tu okay saja“, katanya lagi.

Sementara itu, bercerita pula tentang keluarga, Nabil berkata dia dan isteri kini sedang berusaha mahu memperolehi cahaya mata kedua. Sebelum ini mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Naera Mikayla, yang kini berusia hampir dua tahun.

“Kami memang rancang nak anak lagi. Kasihan pada Mika sebab dia bermain seorang diri, Kalau bawa dia ke Toys R Us di Mid Valley, dia tak mahu balik sebab di sana ada macam taman permainan mini, dia seronok bila dapat main dengan anak-anak orang lain”

“Saya pun kalau boleh nak anak lelaki. Sebab kawan-kawan saya kalau kami keluar lepak minum bersama, ada yang bawa anak lelaki mereka. Seronok jer saya tengok. Baru-baru ni saya ada satu sesi fotografi bersama Zahiril Adzim. Dia bawa sekali anak dia, Anaqi. Comel betul anak dia“, katanya dengan nada teruja.

Tetang kerjaya, Nabil bakal muncul dalam sitkom Cakap Melayulah! mulai 23 Jun di saluran Astro Warna. Selain itu, dia sibuk dengan komitmen sebagai hos ‘Meletop‘ dan ‘Ceria Pop Star‘. Pada pertengahan bulan ini, Nabil juga bakal sibuk di lokasi penggambaran telemovie ‘Nangkrong‘ arahan pengarah Michael Ng. (rtky/fr)

Sumber

Monday, 2 June 2014

Tanpa Belas, Anak Sendiri Didera Sehingga Habis Nyawa

>


Jika kita dipukul berulang kali serta disimbah dengan air panas tanpa rasa belas kasihan, pastinya kita akan bertindak balas memukul balik pelaku dan paling tidak pun melarikan diri.


Bagaimana pula jika perbuatan sama dilakukan ke atas seorang kanak-kanak berusia baru enam tahun yang tidak mampu membalas balik, sebaliknya hanya mampu merayu.


Bayangkan pula apakah kesakitan yang ditanggung si kecil apabila pelakunya bukan penjenayah tetapi ibu kandung dan bapa tirinya sendiri di dalam rumahnya sendiri yang dirasakan tempat paling selamat baginya.


Itulah derita dan kesakitan yang ditanggung oleh Allahyarham Mohammad Akhil Mustaqim Rashidy, 6, yang didera ibu kandung dan bapa tirinya sendiri tanpa sekelumit pun belas kasihan.


Lebih perit kesakitan dan derita saat pukulan demi pukulan singgah di kulit si kecil terpaksa ditahan sehingga saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.


“Mak, adik tak buat dah.. sakit,” itulah raungan terakhir Mohammad Akhil sebelum pergi selama-selamanya.


Bayangkan apabila panggilan “mak” bukan lagi sebagai mengharapkan kasih sayang tetapi ia adalah panggilan merayu meminta belas supaya si emak berhenti memukulnya.


Menurut sumber yang enggan dikenali, mangsa dibawa ke Hospital Ampang dalam keadaan cedera parah.


“Mana tidaknya, kaki kirinya patah, seluruh badan lebam dan melecur, ada kesan baru dan lama,” katanya memetik laporan akhbar Harian Metro.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata hasil siasatan awal dilakukan pegawai penyiasat mendapati suspek utama kes berkenaan adalah bapa tiri mangsa.


“Ibunya yang berusia 31 tahun dipercayai bersubahat dalam kejadian itu.



“Sama ada dia diugut ataupun turut dipukul suaminya itu juga menjadi satu aspek siasatan, tetapi sehingga kini kita percaya kita percaya ibu mangsa bersubahat,” katanya.


Sementara itu, jiran Allahyarham Mohammad Akhil yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 40, mangsa dan keluarganya baru berpindah ke kawasan perumahan itu empat bulan lalu.


Sejak berpindah, Maria sering mendengar anak-anak pasangan itu termasuk mangsa menangis akibat dipukul.


“Petang Ahad lalu, saya mendengar suara mangsa meraung kesakitan lebih satu jam akibat dipukul emaknya tanpa henti,” katanya.


Kanak-kanak itu dibawa bapa tiri mangsa ke hospital pada pukul 2 petang semalam sebelum disahkan meninggal dunia selepas empat jam menjalani rawatan.


Bapa tiri mangsa yang ‘durjana’ itu kemudiannya menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke hospital.


Menurut Maria lagi, kakak kepada mangsa yang masih bersekolah rendah turut menjadi mangsa dera oleh ibu bapanya.


Moga pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dan mereka yang bertanggungjawab dihadapakan ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

View the original article here

Thursday, 29 May 2014

VIDEO : Cara Untuk Pecah Masuk Ke Dalam Kereta Anda Sendiri (yang terkunci)


Bagaimana cara untuk pecah masuk ke dalam kereta anda sendiri (yang terkunci)

Terkunci di luar kereta adalah perkara normal, dan kami pasti anda pun pernah mengalaminya.

Harap maklum bahawa klip video di bawah mungkin berasal dari Russia, yang barang kali hanya tahu cakap “Hello” sahaja dalam Bahasa Inggeris. Protagonis dalam klip ini, menunjukkan skillset yang mungkin mengingatkan anda kepada MacGuyver, di mana pintu kereta yang dikunci dibuka dengan hanya seutas dawai.

Ya, sila ambil perhatian bahawa untuk memastikan kejayaan aktiviti ini, anda memerlukan sebuah kereta dengan pintu “rabak” dan berumur sekurang-kurangnya 20 tahun. Beliau menambah, “Saya perlu ingat silap mata ini jika saya kembali ke tahun 80-an.” Jika anda masih menggunakan atau memiliki kereta lama seperti dalam klip ini, bolehlah anda menambah skill baru. Selamat mencuba!






View the original article here

Tuesday, 22 April 2014

Guru 'setubuh' pelajar sendiri dalam kereta

type='html'>


LOVELAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru, Courtney Bowles, 31, ditangkap pada minggu lepas kerana dia mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar sekolah tinggi berumur 16 tahun di sebuah taman, lapor agensi berita 7NEWS kelmarin.

Seorang pegawai polis Sharon Hopkins yang sedang meronda di Taman Tasik North pada Jumaat malam mendekati kereta Bowles di sebuah tempat letak kereta,

"Semasa saya menghampiri kereta itu, saya melihat seorang lelaki dan wanita berbogel di bahagian belakang kereta.

"Wanita yang berada di atas lelaki itu terus bangun apabila melihat lampu suluh yang dinyalakan ke arahnya dalam kereta itu," katanya.

Selepas berpakaian, Bowles mengaku telah melakukan seks.

Bowles diarahkan oleh mahkamah untuk tidak menghampiri sesiapa sahaja yang berumur di bawah 18 tahun termasuk dua anaknya selain tidak boleh berada hampir di sekolahnya serta menghubungi remaja lelaki itu.
Courtney Bowles
Guru itu dibebaskan dengan ikat jamin AS$50,000 (RM152,544) dan akan dihadapkan ke mahkamah pada minggu depan. - Agensi

sumber

View the original article here

Thursday, 13 March 2014

Bapa ratah anak gadis sendiri sejak berusia 4 tahun

type='html'>Ipoh: Tindakan seorang bapa yang menjadikan anak perempuan sebagai tempat memuaskan nafsu terbongkar apabila mangsa membuat laporan di balai polis berhubung kejadian itu pada selasa.

Sumber polis berkata, suspek yang berusia 40-an itu ditangkap dan ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Gambar hiasan
Suspek mer@gol anak kandungnya semenjak usia 4 tahun hingga ke usia 7 tahun iaitu di antara tahun 2004 dan 2007.

"Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang kini berusia 14 tahun.

"Mangsa mengadu #dirogol bapanya yang dipercayai seorang penagih dadah" katanya.

Keluarga mangsa kemudian berpindah ke kediaman baru di Jalan Thambusamy. Malangnya, di kediaman baru itu juga, bapanya sering mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks walaupun mangsa yang juga anak kandungnya itu seringkali menolak ajakan syaitan lelaki yang bergelar sebagai ayahnya itu.

"Kes terbaru berlaku pada 9 Mac jam 11 malam apabila mangsa di dalam bilik bersama dengan ibunya.

"Bapanya yang datang ke bilik dan terus memeluk mangsa menyebabkan mangsa menjerit, " katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi, mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan. - My Metro

View the original article here