Showing posts with label penggambaran. Show all posts
Showing posts with label penggambaran. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

Luahan sayu Izreen Azminda sebaik diceraikan di lokasi penggambaran

Luahan sayu Izreen Azminda sebaik diceraikan di lokasi penggambaran - Tiada siapa menyangka, sekeping foto yang dimuatnaik Izreen Azminda sedang mencium kepala anaknya di laman Instagram rupanya memberi gambaran awal bahawa hubungannya dengan suami, Muhamad Riza Baharuddin kini sudah berakhir.

Meskipun jurukamera sebuah produksi itu menafikan sudah menceraikan isterinya secara sah namun hakikat yang mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu menceritakan segalanya.

Penulis memang tahu penceraian itu hanya sah di mahkamah namun terdapat laporan sebuah akhbar tempatan memberitahu bahawa terdapat krew produksi dan pelakon lain yang menyaksikan kejadian itu.



Ramai peminat bersimpati dengan Izreen malah tidak kurang juga yang terkejut. Apapun, mari baca luahan sayu pelakon jelita itu yang cukup panjang.

“The best day of your life is the one on which you decide your life is your own. No apologies or excuses. No one to lean on, rely on, or blame. The Gift is yours. It is an amazing journey, and you alone are responsible for the quality of it. This is the day your life really begins.”





View the original article here

Punca sebenar Sharifah Shahirah kemalangan teruk di lokasi penggambaran

Punca sebenar Sharifah Shahirah kemalangan teruk di lokasi penggambaran - Pelakon dan pengacara komedi terkenal, Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 40, terlibat kemalangan di lokasi penggambaran baru-baru ini.

Kejadian tersebut menyebabkan Shira mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan sakit-sakit badan. Beliau telah diberi cuti selama lima hari untuk berehat.

Menurut Harian Metro hari ini, kejadian kemalangan itu berpunca daripada reaksi terkejut kakak kepada pelakon kontroversi Sharifah Sakinah selepas melihat satu lembaga serba putih yang muncul secara tiba-tiba daripada belakang keretanya.

“Benda dah nak jadi, tak apalah. Yang penting, saya hanya mengalami cedera kecil di kepala dan sakit-sakit badan akibat terjatuh kerana ‘prank’ yang dibuat. Lainlah kalau cedera teruk, mungkin saya akan pertimbangkan tindakan lebih serius terhadap mereka. Lagipun, mereka (produksi) juga bertanggungjawab dan biayai bil perubatan saya.”





View the original article here

Sunday, 1 June 2014

Indonesia Jadi Negara Terakhir Penggambaran 'Running Man'



PROGRAM popular KPop Running Man memang kerap melakukan penggambaran di luar Korea.



Antara negara yang sudah menjadi lokasi penggambaran program tersebut ialah Thailand, Vietnam dan Australia.



Terdahulu, pengarah program tersebut, PD Cho mengumumkan bahawa Running Man tidak akan lagi menjalani penggambaran di luar negara itu.



Namun khas buat KakaoTalk Asian Dream Cup 2014, mereka bersetuju untuk menjalani penggambaran terakhir di luar Korea di Indonesia.



Pengarah SH Entertaiment berkata, peminat Indonesia sangat beruntung kerana negara itu terpilih sebagai lokasi terakhir penggambaran Running Man dilakukan di luar Korea.



Penggambaran akan dilakukan selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Jun depan.

View the original article here

Monday, 26 May 2014

Gempar Izreen Azminda diceraikan suami di lokasi penggambaran

Gempar Izreen Azminda diceraikan suami di lokasi penggambaran - Pelakon popular, Izreen Azminda menerima kejutan paling tragis dalam hidupnya apabila diceraikan suami di lokasi penggambaran di Pulau Pinang beberapa hari lepas mengikut laporan sebuah akhbar tempatan.

Lafaz cerai itu dikatakan berlaku pada 16 Mei lalu ketika Izreen sedang sibuk penggambaran bagi sebuah drama bersiri. Paling sedih, ia turut disaksikan oleh beberapa kru dan pelakon lain.

Terdahulu, pasangan ini dikatakan bertengkar hebat di lokasi penggambaran mengenai perkara peribadi yang tidak diketahui. Izreen yang diminta mengulas tentang kesahihan gosip lafaz cerai itu mengesahkan ianya benar.

Untuk pengetahuan, Izreen Azminda, 29, dan suaminya, Muhamad Riza Baharuddin, 31, berkahwin pada 30 Ogos 2012 di Alor Setar Kedah. Hasil perkahwinan itu, mereka dikaruniakan seorang cahayamata diberi nama Muhammad Adrian Umar berusia 11 bulan.





 

 


View the original article here