Showing posts with label Status. Show all posts
Showing posts with label Status. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

Status terbuka peminat buat Hanez Suraya dan Romie

Status terbuka peminat buat Hanez Suraya dan Romie - Susukan tindakan kurang bijak Hanez Suraya dan kekasihnya, Romie menfailkan saman terhadap MAS baru-baru ini, pelakon kontroversi kembali menjadi bahan lawak dan kritikan orang ramai di laman sosial.

Ramai menganggap Hanez Suraya tidak pandai malu dan lebih mementingkan diri sendiri daripada orang ramai. Benarkah? Antara kritikan dan teguran yang dilemparkan di facebook, terdapat satu status kelakar yang menarik minat penulis untuk dikongsikan bersama.

Identiti individu yang memuatnaik status itu tidak diketahui namun dia seakan cuba meluahkan perasaan janggal dan tidak puas hatinya dengan apa yang dilakukan bekas duta produk Aurawhite itu. Jom baca status itu di bawah.







View the original article here

Tuesday, 20 May 2014

Status Budak Melayu Zaman Sekarang, Memang Malang Siapa Awek Budak Ni

Status Budak Melayu Zaman Sekarang, Memang Malang Siapa Awek Budak Ni | semakin parah!!! itulah yang dapat dikatakan dunia akhir zaman dahulu zaman admin nak buat jahat pun takut-takut terkantoi malu satu kampung.Sekarang makin pelik update status yang sangat bodoh tanpa rasa malu bukan sekadar 1 kampung malahan satu dunia tahu dengan kebodohan mereka.

Apabila gambar tersebar mula nak mengamuk tak tentu pasal tapi sebelum update status otak letak dimana?? supaya anda lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan status dan komen







View the original article here

Tuesday, 4 March 2014

Foto: Status Terakhir Mohd Anis Amran Di Facebook Sebelum Maut

type='html'>Kangar: “Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekeliling ku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana.

“Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia ini, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merindui ku,” itu antara kata-kata Mohd Anis Amran, 35, dalam laman sosial Facebook (FB) sehari sebelum mangsa maut dalam kemalangan di persimpangan Taman Repoh, di sini, semalam. 
JENAZAH mangsa ditutup dengan payung dengan motosikalnya berkecai di lokasi kejadian. Gambar kecil, mesej terakhir FB mangsa.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pegawai Imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, Bukit Kayu Hitam maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR1000 RR yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta membuat pusingan U di simpang berkenaan.

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat terhumban ke jalan raya susulan rempuhan itu.

Difahamkan, mangsa dan beberapa rakannya dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pelancaran Festival Motosikal Perlis 2014 di Dataran Datuk Syeikh Ahmad, di sini, semalam - Hmetro Online

Lagi foto selanjutnya..




Takziah HM ucapkan buat keluarga mangsa semoag tabah menghadapi dugaan Tuhan...


View the original article here

Sunday, 2 March 2014

Status Terakhir Remaja Perempuan di Facebook


SUNGAI PETANI – “Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah.”
“Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlahimage (1)salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”
Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.
Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani.
Ibu mangsa, Sarina Abu Othman, 49, dari Flat Paya Nahu berkata, anak kedua dari enam beradik itu sempat berpesan supaya ibu menjaga bapa selain adik bongsu berusia tujuh tahun sebelum beredar ke rumah sewanya tidak jauh dari situ.
“Dia peluk saya, belai dan sandar di badan saya, apabila ditolak, dia kata biarlah dia nak bermanja dan meminta saya jangan ke mana-mana serta menemaninya,” katanya.
Sebelum pulang ke rumah sewa, Norfaezah ada memberi RM5 kepadanya dengan berkata, duit berkenaan untuk kegunaan ibunya ke tempat kerja.
Sarina berkata, sebelum pulang, dia seolah-olah melihat lambaian Norfaezah kelihatan sayu dan rupa-rupanya itu petanda ajal dia akan pergi buat selama-lamanya.
Bagaimanapun, katanya dia terkilan kerana Norfaezah ada meminta supaya dia menghantar makanan tengah hari kepadanya kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kenderaan.
Status Facebook tentang kematian
Sementara itu, rakan baik mangsa, Azie Azira Aziz, 18, berkata, sebaik berita kemalangan dimaklumkan kepadanya, dia teringat status kemas kini akaun Facebook milik Norfaezah yang menulis tentang kematian.
Katanya, status itu hanya dianggap biasa sehingga menerima berita mengejutkan awal pagi semalam tentang kematian Norfaezah.
Dalam kemalangan terbabit, Norfaezah dikatakan membonceng motosikal rakannya, Azwan Shah Ishak, 25, sebelum dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.
Azwan Shah yang mengalami kecederaan parah dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tujuh jam kemudian.
Keluar makan bersama
Saksi kejadian, Fhadirul Azmin Mohd Yusof, 22, berkata, dia bersama rakan lain menunggang lima motosikal baru sahaja selesai makan dekat sebuah warung di Stesen Bas Sungai Petani.
“Tiba di lokasi kejadian, kami terdengar bunyi kuat dari arah belakang, namun belum sempat berbuat apa-apa, sebuah kenderaan merempuh motosikal menyebabkan Norfaezah terpelanting jauh,” katanya.
Menurutnya, dia mengenali kedua-dua mangsa sejak kecil dan cukup rapat selain sering bersama rakan-rakan lain ke mana sahaja.
“Kami merancang untuk ke Thailand Khamis ini beramai-ramai, tetapi apabila jadi begini, terpaksa batalkan hasrat tersebut,” katanya.