Showing posts with label Soffea. Show all posts
Showing posts with label Soffea. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

Polis Sahkan Motif Sebenar Pembunuhan Kejam Siti Soffea

Polis Sahkan Motif Sebenar Pembunuhan Kejam Siti Soffea | Menurut laporan The Malay Mail, bapa kepada kanak-kanak itu pernah dipenjara bersama suspek yang diburu polis. Memetik kenyataan satu sumber polis. dilaporkan perkara itu didedahkan ketika siasatan pihak polis keatas ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, 32 tahun.





Adakah pembalasan dendam menjadi motif pembunuhan Siti Soffea Emelda Abdullah, kanak-kanak 18 bulan yang ditemui dengan kepala terputus di tebing Sungai Klang pada Khamis malam? Beliau berkata, suspek pernah dipenjarakan di penjara Kajang dan dibebaskan beberapa bulan yang lalu. Sumber tersebut turut berkata suspek adalah seorang lelaki etnik India, berusia lewat 30-an dan berasal dari Kuala Lumpur.



“Ini berdasarkan rakaman CCTV yang kita perolehi daripada kompleks membeli-belah berdekatan dengan kawasan itu dan juga berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penjara. “Kami melakukan pemeriksaan senarai banduan yang telah dibebaskan dari penjara dalam tempoh beberapa bulan dan juga maklumat yang diperolehi daripada rakaman CCTV. Suspek kemudian dikenalpasti sebagai lelaki India tempatan berumur lewat 30-an,” katanya. Ibu mangsa adalah Siti Salmy Suib seorang warga tempatan, dan tidak mempuyai tempat tinggal dan pekerjaan. 



Apabila ditanya tentang hubungan suspek dan ibu bapa kanak-kanak kecil itu, sumber itu berkata ia masih dalam siasatan polis. “Kami perlu meneruskan operasi mencari untuk suspek pada hari Sabtu. Kemungkinan suspek lemas di Sungai Klang, seperti yang dilaporkan oleh media hari ini, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi.” Menurut laporan The Malaysian Insider, seorang pengawal di Kompleks Kota Raya melihat Siti Soffea tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mengejar suspek. 



Kejadian berlaku di tingkat empat kompleks berkenaan dimana Siti Soffea kelihatan cuba menyorok di belakang tembok tetapi suspek memegang Siti Soffea dan terus beredar. Laporan yang sama turut berkata bahawa Siti Salmy mempunyai tiga anak tetapi dua lagi anak beliau tinggal bersama ahli keluarganya. Siti Salmy dan Siti Soffea berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur dan bergantung kepada bantuan orang ramai. The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa suspek adalah seorang penagih dadah yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta. 



Sementara itu, akhbar The Malay Mail melaporkan bahawa Siti Salmy juga seorang penagih dadah. Pada hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur. Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan tertiarap. 



Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian. Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas. Dia kemudian meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada. 



Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mangsa telah dikebumikan pada petang Jumaat. 









Sumber: Harianblogger
View the original article here

Thursday, 19 June 2014

Ibu Siti Soffea & Suspek Bunuh Dalam Satu ‘Kumpulan’

 


PETALING JAYA – Siti Salmy Suib, ibu kepada Siti Soffea Emelda Abdullah yang dikelar sehingga putus kepala, dan suspek pembunuhan kejam itu sering dilihat bersama-sama di sebuah kompleks membeli-belah di mana kanak-kanak itu diculik.

Menurut seorang pekerja di kompleks membeli-belah itu di Kuala Lumpur, lelaki yang berusia 27 tahun itu merupakan sebahagian daripada ‘kumpulan’ Siti Salmah yang juga seorang gelandangan sering dilihat menghabiskan masa bersama.

“Dia (suspek) juga merupakan sebahagian daripada ‘kumpulan’ dia (Siti Salmy). Semua orang gelandangan di kawasan ini sering keluar bersama-sama dari semasa ke semasa,” kata pekerja itu yang enggan dikenali.

Katanya, semua pekerja yang bekerja di pusat membeli-belah itu, terutama di aras empat yang menempatkan arkade, mengenali Siti Salmy, 32, dan rakan-rakannya.

“Anda boleh lihat dia di sini dari pagi sehingga tempat ini ditutup. Dia sekadar melepak dengan rakan-rakannya, meninggalkan anaknya berkeliaran seorang diri di aras empat,” katanya, sambil menambah dia kadang-kadang dilihat bersama suspek.

“Mereka mengenali antara satu sama lain. Ia mungkin menjadi punca lelaki itu mengambil anaknya,” katanya.


Pada 29 Mei lalu, kira-kira pukul 9 malam, seorang lelaki membawa Siti Soffea kira-kira 1.5 kilometer ke bawah sebuah jambatan dekat Sungai Klang dan saksi dilaporkan melihat suspek mengelar leher kanak-kanak itu dipercayai menggunakan jubin seramik.

Ketika saksi mendekatinya, suspek melarikan diri dan terjun ke Sungai Klang. Satu mayat, dipercayai adalah suspek, dijumpai terapung di sungai dekat Bandar Sunway pada Sabtu lalu.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Siti Salmy tinggal di jalanan walaupun dia mempunyai keluarga di Cheras.

Siti Salmy, atau Amy yang dikenali di kalangan rakan-rakannya, turut dilihat di kawasan rekreasi berhadapan dengan Pudu Raya sekiranya tidak berada di pusat membeli-belah itu.

“Ramai rakan-rakannya tidak melihatnya sejak hujung minggu lalu. Jika anda hendak berjumpa dengan mereka, pergilah ke taman dekat pondok polis berhadapan dengan Pudu Raya,” katanya.

Dia bagaimanapun enggan mengesahkan dakwaan sama ada kumpulan itu terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Suspek, yang baharu sahaja keluar dari penjara hanya dua minggu lalu, selepas menjalani hukumannya kerana memiliki senjata berbahaya, didakwa menculik Siti Soffea, 2, dari aras empat pusat membeli-belah berkenaan. Insiden itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Suspek mempunyai empat rekod jenayah kerana kesalahan dadah, mencuri kereta dan memiliki senjata berbahaya.

Ditanya mengenai di mana Siti Salmy mendapatkan makanannya, sumber berkata, VIP Lounge di arked itu kadang-kadang menyediakan makanan.

“Dia kadang-kadang makan di situ. Orang ramai juga menawarkan makanan dari semasa ke samsa. Dia sentiasa ada di sini. Sudah tentu kita akan menolong,” katanya.

Seorang lelaki yang turut dilihat melepak di arked itu mempunyai kisah yang hampir sama untuk dikongsikan dengan berkata bahawa dia sering melihat kanak-kanak itu berkeliaran seorang diri di kompleks membeli-belah itu.

“Mereka sentiasa ada di sini jadi ramai mengenali mereka. Tiada apa-apa yang berlaku sehingga kejadian itu,” kata seorang lelaki yang menganggur, yang menjelaskan bahawa dia sering menghabiskan masanya melepak di arked itu.

“Amy juga seperti saya. Jika saya tiada kerja, saya akan berada di sini. Di luar begitu panas,” katanya.

Tambahnya, kanak-kanak itu sering dilihat berkeliaran di aras empat, tetapi ibunya sentiasa memerhatikan pergerakannya.

Seorang penjual tiket bas, yang bekerja dekat taman di mana Siti Salmy tinggal, berkata, taman itu merupakan tempat yang biasa digunakan oleh orang gelandangan untuk bermalam.

“Dia (Siti Salmy) kenal lelaki itu. Itu semua ‘gang’ diorang. Dia kadang-kadang ada di sini,” katanya.

Penjual tiket bas itu mengesyaki pembunuh Siti Soffea disebabkan angkara dendam.

“Tak taula, tapi rasanya ini kerana dengki. Jika ada sesuatu yang diberikan tetapi tak dapat wang, (suspek) mungkin marah.”

Dia menjelaskan bahawa kebanyakan kawasan itu merupakan tempat penagih dadah dan satu paket kecil mengandungi dadah dijual semurah RM9.

“Saya sukakan budak itu (Soffea). Dia seorang budak yang baik dan peramah. Dia tidak takut dengan orang dan saya kadang-kadang membelikannya gula-gula atau ais krim,” katanya.

“Dia comel. Kita sukakan dia tetapi saya tidak sukakan ibu bapa dia,” katanya, sambil menambah bahawa suami Siti Salmy dipercayai kini menjalani hukuman penjara.

Tambahnya, Siti Salmy bukanlah ‘gelandangan sepenuhnya’ kerana dia mempunyai tempat tinggal di Cheras tetapi dia memilih untuk menetap di jalanan kerana hubungannya bersama keluarga tidak begitu baik.

Siti Salmy pada masa ini direman untuk membantu siasatan polis. - The Star Online

-Mynewshub


View the original article here


View the original article here