Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

Program Realiti Baru, Ibu Bersalin Dalam Hutan

Amerika Syarikat –Satu rancangan realiti disifatkan sebagai melampau apabila ia bakal merakamkan wanita melahirkan anak dalam hutan, tanpa bantuan doktor dan tiada tempat berteduh langsung.


2


Rancangan itu diumumkan oleh Lifetime yang akan menyaksikan wanita melahirkan anak dengan hanya dikelilingi oleh hutan belantara.


Menurut penerbitnya Eli Lehrer, hanya ibu yang pernah bersalin sahaja dibenarkan menyertainya manakala kehadiran kru televisyen di situ adalah bagi meningkatkan keselamatan wanita terbabit.


“Kita akan melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan ibu dan bayi selamat,’’ katanya.








2


Rancangan realiti ini hasil cetusan satu video yang dimuat naik dalam Youtube oleh seorang pemegang akaun Youtube dikenali sebagai Birthinnature , di mana seorang wanita melahirkan anak di hutan belantara.


Video itu berjaya mencatatkan kira-kira 20 juta penonton.


Pengkritik bagaimanapun bimbang rancangan realiti itu akan mewujudkan trend bahaya yang boleh membahayakan ibu dan bayi.

View the original article here

Thursday, 13 March 2014

Adakah Nora Danish Ialah Selebriti Yang Dimaksudkan Dalam Program 999?

type='html'>
Menarik sungguh episod 999 yang telah disiarkan baru-baru ini. Ini kerana di dalam program tersebut dikatakan ada seorang selebriti tempatan yang telah menyambut hari jadinya di dalam sebuah kelab haram dan sempat meloloskan diri ketika serbuan dilakukan. Desas-desus menyatakan selebriti tempatan tersebut ialah Nora Danish yang sememangnya telah menyambut hari lahirnya baru-baru ini.
nora danish serbuTambah menarik apabila hos 999 memegang kad jemputan yang kelihatan serupa dengan kad jemputan sambutan hari lahir Nora Danish yang telah diadakan baru-baru ini. Bilik VIP yang digunakan oleh selebriti tempatan itu dikatakan mencecah hampir RM5,000. Satu angka yang amat tinggi dan tak mampu dicapai oleh kita selaku manusia biasa. Sila tonton rakaman video 999 di bawah untuk informasi lanjut.
Sama-sama kita nantikan reaksi daripada Nora Danish mengenai perkara ini. Mungkin pelanduk dua serupa dan mungkin juga ada majlis hari jadi lain yang dianjurkan di premis haram tersebut. Kredit informasi asal RotiKaya./Beautifulnara.com

View the original article here