Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Wednesday, 21 May 2014

Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Anak Perempuan DS Anwar Ibrahim (6 Gambar)

Sabtu lalu telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Iman yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Feirdhauz.

2

Nurul Iman merupakan anak kelima Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis resepsi bertemakan mainan warna pastel ini dihadiri sanak saudara kedua belah mempelai serta kakak sulung Nurul Iman, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.

2





2



2



2



2

Sunday, 13 April 2014

GAMBAR PERKAHWINAN ROZAIMI PENYERANG HARIMAU MUDA

type='html'>

GAMBAR PERKAHWINAN ROZAIMI ABDUL RAHMAN, PENYERANG SENSASI HARIMAU MUDA | Rozaimi Abdul Rahman, 22, selamat bergelar suami kepada Nurul Adilah Junaidi, 18, gadis yang dikenalinya setahun lalu pada jam 7.30 petang semalam dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Taman Sempelang, Sembulan dan dinikahkan oleh Pegawai Agama Istana Negeri Imbran Angun. Ia hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Berikut ialah tiga keping gambar sekitar majlis perkahwinan Rozaimi Abdul Rahman dan Nurul Adilah Junaidi. Majlis resepsi atau persandingan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Dewan Wisma Wanita, Kota Kinabalu.




View the original article here

Wednesday, 26 February 2014

Nora Danish Impi Perkahwinan Tepi Pantai Di Bali


Nama Nora Danish sememangnya hangat dibicarakan semenjak dirinya berkawan dengan Nedim Nazri. Ramai yang mahu melihat “sweet couple” ini mendirikan rumahtangga sehingga gosip mengenai pembelian barang hantaran bertebaran baru-baru ini. Seperti biasa Nora Danish menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya masih tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.



nora danish kahwin


Namun apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah impian Nora untuk bersanding di tepi pantai Bali sekiranya berkahwin buat kali kedua. Menarik sungguh!!! Berkata kepada MalaysianDigest, Nora memaklumkan yang dia sudah lama mengimpikan perkahwinan bertemakan “beach wedding”. Kata Nora:-



Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.


Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala ‘beach wedding’. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap


nora danish kahwin


Kalau impian Nora Danish ini menjadi kenyatan, pasti sangat menarik dan marvelous. Yang penting duit barang hantaran bolehlah disalurkan untuk menjadikan “beach wedding” tersebut sebuah majlis yang besar-besaran. Abang Nara dapat bayangkan kejelitaan Nora dengan bunyi desiran ombak. Klasik sangat!!! Semoga impian Nora ini akan menjadi realiti. Sama-samalah kita doakan.


Artikel Asal