Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Kerajaan Brazil Bunuh Anak-Anak Jalanan Demi Fifa



Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan siapa mereka jika berita ini adalah benar belaka. Menurut petikan dari portal cyberwarzone , polis-polis Brazil giat membersihkan ramai anak-anak jalanan agar suasana persekitaran jalan itu kelihatan bersih ketika mereka menyelenggarakannya nanti.



Menurut sumber mereka 'dibersihkan' dengan cara ditembak mati 'on the spot'. Itulah fakta mengerikan yang terpaksa mereka laksanakan dan ianya menggambarkan betapa zalimnya kerajaan Brazil dengan pemerintahan kapitalisme yang menganggap nyawa manusia langsung tidak berharga demi mengaut keuntungan.



Itulah bukti jika undang-undang dan aturan dibuat manusia hanya memikirkan materialistik dan kewangan semata-mata tanpa melihat dari sudut keagamaan dan norma-norma kehidupan.



View the original article here

Sunday, 8 June 2014

SOALAN LAZIM TEMUDUGA KERAJAAN

Salam semua,
Ada tak antara korang yang dapat panggilan interview daripada SPA?
Kalau ada tahniah ye..mesti korang tertanya-tanya ye apa jenis soalan yang kerap ditanya ketika sesi temuduga nanti..
Ok GK nak bagi antara soalan yang favorite yang akan ditanya oleh interviewer..nak jawapan untuk soalan-soalan ini korang boleh klik link yang GK bagi ye...









=Sila perkenalkan diri anda? 
 
2=Apa yang anda tahu tentangSuruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?

3=Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
 
4=Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan? 
 
5=Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini?

6=Semasa projek akhir disemester anda atau pekerjaan terakhir anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…

7=Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

8=Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangka masa pendek dan panjang?

9=Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
 
10=Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.?

11=Jika anda diarahkan ditempatkan di Sabah Sarawak, adakah anda sanggup?- 
 
12=Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

13=Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
 
14=Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

15=Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?

16=Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
 
17=Sila ambil tahu senarai nama menteri Malaysia dan juga timbalannya

18=Sila dapatkan maklumat setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbangan mereka kepada        negara-

19=Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?

20=Adakah anda bekerja sebelum ini? Jika ya, sila ceritakan bidang pekerjaan sebelum ini. 
 
21=Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi kerajaan. Mengapa?

View the original article here

Tuesday, 4 March 2014

Inilah Rahsia Sebenar Masjid Nabawi Yang Telah Disembunyikan Oleh Kerajaan Saudi (10 Gambar)



Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.


Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.




Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi. (http://saudi-archaeology.com)



Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan.
Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup sama sekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian.
Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran.
Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.



Tulisan didinding timur makam dihapuskan. (Dalam petak merah)



Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan.



Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi.



Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai.



Kotak bertanda hijau dalam gambar di atas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku.



Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku. (http://www.islamiclandmarks.com)



Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi.
Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
- mazeermohamad.com


View the original article here

View the original article here