Showing posts with label HIDUP. Show all posts
Showing posts with label HIDUP. Show all posts

Thursday, 19 June 2014

Ikan Pelik Menyerupai Buaya Ini Mampu Hidup Di Darat Selama 2 Jam



Ikan ini mungkin kelihatan seperti buaya, tetapi ia bukanlah buanya. Ini adalah ikan raksasa dipanggil alligator gar (Atractosteus spatula) dan ia adalah jenis bersirip sinar ikan primitif.

Ikan alligator gar adalah ikan air tawar terbesar ditemui di Amerika Utara, dengan pajang lapan hingga sepuluh kaki dan berat sekurang-kurangnya 200 lb (91 kg) pada tempoh matang. Rekod dunia semasa bagi yang terbesar ikan Alligator Gar ditangkap adalah seberat 279 lb (127 kg). Ikan ini juga dikenali kerana kemampuannya untuk terus hidup di darat, yang dapat bertahan sehingga dua jam di atas permukaan.-http://dairishare.blogspot.com




















View the original article here


View the original article here

Jom Lihat Masyarakat Terbuang Yang Hidup Dalam Pembentung



Di bawah jalan yang sibuk di Bucharest, ibu kota Romania, ada sebuah masyarakat bawah tanah penuh dengan orang buangan dan penagih. Mereka mula mencari perlindungan di dalam pembetung hampir dua dekad yang lalu, selepas kejatuhan komunis. 

Sekarang, masyarakat aneh dan benar-benar bawah tanah ini telah terikat bersama untuk menjadi sebuah keluarga. Mereka dipimpin oleh seorang lelaki, yang penuhi tatu dan bekas luka, yang di gelar "Bruce Luce."

Dia ditinggalkan ketika beliau masih berumur tiga tahun, tapi sekarang dia adalah pemimpin dari komuniti underground ini, penuh dengan penagih dadah termengah digelar Aurolac.
Ratusan masyarakat tebuang hidup di rangkaian yang luas dalam saluran pembentungngan.
























View the original article here


View the original article here

Tuesday, 20 May 2014

Gaya Hidup Azah Aziz Kini Seperti Mat Saleh

Lama tak dengar cerita mengenai pelakon Azah Aziz. Azah Aziz dahulunya adalah pelakon terkenal di era 90-an dengan filem Cinta Korporat bersama Azhar Sulaiman dan Rusdi Ramli. 

Gaya Hidup Azah Aziz Kini Seperti Mat Saleh 4

Kemudiannya, Azah berkahwin dengan Daud Leroy Abdullah dan dikurniakan 3 cahaya mata. Azah kini menetap di Montreal, Canada. Sehingga kini, telah hampir 18 tahun Azah berkahwin dan meninggalkan dunia lakonan hampir 15 tahun. 

Namun apa yang menjadi kritikan peminat ialah beberapa keping gambar yang dimuat turun melalui Instagram. Azah yang berpakaian bikini membuat post ‘Saya tahu di bulan Ramdhan di Malaysia tapi di Montreal ialah musim cuti’. Gambar tersebut kemudiannya dipadamkan oleh Azah setelah mendapat krtitikan peminat. 

Gaya Hidup Azah Aziz Kini Seperti Mat Saleh

Selain itu, ada sahabat Instagram Azah yang mengatakan Azah juga pernah memuat turun gambar ketika berparti dengan arak dan berpakaian seksi. Paling teruk, ada yang memberi komen ‘dia nie islam lagi ke?’ berikutan gaya hidup Azah yang sosial di Montreal. 

Azah kini berumur 40 tahun. 

Gaya Hidup Azah Aziz Kini Seperti Mat Saleh 2

Apa pun, LT berharap Azah masih mengamalkan budaya timur sebagai orang Malaysia dan paling penting, sebagai seorang muslimah. Kalau ada yang tak betul, kita doakan sahaja agar Azah kembali ke pangkal jalan.  

Gaya Hidup Azah Aziz Kini Seperti Mat Saleh 1


sumber

Wednesday, 23 April 2014

10 cara menghargai ibubapa ketika mereka masih hidup


Redha Allah S.W.T. adalah terletak pada redha ibu bapa kita. Kalau ibu bapa kita marah atau kecil hati dengan kita, maka jawabnya susah lah hidup kita. Bukan hanya di dunia kita tak selamat (tiada keberkatan), malah lebih teruk nasib kita di akhirat nanti.


Jadi, seribupilihan menyeru kepada anda semua agar mentaati dan jagalah kedua ibu bapa anda sebaik mungkin. Sementara mereka masih hidup ini, cubalah berbakti kepada mereka seberapa banyak yang boleh.

Sebenarnya banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu bukan sahaja berbentuk material semata-mata malah, ianya merangkumi elemen spiritual dan hubungan kasih sayang yang perlu ditunjukkan oleh setiap insan bernama ANAK. Apatah lagi jika ibu bapa anda semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Berikut ini seribupilihan kongsikan 10 bakti /kebaikan yang boleh anda lakukan untuk ibu bapa anda :




1. Menghulurkan bantuan kewangan @ material

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.




2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.




3. Memberi kasih sayang


Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.


Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah S.W.T. agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.


Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil."(Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.




5. Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata : Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda : "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?", tanya saya lagi. Baginda S.A.W. menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya, "Apa lagi?" Jawab Baginda S.A.W. : "Berjihad pada jalan Allah."




6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud ;
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud:
"Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."




7. Bercakap dengan lemah lembut


Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


Firman Allah S.A.W. bermaksud:
"Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah S.A.W., dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut."(Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.





8. Menghadiahkan kejayaan

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.




9. Meluangkan masa bersama-sama


Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.







10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa


Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia.


Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup. Jangan jadi macam saya, dah meninggal baru nak menyesal.

sumber
View the original article here

Sunday, 2 March 2014

BUDAK BERKAKI GAJAH, BERJUANG HIDUP DARI BAKTERIA PEMAKAN DAGING

type='html'> type='html'>

Seorang budak Uganda bernama Vincent Oketch, 10, menderita pembengkakan kaki yang mencapai saiz mengerikan, hingga digelar "Elephant Boy" atau Budak Gajah.

Penderitaannya makin memuncak sebab dikesan, kakinya itu juga dijangkiti bakteria pemakan daging yang boleh membawa maut.

Ia sampai tak mampu lagi berjalan dan hanya boleh duduk di kerusi roda sebab orang tua anak kecil itu tak mampu mengubatinya ke hospital yang lebih lengkap peralatannya.


Sehari-hari, Vincent Oketch selalu menggunakan skirt, sebab tak ada lagi seluar yang boleh masuk ke kakinya yang sangat besar itu.

Doktor desa yang merawat Vincent sampai meminta bantuan antarabangsa, sebab jika tak segera ditolong, nyawa anak kecil itu terancam boleh segera melayang.

Menurut ayahnya, Tito Opoya, Vincent sudah menderita kelainan tersebut sejak usianya 18 bulan. Doktor yang merawatnya mengatakan bahawa diduga anak kecil tersebut menderita gangguan limfa, sekaligus kaki gajah, dan deformitas rangkaian hingga membuat kakinya membengkak




Doktor Ishak Osire, yang menolongnya, berkata bahawa kanak-kanak tersebut terancam dipotong untuk menyelamatkan nyawanya dari komplikasi penyakit itu.

Dipetik dari Dailymail, Doktor tersebut berharap adanya bantuan dari doktor Inggeris, atau negara lain yang dapat meneliti dan menyembuhkan sakit yang diderita si anak kecil, sebab kemudahan di Uganda sangat minim.

Semoga saja ia akan berjaya menyembuhkan Vincent Oketch.




View the original article here


View the original article here