Showing posts with label Dakwaan. Show all posts
Showing posts with label Dakwaan. Show all posts

Friday, 9 May 2014

Gambar: Dakwaan terdapat pergerakan tentera Amerika Syarikat di Kota Bharu dan Ipoh ?

Polis Di raja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penyebaran gambar dan informasi dalam media sosial berhubung dakwaan terdapat pergerakan tentera Amerika Syarikat di Kota Bharu dan Ipoh yang dikatakan mempunyai kaitan dengan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS).


Menerusi Facebook PDRM, gambar yang disebarkan dalam media sosial Twitter itu merujuk kepada latihan bersama PDRM dan tentera Amerika Syarikat yang telah diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh pada 2012.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai maklumat tidak rasmi yang disiarkan di blog-blog atau mana-mana platform media.

PDRM ingin mengingatkan bahawa penyebaran maklumat tidak tepat adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

Sumber Asal: Astroawani


View the original article here

Thursday, 13 March 2014

Misteri MH370: Penjelasan Sebenar ATM Dakwaan Pesawat Berpatah Balik

type='html'>SEPANG: Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelaskan bahawa pesawat yang berpatah balik itu tidak dapat disahkan sebagai MH370.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, namun tidak mahu mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat misteri itu dikesan.

"Kita kaji rakaman semula daripada radar dan ia buktikan ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

View the original article here