Showing posts with label Bahan. Show all posts
Showing posts with label Bahan. Show all posts

Tuesday, 1 April 2014

Kos bahan api naik penyebab semakan tarif elektrik

type='html'>


KUALA LUMPUR - Kenaikan kos bahan api seperti gas domestik, arang batu dan gas cecair asli adalah penyumbang utama kepada semakan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, harga bahan api seperti gas domestik meningkat daripada RM13.70/MMBtu kepada RM15.20/MMBtu, arang batu daripada US$85/tan kepada US$87.5/tan dan gas cecair (LNG) yang diimport pada harga pasaran RM41.68/MMBtu.

"Komponen bahan api ini telah menyumbang 81.96 peratus atau 4.09 sen/kWj daripada kenaikan tarif keseluruhan sebanyak 4.99 sen/kWj.

"Sebarang perubahan harga bahan api ini sudah tentu akan memberi kesan yang signifikan kepada kos membekalkan elektrik," katanya menjawab soalan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang), di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ongkili berkata, komponen lain yang turut menyumbang kepada kenaikan tarif elektrik ialah semakan tarif asas Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu sebanyak lapan peratus atau 0.90sen/kWj daripada kenaikan tarif keseluruhan.

Katanya semakan tarif asas ini dilakukan setiap empat tahun bagi memastikan pihak utiliti memperoleh pulangan yang munasabah agar dapat terus membekalkan elektrik yang berkualiti dan berdaya harap.

Ongkili juga menjelaskan walaupun TNB memperoleh keuntungan, jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung kos pelaburan bagi membiayai projek penjanaan yang baharu serta projek penghantaran dan pengagihan yang dianggar sekitar RM6 hingga RM7 bilion.

"Memang tidak dinafikan bahawa TNB memperoleh keuntungan bersih bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos 2013 sebanyak RM4.12 bilion sebelum tukaran wang asing, namun jumlah itu belum mencukupi untuk menampung kos-kos berkenaan," katanya.

Katanya antara cara untuk mengurangkan kos pembekalan elektrik yang seterusnya akan mengurangkan kadar kenaikan tarif ialah melalui peningkatan prestasi kecekapan operasi TNB.

"Ini termasuk TNB melaksanaan bidaan kompetitif dalam pemilihan pemaju loji janakuasa baharu, pembasmian kes-kes kecurian elektrik, pemasangan sistem 'Supervisory Control and Data Acquisition' (Scada) dan pelaksanaan program rombakrawat loji-loji janakuasa yang telah lama beroperasi," katanya. - Bernama

View the original article here

Sunday, 23 March 2014

SERIUS: Perompak Jadi Bahan Lawak Dalam Internet

type='html'>

LONDON – Seorang perompak menyerah diri kepada polis selepas 24 jam, setelah dia menjadi bahan jenaka dalam Facebook. Lelaki itu, Nathan Baxendale, 21, tidak menutup muka ketika merompak di sebuah bank menyebabkan wajahnya dirakamkan dalam CCTV.
Polis kemudiannya memuat naik gambar mukanya dalam Facebook, sekali gus memudahkan dia ditangkap.
Ketika merompak, Baxendale menyerahkan sekeping nota kepada kakitangan bank yang tertulis `Bagi wang pada saya, saya ada pistol’’.
Selepas mendapat wang sebanyak £2,000, dia melarikan diri dengan teksi dan Baxendale menyangka dia berjaya melarikan diri daripada ditangkap polis, tanpa mengetahui aksinya dia merompak itu dirakamkan.
Selepas gambarnya dimuat naik dalam Facebook , identiti Baxendale dikenalpasti hanya dalam masa beberapa jam.
Pengguna Facebook turut menggelarnya bodoh dan dia menjadi bahan jenaka kerana merompak tanpa membuat perancangan terlebih dahulu.
Baxendale kemudiannya menyerah diri di balai polis dan mengaku merompak untuk membayar hutang dadah dan membeli baju.

View the original article here