Monday, 6 October 2014

Warga Emas patah beberapa batang gigi disamun dua lelaki berkelewang!





INILAH kelewang yang digunakan oleh dua lelaki yang menyamun dua beranak di Kampung Lapan Kotak, Besut kelmarin.



BESUT – Dua beranak berdepan detik cemas apabila diacukan sebilah kelewang panjang ke dada sebelum disamun dua lelaki tidak dikenali di rumah mereka di Kampung Lapan Kotak di sini kelmarin.



Malah, kejadian itu turut menyebabkan ibu kepada pengadu yang me*rupakan seorang warga emas cedera dan patah beberapa batang gigi akibat ditarik ke luar rumah hingga terjatuh sebelum penyamun ter*babit tanpa belas ka*si**han meragut barang kemas milik mangsa lalu melari*kan diri.



Ketika kejadian, Zaleha Awang, 42, bersama ibunya Mek Che Mat, 85, sedang mengemas rumah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Honda berwarna kelabu.



“Seorang daripada suspek itu meluru masuk ke dalam rumah dengan membawa sebilah kelewang panjang walaupun saya cuba menghalang*nya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment