Sunday 13 July 2014

SINGAPURA SOKONG ISRAEL,GESA HAMAS HENTIKAN SERANGAN ROKET

Gaza terus dibedil roket Israel tanpa belas kasihan. Singapura keluar
kenyataan  pertahankan Israel

Singapura hari ini mengeluarkan kenyataan meminta Hamas menghentikan serta merta serangan roket terhadap Israel.


Kenyataan itu bagaimanapun tidak mengecam atau mengutuk serangan udara rejim Zionis yang mensasarkan kawasan penempatan awam di Semenanjung Gaza, berikutan penculikan dan pembunuhan tiga remaja Yahudi baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Singapura meminta Israel menunjukkan kesabaran dan berbuat apa saja untuk memastikan tiada nyawa awam hilang di dalam tindakan ketenteraannya.

Singapura yang mempunyai hubungan diplomatik, ekonomi serta pertahanan yang amat baik dengan Tel Aviv juga mahukan kedua-dua pihak berbuat apa sahaja untuk mengendurkan ketegangan yang berlaku kini dan berusaha mencapai gencatan senjata serta memelihara nyawa masyarakat awam.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia mengecam kenyataan negara Temasek berkenaan yang dianggap bangang dan tidak berperikemanusiaan.

Siapalah Singapura nak bersuara? Tak sedar diri tu kecik. Israel yang mengebom penduduk Palestin, kenapa Hamas yang kena henti lancar roket pulak?" jelas mereka.

“Ingatkan pemimpin di Malaysia saja yang berotak kecil, rupanya pemimpin Singapura lagi teruk." - My Media Hub (laporan asal di MalaysiaGazette)

Seramai 16 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza hari ini menjadikan angka korban pada hari kelima meningkat kepada 121 orang.

#prayforGAZA #prayforPALESTINE 

No comments:

Post a Comment