Thursday 17 July 2014

Rihanna Turut Serta Sokong Palestin?


Bintang pop terkenal Rihanna baru-baru ini telah menafikan bahawa dia memberi sokongan kepada kerajaan Palestin selepas status di laman sosial Twitter melalui akaun rasmi penyanyi itu telah menunjukkan perkara sebaliknya.

Tweet yang hanya mengandungi dua patah perkataan membentuk kepada satu hashtag iaitu #freePalestine khabarnya bukan dihantar oleh penyanyi setelah ia heboh di Twitter pada Isnin lepas.

Menerusi laporan portal hiburan antarabangsa TMZ, perkara tersebut hanya disedari Rihanna setelah lebih kurang 8 minit status itu dimuatnaik kerana ada peminat yang bertanya soalan aneh mengenai sokongannya kepada puak Hamas.

Status tersebut telah dipadamkan namun ia masih mengundang pertanyaan ramai bagaimana ia berlaku. Melalui sumber penyanyi ini, Rihanna memadamkan ia kerana dia tidak pernah terfikir berbuat demikian. Segalanya disedarinya setelah peminat bertanyakan tentang penglibatannya dengan salah sebuah puak pelampau di tanah bergolak itu.

No comments:

Post a Comment