Dalam adegan yang kadangkala tegang bersama pemberontak pro-Rusia yang jelas tidak selesa dengan kehadiran pemantau dan media pada masa kini, seorang pegawai tertinggi di Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah berkata akses memasuki kawasan nahas adalah bertambah baik sejak mereka tiba pada Jumaat.
Mengawal tapak dan memelihara bukti adalah penting bagi penyelidik untuk cuba membuat kesimpulan, dan siapa yang menyebabkan pesawat terhempas, tetapi beberapa pegawai telah mencadangkan bahawa tempat kejadian telah dikompromi.
"Kami kini mempunyai kemungkinan untuk melihat lebih banyak tempat kejadian yang besar ini. Kami telah membuat pemerhatian keadaan di sini apabila ia ditunjukkan kepada kami," kata Timbalan Ketua Misi Pemantauanan Khas OSCE ke Ukraine, Alexander Hug.
"Kami juga mempunyai kemungkinan untuk bercakap dengan orang-orang yang bertanggungjawab di sini dan ... untuk bercakap dengan penduduk kampung tempatan."
Beliau memberitahu pemberita: "Dalam mana-mana tugas, kerjasama diperolehi dari masa ke masa ... kami mempunyai akses yang lebih baik hari ini."
Pada Jumaat, tugas sekumpulan pemantau telah terjejas dengan adanya anggota bersenjata yang bertindak dengan cara yang kurang sopan dan tidak profesional.
Ada di antaranya yang kelihatan sedikit mabuk, menurut seorang jurucakap OSCE.
Pada Sabtu, lelaki bersenjata membentuk barisan di sepanjang pinggir kawasan padang di mana pesawat itu terhempas, membunuh semua 298 orang di atas kapal, kononnya bagi menunjukkan mereka mengawal kawasan tersebut.
Pemberontak pro-Rusia, yang inginkan kemerdekaan di wilayah Donbass timur Ukraine, mengatakan mereka tidak menyentuh kawasan nahas, tetapi sekurang-kurangnya beberapa orang daripada mereka di tempat kejadian berkata, beberapa mayat telah diangkut dengan trak.
Pemimpin-pemimpin dunia telah menggesa siasatan segera terhadap bencana pesawat, Khamis, yang berkemungkinan menandakan detik penting hubungan antara Rusia dan Barat semakin merosot.
Beberapa pegawai bimbang kesuntukan masa bagi memastikan siasatan menyeluruh dan forensik dijalankan.
"Saya tidak fikir ia terlalu lewat. Tetapi dengan setiap hari yang berlalu anda kehilangan peluang untuk melindungi dan menjamin tempat kejadian dan mayat," kata Michael Bociurkiw, seorang jurucakap OSCE, sambil menambah dia berpandangan petugas keselamatan diletakkan di kawasan nahas apabila mereka datang ke situ.
"Ini kawasan yang besar. Anda perlu ramai orang untuk melindungi mayat dan memberikan mereka penghormatan yang sepatutnya."
Beliau pada sidang media kemudiannya memberitahu buat kali pertama pemantau melihat pekerja penyelamat mengalihkan mayat-mayat dari tapak dan memasukkannya ke dalam beg.
"Biasanya beg-beg ini diletakkan di kedua-dua belah jalan yang ditutup. Beberapa beg dibiar terbuka dan terdedah kepada unsur-unsur. Kami tidak tahu mengapa. Kami mengira hari ini ada 55 beg mayat dan 50 lokasi yang ditandakan 'mempunyai mayat'," katanya
No comments:
Post a Comment