Monday 21 July 2014

GEMPAR !!! Sabah diceroboh?

Sabah diceroboh
SEMPORNA - "Jangan percaya khabar angin," kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Deputi Komisioner Datuk Abdul Rashid Harun mengenai dakwaan berlaku kejadian terbaharu tembak-menembak di kawasan itu.

Beliau menyangkal laporan media sosial kononnya berlaku kejadian tembak-menembak antara anggota keselamatan dengan kira-kira 200 pengganas Sulu Filipina awal pagi tadi.
   
Katanya sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya.
   
"Ini merupakan satu lagi laporan palsu yang boleh mendatangkan kebimbangan rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
   
Sehubungan itu, Abdul Rashid meminta rakyat negeri ini supaya tidak merasa cemas dan takut kerana keadaan keselamatan khususnya Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) terkawal.
   
Katanya orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Esscomm atau pejabat polis daerah berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berhubung status keselamatan di Esszone. - Bernama

No comments:

Post a Comment