Wednesday 2 July 2014

FAKTA TENTANG PIALA DUNIA




1. Piala Dunia FIFA yang pertama telah diadakan di Uruguay pada tahun 1930 dan disertai oleh 13 buah Negara.

2. Penyerang Brazil Ronaldo Luís Nazário de Lima menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 15 gol untuk tiga aksi Piala Dunia sebelum disamakan oleh Penyerang German, Klose pada penampilan beliau di Brazil 2014.

3. Pemain paling tua yang pernah menjulang Piala Dunia ialah Kapten Itali, Dino Zoff, berusia 40 tahun ketika mengemudi pasukannya pada tahun 1982.

4. Roger Milla dari Cameroon berusia 42 tahun menjadi penjaring gol tertua yang pernah beraksi di Piala Dunia, rekod pemain paling tua yang pernah beraksi juga dipegang oleh beliau sebelum dipecahkan oleh penjaga gol Columbia Faryd Mondragon yang bermain menentang Jepun pada usia 43 tahun 3 hari di WC2014 Brazil.

5. Franz Beckenbauer menjadi satu-satunya individu yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih. Beliau bermain pada tahun 1974 dan kemudian memenangi sekali lagi sebagai jurulatih pada tahun 1990.

 6. Pemain pertama yang gagal sempurnakan penalty ialah  Valdemar de Brito dari Brazil pada tahun 1930.

7. Selepas memenangi piala 1938 untuk kali kedua, Italy terpaksa menunggu 44 tahun untuk menjulanginya sekali lagi pada tahun1982.

8. Jaringan terbanyak dalam satu perlawanan masih di pegang  Hungary yang membelasah El Salvador 10:1 pada 1982.

9. Germany dan Brazil menjadi dua pasukan yang paling banyak layak ke final.

10. German pula memegang rekod paling banyak layakke semi final iaitu sebanyak 11 kali.

11. Penyerang Brazil, Ronaldo dinamakan MVP pada tahun 1998 walaupun Brazil tewas kepada tuan rumah, Perancis pada aksi final..

12. Penjaga gol pertama yang menang anugerah MVP ialah penjaga gol German, Oliver Kahn semasa piala dunia 2002 di Jepun/Korea. Brazil menjulang kejuaraan edisi tersebut.

13. Pemain Perancis, Just Fontaine menjadi penjaring terbanyak setakat ini pada satu aksi piala dunia dengan 13 gol pada edisi 1958. 

14. Jurulatih Itali, Vittorio Pozzo menjadi satu-satunya jurulatih yang memenangi piala dunia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1934 dan 1938..

16. Germany has played 99 World Cup matches as of 2012, making them a Nation to have played the most World Cup matches.

17. Brazil menjaringkan 210 gol (2014 tidak diambil kira) pada keseluruhan temasya Piala Dunia menjadikan mereka pasukan paling banyak jaringkan gol pada aksi Piala Dunia.

18. Pemain paling banyak beraksi pada perlawanan Piala Dunia ialah Lothar Matthaus, German dengan 25 perlawanan.

19. Gol terpantas adalah jaringan Hakan Sukur, 11 saat selepas wisel ketika menentang Korea Selatan di Korea pada tahun 2002.

20. Pada tahun 1950, pasukan India telah dilarang bermain kerana enggan memakai kasut ketika perlawanan..

21. Mexico menjadi pasukan paling banyak tewas dengan 22 perlawanan.

22. Hatrik pertama ialah dari Bert Patenaude, Amerika pada edisi 1930 World.

23. Sir Viv Richards menjadi satu-satunya pemain yang bermain pada Piala Dunia Bolasepak dan juga Kriket.


27. Brazil menjadi pasukan paling banyak menjuarai Piala Dunia iaitu sebanyak 5 kali.

28. Hanya 6 tuan rumah saja yang Berjaya memenangi Piala Dunia dari 19 kejohanan.

29. Brazil menjadi satu-satunya Negara yang muncul dalam kesemua edisi semenjak 1930 sampai 2014.

30. Tiada pasukan yang terkeluar dari pusingan pertama sehinggalah Afrika Selatan melakukannya.

31. Pemain paling pantas kena kad merah ialah yang hanya bermain 56 saat pada edisi1986.

32. Malaysia target tahun 2014 layak ke Piala Dunia tapi cakap je lebih.

No comments:

Post a Comment