Saturday, 22 March 2014

Hanez Suraya Kena Kutuk Di Instagram

type='html'>Sejak akhir-akhir ini, antara berita paling hangat diperkatakan adalah kisah Hanez Suraya yang dikatakan bercinta dan bakal berkahwin dengan suami orang.

Gosip ini bagaimanapun ditepis Hanez Suraya ketika ditemubual dalam satu program hiburan dengan alasan antaranya, jika benar dia menjalin hubungan dengan suami orang sudah tentu dia sudah lama diserang.

Ibarat kata-kata memakan diri, Berita Harian pada hari ini menyiarkan kenyataan seorang wanita yang mendakwa dirinya isteri kekasih Hanez dan secara terang-terangan menuduh Hanez merupakan penyebab keruntuhan rumah tangganya.



Wanita bernama Nurliyana Abd Manan, 29, menyatakan selama ini dia mengetahui hubungan suaminya dengan Hanez namun bersabar namun kesabaran itu tidak lagi dapat dibendung selepas Hanez memuatnaik gambarnya bersama anak-anak Liyana iaitu Putra Adreeshah, 8, dan Putra Rayqarl Shah, 2.

Susulan itu, laman Instragram Hanez pada pagi ini dihujani komen mengkritik dirinya.





Apa agaknya penjelasan Hanez  perkara ini sedangkan dia pernah mengeluarkan kenyataan, tiada istilah dia mengganggu rumah tangga orang lain?

Yang pasti cerita dari pihak Hanez akan terbit dari bibirnya sendiri kerana dia sudah berjanji akan menjelaskan cerita sebenar kepada wartawan dalam satu sidang media yang akan dibuat khas selewat-lewatnya Rabu ini. – REM RAMZI

Sumber: Berita Harian / Instagram Hanez Suraya / Mynewshub.my

View the original article here

No comments:

Post a Comment