Showing posts with label telefon. Show all posts
Showing posts with label telefon. Show all posts

Wednesday, 11 June 2014

2 Maut Cari Telefon Dalam Lubang Najis



Xinxiang – Seorang lelaki dan ibunya mati selepas cuba mengambil telefon bimbit yang jatuh ke dalam tandas di rumah mereka.

Menurut laporan, telefon milik isteri lelaki berkenaan yang berharga kira-kira RM1,030 terjatuh ke dalam tandas itu. Dalam usaha mencari telefon berkenaan, suaminya masuk ke dalam lubang najis di luar rumah, tetapi pengsan kerana bau yang sungguh kuat. Ibunya kemudian memasuki lubang itu untuk membantu anaknya. Bagaimanapun, dia juga pengsan.

Kemudian, wanita yang terjatuh telefon berkenaan cuba membantu suami dan ibu mentuanya. Malangnya dia juga mengalami nasib yang sama sebaik berada di dalam lubang berkenaan, begitu juga dengan nasib bapa mentuanya yang turut cuba membantu. Dua jiran turut mengalami nasib sama dalam lubang berkenaan.

Penduduk kampung akhirnya terpaksa menggunakan tali untuk menarik keenam-enam mangsa keluar dari lubang itu.

Apabila berjaya ditarik keluar, dua mangsa lelaki itu dan ibunya sudah tidak bernyawa.

Seorang jiran yang terselamat berkata: “Bau di dalam lubang itu terlalu kuat. Saya pengsan sebelum dapat melihat apa-apa.” – Agensi- MyNewsHub

View the original article here

Sunday, 23 March 2014

MH370 - Juruterbang telefon dari kokpit sebelum berlepas

type='html'>

Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas.

Akhbar The Sun UK berkata penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada jam 12.41 pagi 8 Mac.

Maklumat itu diiharapkan ini dapat membantu menjelaskan kenapa pesawat itu secara misteri hilang dari radar awam kurang satu jam kemudiannya, kata laporan itu.

Polis Malaysia tidak secara rasmi mengulas mengenai penyiasatan berkaitan dengannya tetapi pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menegaskan bahawa kesemua 227 penumpang dan 12 kru penerbangan itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Polis sedang menyiasat "faktor manusia" selepas menyimpulkan bahawa komunikasi penerbangan itu sengaja dimatikan dan pesawat itu juga ditukar haluan dengan sengaja.

Sumber M-K

View the original article here